Thursday, 3 August 2017

4 Ogos 2017

Alhamdulillah.. 
masih dipanjangkan umur.

Tetiba teringat pasal blog lama ni.. bila baca post lama-lama tersenyum balik.. 

Ok, just briefly apa yang aku buat sekarang..
Tak lagi terikat dengan kerja..maksud aku, dah selamat berhenti kerja atas keputusan sendiri & fokus 100% pada study.. rezeki Allah kurniakan. alhamdulillah. Doakan semua berjalan lancar.. Masa aku lebih banyak di computer lab, bilik thesis, jumpa supervisor atau merayap kat ioi city mall putrajaya sewaktunya.Takpun boleh je muncul di KL bila2 masa..orang tak kerja kan..panjanglah langkahnya... :P

Syukur dikelilingi keluarga dan kawan-kawan terutama Doreen and kak Farhana..Doreen ni kira pangkat kakak-kakak juga..tapi tak panggil kakak pula.. thank you for always being there for me.. Tetiba terfikir nak buat entry pasal dorang... tengok dulu macam mana.. 

Rasanya tu jelah kot..kalau ikutkan banyak lagi... Nanti kita simpan ke next entry.. insyaallah..

Assalamualaikum.. 

Thursday, 26 May 2016

27 May 2016

Fuh~
Dah berapa lama cuti..Setahun lebih...
Just nak curi-curi cerita juga.. 2016 adalah new journey bagi aku..
Maksudnya.. bermulanya masuk kelas balik.. duduk dalam kelas sampai 3 jam.. mengadap assignment..
Kiranya aku sambung study balik la.. wish me good luck!
Mental kena kuat nak sambung phd ni..
Doakan..

Bye2


Tuesday, 30 December 2014

Bye 2014.. Hello 2015





Tomorrow, is the first blank page of a 365 page book. Write a good one.” 

2014


2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, ha rapan dan senyuman...
Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...
Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...
Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...
Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...
Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...
Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...
Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...
Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...
Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...
2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...
Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...
MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku -Copy-

Thursday, 25 July 2013

Jahit + Mengelamun = Excelent


Ok,Dah lama sebenarnya aku belajar menjahit..sejak awal bulan 1 tahun ni..semua tu bukan asalnya dari minat..aku lebih berminat belajar memasak, buat kek atau pun make up.. tapi sejak sekolah menengah, asal tengok iklan kelas menjahit mak selalu suruh masuk tapi aku ingat mak main2..aku cuma cakap tak nak..tak suka...tak minat..

Tak sangka habis je master, terus sambung belajar..maksud aku belajar menjahit.. sekarang dah kerja pun still kena belajar menjahit... tu semua kehendak mak..nak sangat suruh aku belajar..

aku cuma nak cerita hal minggu lepas, dah jadi kebiasaan kalau menjahit, aku lebih suka diam dan buat kerja...  Sebenarnya sambil2 menjahit tu, sebenarnya otak aku memang ke lain..tangan je bergerak..fikiran dah melayang~~ dah melayang ke mana entah..tiba2 aku dengar suara..


" I tengok U aaaa memang manyak sabar.. jahit pun manyak lurus.. biasanya orang baru macam U cepat give up..U ni memang patut buka butik.. U ni dari kicik2 memang suka jahit ka?  "


and i was like...

Haaa??????????? Sabar??? Butik?????????

Terdiam aku kejap..tak sangka untie yang mengajar aku jahit cakap macam tu.. aku tak tahu nak reply apa.. aku senyum & yang mampu terkeluar dari mulut aku "ye untie,minat la juga dulu2"..nampak sangat autanya..

aishhh! dah 7 bulan aku belajar menjahit..rasa macam sekejap je.. kadang2 tu aku pun lupa apa yang aku belajar..teruk kan? sepanjang berbulan2 aku berlajar, aku dah boleh sikit2 jahit baju kurung, baju kurung moden dengan kain payung, kemeja , kebaya , langsir & sarung bantal... tak pandai mana pun.. boleh la... sekarang aku gigih jahit baju untuk pergi kerja.. mesti buruk! hahahaha..kalau baju tu senget sana sini tu sah2 la aku yang jahit..hehehe...aku cerita pun berdasarkan pengalaman sendiri..pergi kerja pakai kebaya yang aku jahit.. bila dah sampai kerja baru aku perasan aku jahit senget..hahaha..tapi ok la first time kot buat baju kebaya.. .oklah,bye..malu nak kutuk diri sendiri lagi..




Saturday, 1 June 2013

Goodbye My Lover

Just randomly tiba2 teringat 1 lagu ni & aku terus search kat youtube.. Terus teringat  zaman dulu2..

Lagu apa?

Lagu ni ---->


James Blunt - Goodbye My Lover


Kalau nak cakap bab teringat tu bukan pasal "MAKNA" lagu tu tapi cerita lain sebalik lagu ni.. Dengar je lagu ni, first yang terlintas ialah kawan aku "Nad".. lagu ni time aku study kat UiTM Sarawak.. 

Dulu kitorang rasa lagu ni agak funny..maksud aku melodi lagu.. setiap kali dengar mesti kitorg gelak.. tapi biasalah benda yang kita tak suka..mesti benda tu yang paling senang lekat kat otak.. Bila aku nyanyi lagu ni mesti Nad bantai gelak.. AHAHAHHAHA... setiap kali teringat hal tu, aku boleh ingat lagi time tu Nad tido bilik aku & aku still boleh ingat susun atur bilik aku kat UiTM Sarawak.. rindu giler time tu!

Dulu masa kenal dengan Nad, dia introduce diri dengan nama Nadia tapi aku yang memandai panggil dia dengan nama Nad...Akhirnya lekat sampai sekarang.. sampai semua panggil dia dengan nama Nad.. Yang kelakar bila ayah Nad call hset dia.. Time tu Ida yang tolong angkatkan phone Nad.. Ida cakap "Nad tak da, nanti saya bagitahu dia".. Bila Nad call ayah dia balik, ayah dia mampu gelak je & siap tanya "Apa nama Nad2? Nad Skru?".. Dah bosan pggl Nad, aku letak nama Che Nad pula.. suka suki je ubah2 nama orang..

Dulu aku suka kenakan Nad sebab Nad ni memang baik.. pernah kitorg berlari kat level kolej gara2 aku tukar lagu kat friendster dia...sapa suruh tak log out? aku memang tunggu masa je...dulu time dalam flight, dia bawa roti kelapa dalam flight & konon2 nak curi2 makan..tapi aku suka kacau dia, aku cakap dalam flight ada cctv.. gelabah betul dia...
Dulu dalam flight juga,kitorang bukan lapar sangat tapi saja kongsi duit beli nasi goreng & sate.. makan kongsi2...Ya Allah  rindunya..

ahhhh! sekejap je masa berlalu...hampir 8 tahun.. lagi 2 tahun nak masuk 10 tahun.. even dah bertahun2 berlalu tapi rasa macam semalam je.. 

Kiri : Nad, Wani, Xkenal & Ida 

Wednesday, 1 May 2013

Aprilku yang berlalu (ayat tak boleh blah!)

ok, hanya entry pendek untuk permulaan mei ni.. banyak juga perkara2 termiss untuk aku sumbat dalam entry bulan april & 1 benda pun aku tak update...sudahnya, aku just cerita gitu2 je untuk entry awal bulan ni..nanti ada masa, aku cerita berjela2 lagi ye.. :)

1. kalau tak silap aku, akhir bulan 3 ke awal bulan 4 ada career fair kat Mid Valley. Jadi peluang dah ada mesti la aku nak pergi.just cuba nasib..lagipun dah 3-4 bulan aku asyik goyang kaki kat rumah.. asyik jalan je kerja.perabih duit... nak suruh aku drive pergi sana memang taklah.. nak cari parking lagi.. so, aku ajakla adik teman pergi naik KTM.. tengok2 last minute dia cancel sebab dia baru teringat dia ada latihan persembahan keyboard kat sekolah.. haiya!!! tak pasal2 kena pergi sorang2.. aku bukan rajin sangat naik KTM ni, tak pasal2 kena tanya orang bagai..huh!

Dalam banyak company kat situ, serius aku tertarik dengan 1 booth sebab...hmmm..sebab.... company tu dekat dengan rumah aku.. just hantar resume cuba2 nasib... 

tak lama lepas tu, dapat call pergi interview..aku ingat lagi tarikh interview tu 8 april..nak cakap mengharap tu adala juga.. sebenarnya ada benda vengong yang aku tersasul time interview tu..rasa nak tampar je muka..bila aku cerita kat mak & kawan2 aku semua gelak macam apa je.. nanti aku cerita ye.

10 april dapat call.. aku dapat offer kerja! yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy... ni la first kerja aku selama hampir 26 tahun hidup..lepas SPM dulu aku xpernah merasa kerja sebab abah tak bagi..dia hantar aku ambil lesen, masuk kelas komputer..hntar masuk kelas tu..kelas ni... =.="

happy memang happy tapi aku dah kena tinggalkan ritual aku time menganggur dulu iaitu pagi2 dah tepacak depan movie cinema sambil pegang chicken roasted subway.. heavan betul tengok movie tu..dengan orang tak da... oh lupa nak cerita, sebelum pergi mestilah aku kena masak & basuh baju baru boleh pergi.. biasanya pukul 8 pagi, orang kat dapur sibuk prepare breakfast.. yang aku sibuk siapkan lunch untuk family..dah settle semua,jadi baru pergi dengan senang hati..

berbalik cerita tadi, 15 april aku report duty.. sekarang ni dah 3 minggu aku kerja kat sana.. cepat je masa berlalu kan? oh ye... untuk kerja ni aku kerja kat human resource department tapi kat sini dorang panggil Human Capital Management.. 
aku kerja kat bahagian training.. nanti agak2 dah ok kat area ni..ingat nak belajar kat bahagian lain..mungkin employee relation, recruitment & macam2 la...tapi kalau bahagian teaching permit aku kena fikir 100x lah... macam azab je.. Bos aku sendiri cakap aku bebas nak belajar mana2 bahagian dalam HR ni.. ohsem! Alhamdulillah bos & kawan2 kat sini memang baik..peramah.banyak cakap... kelakar gila..best2!!


- Training & Development-

Disebabkan tempat kerja aku ni dekat dengan rumah, dah macam kemestian pulak bila setiap kali lunch aku mesti lari balik makan kat rumah..  kadang2 ada kakak kat opis (kak ju) banyak kali merayu jangan balik.. dia ajak lunch sama2.. tapi macam2 alasan aku bagi..aku mesti cakap 
1. "saya homesick la kak..saya mesti kena balik".. 
2. "saya nak sembahyang zohor  berjemaah  dengan mak saya ni".."
3. "mak saya masak special harini..saya kena balik..nanti adik saya habiskan".
4. "mak rindu.dia call suruh balik makan.."
5. "akak pernah dengar tak home sweet home? jadi saya kena balik ni"
semestinya dia tension dengar alasan aku..hahahaha... 
baru2 ni kak Sangeeta cakap kat aku.."dulu kau diam je.. sekarang dah banyal cakap ye!".. oh..statement tu cukup membuatkan aku tersipu2 malu.. 


untuk first gaji ni, aku belanja family makan besar kat Restoren Cina Muslim Mohd Chan, Bangi..sedapnya~~ dalam banyak2 lauk, butter prawn menjadi idaman hati sejak dulu... harga sepinggan RM25.. yang ni aku rasa memang berbaloi.. udang kan mahal.. nak buat hiasan atas tu pakai banyak telur.. sangat berbaloi..

banyak je lagi aku order tapi nak cerita pasal butter prawn je..

Butter Prawn

2. 13 April 2013, tarikh aku pergi exam PTD kat SMK Dato Abu Bakar Baginda. Untuk exam ni tak lah mengharap sangat tapi apa2 pun usaha tu penting.. jadi sebelum pergi exam tu buat la ulang kaji sikit..  Ketua pengawas tu kata tahun ni 66 ribu orang ambil exam PTD.. ramainya... tapi tak pe.. kalau ada rezeki, adala..kalau tak da..try lagi next time..

hmmm...ketika aku taip entry ni, dah pukul 11.50 malam.. aku mesti tidur..esok kerja.. bye2..

**aku ingat lepas ni setiap kali entry, aku nak selitlah lagu yang aku rasa aku best.. bagi korang tak best tak pe, yang penting aku nak juga letak!

Dulu aku selalu dengar time adik practice gitar..tapi time tu aku rasa so so je... tapi sejak akhir ni..minat pula.. siap boleh hafal lirik ni.. acane tu? 

Tadaaaaaaaaaaaaa... lagu Wonderful Tonight - Eric Clapton..  enjoy!



bye! :)
**konon2 nak buat entry pendek..panjang juga..
zzzzZZZZZZZzzzzzzz~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...