Monday 12 March 2012

Kecewa Selepas Gagal Dalam Percintaan

Assalamualaikum..

Dah lama tergerak nak tulis entry macam ni tapi kenkangan masa yang menghalang.. idea ni datang pun sebab ramai pula kawan yang suka cerita masalah dorang.. aku bukannya pandai sangat bab2 macam ni..setakat dengar tu bolehlah..nak bagi pendapat pun rasa macam entah apa2 je aku ni. Kat sini, aku nak minta maaf kat kawan2 aku sebab aku ni memang tak banyak membantu.... hmmm..btw,siapa kat sini pernah rasa putus cinta kan? Sakit kan? Lebih-lebih lagi lepas dah meletak harapan yang menggunung..  

Sudah menjadi lumrah manusia sukar untuk terima kekalahan.hal tu memang tak dapat disangkal lagi.. kalau boleh semua benda kita nak yang terbaik tapi jangan lupa..hidup ni macam roda.. ada benda kita boleh kecapi ada bendanya kita kena terima kekalahan dan redha..

Dulu masa mula2 bercinta, semuanya sweet je.. SMS & call tak kira siang malam, tidur pun sambil genggam phone . mesej yang terakhir jarang sekali “Gud Nite” tapi sendiri terputus sebab masing2 sibuk nak balas mesej sampai  tertidur2.. tapi sekarang? Phone pun entah ke mana..Phone pun just untuk call yang penting2 & buat alarm bangun pagi je..beza kan dulu dengan sekarang?



Orang selalu tanya, biasanya bila kita boleh recover dari sakit macam ni? Jawapan dia depend! Masa nak recover tu bukannya sekejap.. take time juga.. kebiasanya masa nak recover adalah setahun.. kenapa lama sangat? Memang lumrah manusia, bila kita dah biasa hidup dengan sesorang & tiba2 hilang..memang terasa sangat2.. pergi mana2 pun teringat.. pergi tempat yang kita pernah pergi dulu pun boleh teringat kenangan dulu.. kiranya ada je something yang boleh buat kita teringat kat dia.. tapi lepas setahun tu, pilihan ada kat tangan sendiri..sama ada terus nak meratapi atau MOVE ON!  Semua kat tangan sendiri..tapi dalam masa setahun yang pertama tu janganlah meratapi sampai nak menyusahkan diri.. sampai nak bunuh diri pulak...

Yeah, sunyi tu memang sunyi tapi sebenanrnya sunyi atau sepi itu indah..semua tu membawa kita merenung seketika sikap dan bicara kita ketika bersama di dia dulu. Ia juga adalah pelajaran yang terbaik utk kita untuk menerima hakikat realiti setiap kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri..

Dalam hal sebegini, tak banyak boleh kita buat melainkan kita try to move on.. hidup ni sekejap.. jangan buang masa dengan hanya benda ni. Banyak benda yang kita kejar..wake up! Jangan membazir air mata dengan hal yang tak perlu.. kalau ada jodoh, adalah..kalau x, mengalahlah. Sesungguhnya mengalah bukan bermaksud kita kalah.. melawan bukan semestinya kita menang..adalah lebih baik kita mengalah dari terus melawan dan akhirnya menyakitkan kedua2 belah pihak.


Sesunguhnya bila kita berdoa supaya kita dikuatkan hati dan dapat melawan rasa sakit ini.Ada je  dugaan yang bertimpa2 datang mengugat.ketika itulah rasa rindu datang..rindu tu normal tapi lagi memalukan bila kita pergi cari si dia balik sedangkan kita tahu kita telah dibuang. Lagi sedih kalau dia melayan kita hanya kerana dia kesian atau sebab dia bosan kerana ketika itu dia tiada benda yang hendak dibuat. Actually u hurt ur self more and more..Percayalah, sesungguhnya dugaan itu menguji kita supaya buat kita kuat..musibah itu sesungguhnya menjadikan hati kita lebih tabah..

Dalam membahagiakan diri kita, belajarlah jangan berdendam dengan si dia. Sesungguhnya dendam tu bukannya bawa ketenangan pada diri kita sendiri.. sanggupkah kita nak bedendam dan doakan yang bukan2 untuk orang yang pernah kita sayang? Secara peribadi, aku tak sanggup nak doakan dan minta apa2 yang buruk kerana bukan hak kita nak doakan seseorang tu dalam kecelakaan atau kesusahan lebih-lebih orang yang pernah kita sayang.. Jika kita mencintai si dia. Kita akan sentiasa doakan kebahagiaanya..walaupun dia bukan lagi berada di sisi kita..walaupun kita sudah tiada lagi dalam hatinya dan walaupun hati kita telah terluka olehnya..

Andai kita susah nak doakan yang terbaik untuk dia sekali pun , cukuplah kita buat untuk diri sendiri.. semoga dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hidup ni.. sesunggunya masalah tak pernah berhenti setakat ini sahaja..

Akhir sekali, lepaskan dia dengan hati yang terbuka dan terima segala yang Allah telah rencanakan ini..doakan semoga dipertemukan insan yang lebih baik dan sudi menerima kita dan semoga dikurniakan hari yang lebih baik dari semalam.percayalah, everything happens for a reason.....

From the bottom of my heart,
Wassalam 



 Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...