Tuesday 20 December 2011

disember~ 1 entry only..

hi!


saja nak juga tulis sebab aku rasa bulan ni aku tak kan update apa-apa entry..
dah lama aku tak update blog..sedar-sedar dah nak akhir bulan..lagipun bulan ni sangat la busy dengan assigment, report & presentation... ni pun aku curi-curi update short entry..


harini 20 disember bersamaan hari selasa..minggu depan dah start final.. dan lagi mnyedihkan kat upm cuma ada 3 hari je study week..lepas tu exam berturut-turut... (27,28,29 & 31).. sadisnya tengok jadual macam ni.. aku sendiri pun tak sure aku sempat ke nak cover chapter ni? esok & lusa ada kelas lagi.. huh! 
lepas je 31 disember ni..aku cuti sem! yeayyyyyyyy~ bunyi macam best kan? bunyi macam cuti panjang je..padahal cuti 2 minggu je.. haritu over confident je aku nak book tiket pergi holiday bulan 2 sebab aku ingat aku cuti berbulan-bulan.. huhu.. :P


oklah..nak chow..tak larat...demam! hmmm~


kalau macam ni la rupa aku study... memang habislah!

Monday 28 November 2011

Doktor Garang Vs. Abahku Garang

Hi peeps!

Kali ni saja nak kongsi pengalaman pasal 1 doktor ni. Nak cakap cerita baru tu tak lah tapi benda ni sentiasa mekar dalam ingatan! Hah! :P

Dulu ingat lagi..time tu aku praktikal..pada hari isnin, petang tu aku rasa something kat perut.sakit yang amat sangat.. tak pernah aku rasa sakit tahap macam ni..tapi aku malas nak layan sangat.aku fikir benda ni akan baik juga..dah tu,sempat lagi shooping kat careefour ampang.

Start malam tu dah makin melarat.. habis 1 katil aku guling-guling duduk menahan sakit. Mak cakap ni maybe angin.. sapa-sapa yang pernah kena & rasa,serius aku cakap nilah salah satu sakit yang paling azab. Kalau boleh meraung, dah lama aku meraung. Mak ajak pergi klinik tapi aku tak nak..sanggup pulak aku tahan! Konon-kononnya esok tu baiklah..

Akibatnya, dari malam sampai ke pagi aku kena tahan sakit.. terus aku tak pergi praktikal.. siang tu rasa makin baiklah.. tapi bila petang makin teruk pula. Nak tak nak, terpaksa aku beranikan diri pergi 1 klinik kat area rumah aku. So, disinilah bermula SEGALA-GALANYA~~~

Aku pergi klinik dengan mak.. mak cakap doktor klinik tu perempuan..aku pun oklah..bila dah daftar & time nak tunggu turn.. aku pelik asal nama kat pintu bilik tu nama lelaki.. adoi! Nak tak nak..terpaksalah tunggu..tak kan terus balik..

Last-last nama aku kena panggil.. aku pun masuk la sorang-sorang..

Aku cerita la apa yang aku sakit kat doktor lelaki tu..tahap sampai nak guling-guling.. tapi aku sangat kecewa dengan apa yang doktor tu cakap.. masih lagi tengiang-ngiang. “kalau betullah awak betul-betul sakit kenapa tak jumpa semalam, kenapa nak jumpa harini?”  Kalau cakap elok-elok tak pe juga, ni tinggikan suara.. terdiam aku.. asal doktor ni nak marah-marah..kalau ye pun aku salah, tak boleh ke cakap elok-elok? Time nak check jantung, dia suruh aku pusing belakang..yelah, tak kan dia nak check kat depan pula. Aku pun blur-blur la pulak..dia pula marah-marah aku suruh pusing betul-betul..serius suara kurang ajar mari! 

Time aku pusing, baru aku perasan ada staff dia tengok aku..malu 1 hal.. kena marah depan orang.. dia tak habis-habis nak marah aku..yang mana aku boleh jawab,aku jawablah..tapi aku mengakulah salah aku juga sebab tak jumpa doktor awal-awal..  tapi sedih juga ayat dia cakap 

kalau  betullah awak betul-betul sakit kenapa tak jumpa semalam, kenapa nak jumpa harini?”

apa maksud dia kalau betul-betul? dia ingat aku saja berlakon & minta MC ke? Kalau betullah aku nak minta MC dari pergi praktikal.. banyak lagi alasan yang boleh aku buat daripada berlakon sakit & pergi klinik..


Pusing belakang.. saya cakap pusinggggggggggggglaaaaaaaa belakang!!!!!!!

Apa ni..tiba-tiba marah orang.tak boleh cakap elok-elok ke? Budi bahasakan budaya kita..



Balik klinik, berjujuran air mata ni.. dah macam drama melayu.. sedih betul.. dahlah pergi klinik swasta.siap dapat package kena marah dengan doktor yang tak da budi bahasa tu. 

Sampai je rumah, abah pula nampak aku menangis..tak pasal-pasal kena panggil..aku pun ceritalah apa benda yang jadi.. korang fikir abah marah doktor tu je ke? Bukan doktor je abah marah, dengan aku sekali kena marah sebab tak melawan cakap doktor tu.. yelah,aku bukan pergi bayar untuk minta kena marah! Tak pasal-pasal aku kena dengar abah membebel..dia sangat garang time tu! Takut! kalau ikutkan abah nak pergi klinik tapi aku halang.. aku ingat hal tu settle sampai macam tu lah..

Kan abah dah pesan! kenapa tak lawan je? kita ni bayar untuk service dia..dia tak boleh buat macam tu kat kita.. bukan nak lawan..suka sangat orang pijak kepala!


Dalam hati ( Kena marah lagi! nangis jelah.. balance air mata tadi banyak lagi)

Selang 2-3 hari lepas tu , entah macam mana terbocor rahsia yang abah pergi jumpa doktor tu.. <rasa nak tepuk je dahi! Ingatkan dah settle>. Tapi nasib baiklah doktor lelaki tu tak da.. sebenarnya owner klinik tu doktor perempuan tapi disebabkan doktor tu ada hal... doktor lelaki tu ganti.. tapi abah tak dalah pergi serang..just tegur... lagipun yang buat hal doktor lelaki tu bukan doktor perempuan..nasib baik doktor perempuan tu baik..dia tak habis-habis ucap terima kasih pasal teguran tu.. bila aku dapat tahu abah buat macam tu..terharulah! tak sangka abah yang garang macam singa tu sayang kat aku! S0, settle lah! Hehe..

Yeay~ sayang abah walaupun abah garang!

Aku pula sampai sekarang menyampah betul kalau dengar nama klinik tu..nak lalu depan klinik tu pun tak sudi.. 



Tapi sekarang aku risau satu benda lagi.. tiba-tiba masalah baru pula yang jadi (bukan sakit perut lagi ok)..nak drive sakit, kalau langgar bumper sakit, nak jalan sakit, tunduk lagi la azab.. baru-baru ni aku pergi klinik UPM.. doktor cuma kasi antiotik, ubat tahan sakit & ubat lain..dia pesan kalau makin teruk..maybe kena buat operation..termenung sekejap.. dahlah aku tak cerita langsung kat family... risau betul. minta dijauhkan..amin..tapi aku rasa makin teruk pula..entah sampai bila nak pendam.. 

Sunday 27 November 2011

Aku disuruh jadi penyanyi? Adoi!

Haiiiiiii kawan-kawan! (macam segmen kanak-kanak pula) :P

Kali ni terlintas pulak nak cerita pasal benda ni.. niat saja nak kongsi cerita je.dalam adik-beradik aku (3orang,aku anak first).. kedua-dua adik aku memang dihantar masuk kelas muzik sejak dulu..rasanya dah  6-7tahun dorang belajar.. yang second main gitar..yang last main keyboard.. aku? Satu benda pun tak reti sebab tak belajar.. tapi aku suka sebab bila nak bangun pagi..aku akan dengar adik aku tengah practice lagu “Just the way u are-bruno mars”.tu belum campur lagu yang lain. Seronok!

Kalau ikutkan nak buat 1 band, ada pemain gitar & keyboard pun dah cukup.. TAPI mestilah ada penyanyi.. mak aku tak habis-habis suruh aku menyanyi.. gulp!! Sejak bila pula aku suka menyanyi pulak ni! Time kecik-kecik dulu tu lain ceritalah.. asal orang suruh.. aku nyanyi tapi bila dah besar ni.. tak da maknanya.. kecik-kecik dulu bukan setakat menyanyi tapi siap menari sekali.. bukti? Kat atas kening aku ada parut..seronok sangat menari sampai terlanggar bucu meja dan terkoyak.. nasib kena kening..kalau kena mata tak tahulah...

Yang abah aku pula..asal ada peluang je.. mesti keluar dengan bos praktikal aku pergi tengok orang nyanyi kat bangi kopitiam kat bandar tun hussein onn.. baru-baru ni,abah bawa aku,mak & nenek sedara pergi.. kalau dah duduk lama-lama tu..habis semua makanan aku order.. heavan la! Sebab bukan aku yang bayar..hahaha..tapi makin lama makin ngantuk pula sebab duduk sampai tengah malam..rasa nak baring kat lantai je..

Ngantuk betul! tido jap!

Oh! Teringat time study dulu, kalau teman kawan pergi karaoke bolehlah tapi jangan suruh nyanyi.. memang tak terkeluar. Dulu aku pernah ikut ida & norm pergi karaoke.. awal-awal aku nak pesan aku tak nak nyanyi.. dalam bilik karaoke tu.dorang sibuk nyanyi..yang aku seronok tido~ hehe..

Yang paling kelakar..aku kena teman kak anis pergi karaoke sebab dia nak release tension.. dia ajak aku nyanyi tapi aku dah bagitau awal-awal..teman boleh tapi nyanyi tak nak..dia beria-ria paksa aku.. siap ambil 15 lagu.. aku yang tak pernah nyanyi depan orang tiba-tiba disuruh nyanyi memang tak keluarlah.. last-last dia kena nyanyi 15 lagu tu non-stop! Setiap kali habis lagu..kan akan keluar berapa balance lagu yang tinggal..dia mesti mengeluh sebab banyak lagi lagu... teringat lagi dia cakap “adeh! ada lagi!”..


Orang tak nyanyi tak naklah..paksa-paksa kenapa... waaaa~


So,kesimpulannya..

kalaulah aku nyanyi

oh na na..whats my name?



maka bertempiaranlah orang menyelamatkan diri...


Lari! lari! selamatkan diri! nak hujan! suara tak sedap!


Saturday 19 November 2011

Terima Kasih Berjuta-juta Lemon Kepada Followers, Silent Readers & Blogger lain

Hi peeps !



Semalam happy sangat!  nak tahu kenapa? lewat malam semalam tak tahu kenapa tak boleh tidur..jadi tangan ni saja gatal-gatal buka google dan search nama blog sendiri..sangat tak da kerja kan?


entah macam mana dalam banyak-banyak tu terjumpa blogger lain buat pasal entry aku! hooohh! sangat touching.. <lalu berlari dan menangis di bucu katil>..
yelah,unexpectedlah.. kita ni sapa je..bukannya sapa-sapa..buat blog pun sebab nak kurangkan ketagihan kat facebook tu... :P


Happynya... boleh 7 hari 7 malam tak dapat tidur kes ni


ni nak ucap berjuta-juta lemon kat YinSyaf




Yin ni buat entry pasal tips dalam relationship.. yang akhir sekali tu, dia siap promote blog aku! wahhhhhh..... menitik air mata ni...tap! tap!


tak lupa juga kat --> Aimi Syahirah




Dalam ni dia senarai nama blogger dan komen sekali.. huhuhu.. blog aku pun terselit gak ni! TQ ye aimi! :)


kalau ikutkan dulu aku ada juga jumpa 2 blog cakap pasal blog aku TAPI dah hilang pula link dorang..adeh! penat cari tak juga jumpa....
Selain tu ada juga blogger lain sudi pamerkan link blog aku kat blog dorang... tak secara langsung, blog aku pun boleh terpromote... huhu..


tapi aku still nak juga cakap thanks kat semua-semua yang sudi buka blog aku yang tak seberapa lagi emo ni.. huhu.. dalam banyak-banyak entry aku tgk, pasal detect gambar palsu tu yang paling panas.. sampai 700++ view..tak sangka..








ahhh~ sampai tahap ni..aku still terkelu..dah tahu nak cerita apa lagi..jadi, biarkan aku mengundur diri.. peace!

Friday 18 November 2011

Penat Menunggu Orang Yang Lambat Bersiap? NAH! Ni Tips dia..

.
Hello ladies & gentlemen~

Dalam banyak-banyak yang sudi baca entry ni, sapa yang selalu lambat bersiap bila nak keluar? Put your hands up! Hehe..boleh pulak.. normal berapa lama korang ambil masa nak bersiap? 30minit? 45 minit? Sejam? Bagi aku,purata dalam sejam.. kalau tak da mood nak gosok baju & make up.. 15 minit pun dah boleh siap. TAPI kalau orang dah janji nak jumpa pukul 2 petang..aku akan make sure aku dah terpacak tapi kalau benda tu tak boleh elak.tak boleh buat apalah.. huhu..

Kadang-kadang aku pelik betul dengan orang jenis lambat bersiap ni..entah apa la dia buat sampai lambat bebenor.. kot-kot la keluar bilik jadi macam saloma/opera cina/Marilyn Monroe tak pe juga..ni tak, sama je.. 


Ada ke patut dia cakap rupa aku sama je setiap kali nak keluar.. hensem apa macam ni!

Kita ni kalau tak menyusahkan orang untuk tunggu kita bersiap..no hal la..tapi lagi pening kepala kalau kita terpaksa tunggu orang yang kategori macam ni.. oh,boleh sakit oooooo!! Lagi sakit kalau kita tak boleh tegur.. adeh! So,di sini nak kongsi tips kat korang...mana tahu boleh tolong korang  kan?

1. SILA SURUH DIA MANDI AWAL 



Ni boleh dipraktikkan kalau korang satu rumah dengan orang tu. Kalau korang
dah decide nak keluar,sila alu-alukan dia mandi dulu..kalau boleh pimpin tangan  dia
pergi toilet..lepas dia, baru turn korang.. sebab apa? Orang lambat mesti
mandi awal sebab lambat bersiap..nak make up la..pilih baju la.. nak tocang
rambut la.. iron lagi..korang tak pe.. tak sampai 3 minit dah habis mandi.. baju
pun main capai je.. tapi wonder pula.kalau mandi sekejap ni,korang pakai
sabun ke tak?


Seronok betul! setiap kali nak keluar, dorang suruh aku mandi dulu. hehehehe.. entah-entah ada udang di sebalik mee kot!

2.      TIPU “TIME” KORANG NAK KELUAR / JUMPA..  

Contoh korang nak keluar/jumpa pukul 2 petang..Anda disunatkan menipu
dia,bagitahu dia yang korang nak jumpa pukul 1.. biasalah, susah nak jumpa
orang jenis sharp nak keluar..kalau dia lambat pun still kita boleh terima
asalkan jangan lebih pukul 2.. kalau terlajak tu, rasa angin je badan ni..next
time tipu dia lagi.. suruh dia siap 2 jam dari time korang nak jumpa tu..

Dah tipu dia pun still datang lambat? jam dia rosak ke?

3. CAKAP KORANG ADA HAL SELEPAS JUMPA DIA..

Cakap macam ni, suruh dorang siap awal sikit...bagitahu lepas jumpa
dorang..korang ada hal..cakap korang nak pergi jumpa doctor atau bagitahu
korang nak jumpa client yang nak bagi kontrak bermillion2..kalau korang
terlepas..korang akan rasa menyesal dan akan dibuang kerja..kalau kawan
korang tu still lambat..sila blame dia seumur hidup sampaikan dia rasa hidup
ni dah tak bermakna..lalu menghiris nadi sikit demi sedikit..


Akulah penyebab segala-galanya.. 

4.  SILA GUNAKAN ORANG YANG BERMULUT LAZER

Ada masanya tahap kesabaran kita dah sampai tahap hidung.. tapi nak tegur
rasa bersalah..so, sila gunakan resources yang available korang.. contoh: suruh
sapa2 sound..sekali sekala tersentap apa salahnya kan? Hahaha.. kalau tak,
korang buat-buat jelah kena sawan.. cakap merapu-rapu..luahkan apa yang
dah berbatu dalam hati tu & lepas tu,berlakon buat-buat tak ingat apa yang
korang cakap tadi.. settle! 


Bila nak pergi ni? dah 3 kali tukar pampers tunggu papa bersiap!





Papa kau ni kalau bersiap mengalahkan perempuan! bla bla bla bla...Esok jelah kita shopping kat TESCO! 

5. TINGGAL  & PERGI DENGAN TANPA RASA BERSALAH




        Lepas 4 tips di atas tidak membantu, sila gunakan tips yang terakhir ni..dijamin korang tak rasa sakit hati. Lepas dah tunggu dia siap berjam-jam.. sila ambil kunci kereta dan drive dengan rasa tanpa bersalah.. tak pe, biarkan dia bersiap dulu.. mana tahu lepas korang dah balik rumah.dia baru siap..lepas tu boleh korang keluar lagi untuk second round! Atau




       Korang dah janji dengan kawan nak jumpa kat satu tempat. Janji pukul 3 petang.... 3.15 tak muncul.. 3.45 batang hidung pun tak nampak.. 4.15 cakap on the way.. 5.10 cakap jalan jem..apa yang harus korang buat? Sila CHOWWWW la!kalau member korang dah sampai tempat yang korang janji tu.. kalau dia call korang,korang cakap “on the way”.biar dia pula tunggu sampai berjanggut & berhujan panas kat situ..lalu kena demam  kuning panas...

 

Lara mu ni senah.. penat kawe tunggu.. habis minyak dah panas enjin ni..kala tinggal muko macam itik serati! dok pahe kawe!

kesimpulannya : sila tepati masa.. 

Bye2~ see u next time~

Sunday 13 November 2011

Orang judge kita seolah-olah dia kenal kita lebih kita kenal diri sendiri

Manusia! wahai manusia! Memang dah sifat manusia suka sangat menghakimi orang lain tanpa usul periksa.. ni salah salah, yang tu betul.. orang ni buat hal ,orang tu baik.. yang sana tu dianiaya, yang sini kejam..sana buat perangai, yang sini innocent..


huh! Padahal ada setengah kita sendiri pun tak kenal siapa dia.. bukan setakat tak kenal, suara dia pun kita tak pernah dengar tapi dalam diam-diam,berani betul dia nak judge kita.. tak tahulah nak kategori orang ni..maybe “concern” kot! Agaknya..


Atau kata lain lebih parah bila kita ada problem orang lain & dia sibuk-sibuk wakilkan diri sebagai pihak sana.. Bukan je dia judge kita tapi dengan rasa “tanggungjawab” rajin betul dia nak nasihat kita thru message facebook.


Oh ok! Berkatalah selagi mampu berkata..dengarlah apa yang orang lain kata pasal kita tapi..... kalau nak nasihat tu aku boleh terima tapi jangan sesekali ajar aku macam mana nak manage hidup aku... Jangan sesekali cerita perihal hidup kau untuk aku kagumi & ikut. Kau dan aku lain..totally lain..kau dengan cara kau..aku dengan cara aku.. Aku ada kawan yang lebih rapat & boleh dipercayai dalam menegur aku. tak perlu kau bersusah payah datang dan mengajar aku.. pergi dan pergi...jangan sesekali datang lagi..






You know my name => yeah! terang-terang kat facebook aku ada nama "Nur Syahada Nordin" atau kau cuma tahu my nickname "Ada".

Not my story => memang pun.. sebab bukan kau di tempat aku.. 
What i've done => ish2... mesti kau nak kata aku kejam kan? tak pun "Ada macam ni, Ada macam tu"..buat perangai selalu..
But not what i've been through => disebabkan bukan kau yang merasa, jadi kau tak tahu apa yang aku dah lalui.. never! 




Aku bukan nak kata aku ni baik. Aku tahu aku pun ada buat salah tapi cara kau betul-betul buat aku tak berkenan.. datang tak dijemput... bagi nasihat tak aku undang.. cerita kehebatan diri sendiri tak aku minta TETAPI aku merayu kau pergi dari sini.. 




I don't care what you think of me.. simple!



Saturday 12 November 2011

The Best Present Ever from Ireland!

Hi peeps!

Bulan november, ni la first entry yang sempat publish.. sebab... sebab.. busy! busy! busy! test bersusun... assgnment berguni-guni.. invitation presentation dari lecturer datang bertubi2 macam top host pula.. hahahaha...

Kali ni aku excited nak cerita pasal present.. and yup! 28oct lepas birthday aku yang ke 18 24 tahun.. the best present ever yang aku terima dari Hana! Hip2 hoooooraaayyyyyyyyy~ serius terharu dia sanggup pos present tu dari Ireland untuk hadiah birthday aku... sob2...extremely terharu ..<sambil kesat air mata kat baju>



Tapi sebelum dia kasi present,dia pernah minta alamat..wonder pula minah ni..tetiba minta alamat.. last2 dia mengaku nak bagi something.. huhu.. aku lagilah excited! hehehe... lepas dia post, dia cakap dia expect benda tu sampai lagi seminggu.. tapi tak sangka sampai awal 2 hari dari tarikh yang dia jangka.. 

ok,balik je kelas haritu, aku nampak bungkusan atas meja.. wonder pula..apa benda..tapi tengok tulisan pun aku dah kenal! Hahah.. i mean SANGAT2 kenal... kerana terlalu excited setiap post-mortem itu disertai dengan gambar..


Cakap banyak pun tak guna, jom kita tengok ok! :) 


~ tengok tulisan pun dah tahu! (sorry tak berapa clear sebab kamera cap ayam serama) ~ 


~Gambar kedua.. buka je sampul yang first tu.. terbungkang paper bag bernama RIVER ISLAND~ 


~ wow! awesome la beb! serius memang taste aku! dengan corak macam rimau lagi tu! ~


~ lagi gambar post-mortem! suka2! ~

~ Yang penting, gambar setem haruslah di entremmmm~ 





Purse dari River Island gituuu~~ tak sabar nak pakai... mesti aku nampak up up up & fly dengan purse ni. TQ Hana! Serius terharu! Aku tak sabar nak tunggu ko balik Malaysia. Please balik cepat & boleh holiday reramai macam dulu..  kalau azma & shu baca ni ( korang pun kenal balik Malaysia cepat2!
Sebelum menamatkan riwayat entry kali ni, just nak bagitahu Hana iaitu..........

5 things you should remember..

1.kita pernah buat kerja gila..pukul 11 lebih pergi blok G (bilik lecturer) dengan nuwai semata-mata nak tengok carrymark malam2 buta..sampai la nuwai dengar bunyi “something”...

2.Dulu time kelas finance, kita suka kumpul jawapan past year dari senior. Bila lecturer tanya sapa yang nak volunter jawab.mesti kita berebut2 sebab nak elak kena jawab soalan yang senior tak provide.kerana kehebatan ko dalam kelas finance, lecturer ingat ko budak repeat.. huhu

3.dulu kita suka makan roti canai planta letak gula! gilo manis.. boleh gongak gigi...

4.terima kasih time birthday aku yang ke 23..ko hadiah kek secret recipies.. TQ hana... :)

5.terima kasih sebab pernah hadiahkan aku gelang..untuk pengetahuan ko, aku tak pernah pakai depan ko tapi aku selalu pakai bila keluar...








:: Hana, TQ so much...  If I had one gift that I could give you, my friend, it would be the ability to see yourself as others see you, because only then would you know how extremely special you are....
You are my advisor, teacher, role model and good friend 4 me..
AKU SAYANG KAU SANGAT2... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...