Friday 12 August 2011

CARA MENGHADAPI PASANGAN KUAT CEMBURU

Saya kaget kagum kerana tiba-tiba ada orang request suruh saya buat entry pasal CINTA! Wooooo~ dasyatnya..saya rasa makin lama makin mnyimpang tujuan blog ni.. dah mati idea nak cerita pasal cinta sebab saya memang lemah bab2 soal hati dan perasaan.. kalau nak relatedkan dengan pengalaman kawan-kawan saya pun susah.. sebab majoriti kawan-kawan saya semua happy ending dan tak banyak songeh dalam hal cinta mereka..

Oklah..selagi saya banyak masa lapang ni. Meh la saya kongsikan tips untuk pasangan kuat cemburu. Mengikut survey dan research yang saya lakukan terhadap 100 orang awam di bazar ramadhan petang tadi (sambil betulkan cermin mata).. Diketahui maksud cemburu adalah 

“ reaksi seseorang apabila sesuatu yang memiliki kepentingan bagi dirinya disaingi atau dicabar. Reaksi tersebut boleh jadi perasaan yang benci dan marah, boleh juga diterjemahkan kepada perbuatan fizikal seperti memecahkan atau membaling barang.”

Atau lebih ringkasnya..

”Ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.”

Saya pernah didatangai seorang kawan yang mengalami masalah kekasih kuat cemburu dengan kawan-kawan dia dan meminta pendapat saya tentang masalah ini. Tak banyak boleh saya bantu kerana saya sendiri pun kuat cemburu (jawapan jujur).. secara tak diam, saya lebih memahami perasaan kekasihnya. Walaubagaimanapun, saya juga memahami perit kawan saya ini kerana saya pernah merasai betapa sakitnya jadi pencemburu dan pihak yang dicemburui..

Sebenarnya susah nak melayan karenah pasangan yang kuat cemburu. Kadang-kadang buat kita pening kepala.Namun, setiap benda yang terjadi ada cara untuk selesaikannya. Oklah, tak nak meracau-racau merapu-rapu lagi.. jom la kita renung-renungkan supaya kita semua lebih clear tentang soal hati dan  perasaan ni dan lebih memahami pasangan kita.



1. BAWA BERBINCANG 

Cara ni sebenarnya common sangat.. Rasanya semua tahu tapi tak semua berani nak bsuara untuk berbincang. Bagi pendapat saya, sebaik-baiknya pergilah berbincang ke tempat yang aman dan banyak tumbuhan hijau. Tumbuhan hijau ni seperti yang kita tahu, membekalkan oksigen dan buat kita more relax. Contohnya pergilah ke tasik.. Sebenarnya elemen air pun mampu buat kita tenang. Ketika itu bawalah bincang dan kenal pasti kenapa pasangan korang tu cemburu sangat.. Semasa bincang tu gunakan tone suara yang bersuaian.. Jangan la sampai terjerit2. Kita bukan cari gaduh..tapi kalau time tu nak nangis..nangis jelah tapi jangan la over sampai tersedu2 macam budak kecik.. Dan paling penting, jangan berbincang ketika korang sedang berkayak atau sedang kayuh2 kat tengah tasik tu (tak tahu nama benda tu nama apa).. Nanti emosi tak stabil, tak pasal-pasal kita tolak atau pasangan yang tolak kita dalam tasik tu.. see! Bincang pun kena cari tempat selamat ok!

2. JANGAN KEDEKUT UCAP "I LOVE U" & " I MISS U"

Sebelum ni pun dalam entry sebelum ni saya pernah cakap jangan kedekut ucap kata keramat ini. Inilah salah satu macam mana kita nak luahkan betapa kita sayangkan pasangan kita. Seelok-eloknya luahkan setiap pagi atau sebelum tidur. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan rasa meledaknya cemburu tersebut. Lagi bagus kita luahkan unexpected time contohnya ketika tengah busy atau pun tengah malam. Ini menunjukkan kita selalu teringatkan dia. Si dia ketika of course asyik tersenyum-senyum bahagia. Nak luahkan kata keramat ni ikutlah pada individu. Nak call boleh,mesej, GPRS , video call atau apa-apa jelah.. sekarang dah maju..
 
3. LUANGKAN MASA BERSAMA & LAKUKAN SUPRISE

Busy macam mana pun rutin kita mengalahkan perdana menteri tapi try the best cari masa yang berkualiti untuk spend masa dengan pasangan kita. Contohnya keluar dengan dia tengok movie atau buat sesuatu yang disenanginya. Kalau perlu seminggu sekali, spend lah dengan dia dari pagi sampai ke malam.. sampai dia rasa nak pengsan & nak berjalan pun kena pegang dinding sebab tak larat. Untuk buat relationship tu lebih happening, try la buat suprise.. kalau la pasangan tu suka makan sate, try la beli 10 cucuk & bt suprise kat dia.. biar dia melompat keriangan macam kanak-kanak ribena.. At least selain asyik jiwang-jiwang..apa salahnya try buat benda yang boleh dia gelak mengekek..

4.  CERITA BALIK DETIK-DETIK PERTEMUAN & KENANGAN MANIS

Awal-awal perkenalan tu normallah dalam fasa angau.. Semuanya rasa sweetnya.. semua kerja tak jalan.. rasa diawangan-awangan. Semua kerja asyik tak menjadi. Nak mandikan kucing pun tersenyum2 sampai nak lemas kucing tu.. sabar jelah.. 
Apa salahnya sekarang ni, kita cerita balik dengan pasangan kita detik-detik perkenalan korang dulu.. nak balikkan suasana harmoni tu, mestilah kenangkan benda-benda yang manis. Tak kan sebelum tidur, korang memandai2 cerita dengan pasangan korang perasaan korang kena tampar dengan dia depan orang ramai kot! Ish2...

5. KENALKAN KEKASIH KEPADA KAWAN-KAWAN

Bila kita ni banyak kawan dan jenis suka spend masa dengan kawan selain dengan pasangan kita. Apa salahnya ambi sikit inisiatif ni kenalkan kekasih kepada kawan-kawan.. time nak kenalkan kekasih tu janganlah nak malu-malu mengaku si dia tu kekasih korang. Nanti bila kawan tanya tu sapa..korang boleh pula garu-garu kepala cakap “eh.. kawan saya..kawan dr tadika.. hehe..” tak pun “ni jiran sepupu saya”..
Amboi malu bebenor nak ngaku.. esok2 orang lain mengaku kekasih korang tu gf/bf dorang tahu nak histeria. Cakap la penuh confident.. macam ni ha.. “Ni Erra.. kekasih/girlfriend/pacar  saya”. Si dia dengar pun bangga beb! Dia pun sikit-sikit tarik hidung sebab rasa hidung makin kembang..

6. AJAK SEKALI KEKASIH IKUT AKTIVITI LUAR BERSAMA RAKAN

Contohnya korang dengan kawan-kawan rancang nak pergi vacation atau nak pergi games kat luar tu .. Apa salahnya korang seret bawa pasangan korang. At least pasangan korang makin percaya kat korang. Lepas ni kalau korang nak pergi tempat lain tanpa dia ikut, ada la juga rasa percaya dan kurang la sikit rasa cemburu tu kan? Tak gitu? Sekurang2nya dia kenal kawan korang dan tahu macam mana korang bawa diri kalau dia tak ada di sisi.

7. KEKASIH ITU KEKASIH & KAWAN ITU KAWAN

Kekasih dan kawan tu ada beza.. Semestinya kekasih tu someone special dari kawan tapi tak bolehlah lebihkan kekasih sangat. Maksud saya dia sini, jangan la terlalu over melayan kawan dari kekasih contohnya.. time pergi kenduri kawen,baik pula hati korang tuang air dan bagi member2 berlawan jenis korang. Yang si girlfriend ni, korang bt derk je.. makan hati punya pasal, dia minum air basuh tangan je..  tak ke kecil hati dia? Mesti korang cakap "eleh! tu pun touching ke?".
Sebenanrnya ni simple example..  saya rasa korang tahu la maksud saya kan? Tak pasal-pasal hal tu, dia makin cemburu dan terus bperang dengan korang nanti.

8. TUNJUKKAN KESUNGGUHAN KEPADA KEKASIH

Time tengah sayang ni normallah kita ni over sangat merancang masa depan.. Even budak darjah 6  bcinta pun dah berani bagi harapan.kononnya nak kawen dalam taman la.. nak anak 8 orang la.. adeh! Bagi saya la..tak kisah la muda ke tua. Ni normal.. bila kita dah sayang someone,secara tak langsung kita punya impian nak hidup dengan orang tu..  Tapi bila jodoh tu tak panjang, tipulah tak sedih sebab impian macam ni lah buat kita frust menonggeng 24 jam sehari. Oklah, bagi mereka dah besar-besar ni. Cara nak kurangakn rasa cemburu pasangan korang.. korang bawa dia jumpa parents korang untuk buktikan korang betul-betul ada kesungguhan kat dia.. dia pun makin yakin la dengan kejujuran korang ni. However Walaubagaimanapun, semua tu terpulang kepada keberanian dan kesediaan korang sendiri..
 
9. BANYAKKAN BERSABAR DAN  BERDOA 

Sebenarnya susah kita nak puaskan hati pasangan kita. Ada je tak kena.. kadang-kadang rasa nak naik angin je tapi kena sabar walaupun time tu dada dah berombak2 sebab sakit hati sangat.. Cenginilah.. amalkan ayat ni kita dalam situasi ni.. Selain kita usaha bermacam2 tapi jangan lupa kembali kepada kerohanian kita sendiri ye darling! Ni saya sertakn doa menghilangkan rasa marah dan doa memohon kesabaran.. mudah-mudahan dapat membantu kalian semua..

DOA MEMOHON KESABARAN



DOA HILANGKAN RASA MARAH 
Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”
 
 
 
10 . PERCAYA KEPADA PASANGAN

Tips terakhir ini saya tertumpu kepada si dia yang kuat cemburu dan saya selitkan juga sedikit untuk mereka yang mengalami pasangan yang kuat cemburu. 

Si dia kuat cemburu : Andai dia adalah lelaki/perempuan yang jenis setia dan baik menurut pandangan matamu. Berlajarlah percaya kepada si dia kerana dia juga berhak menerimanya!

Kepada yang mempunyai pasangan kuat cemburu : Sebelum minta pasangan anda percayakan anda.. Tunjukkan ada benar-benar jujur dalam perhubungan.. Setiap benda yang ada minta (kepercayaan) sebenarnya ada harga.. Buktikan anda sememangnya layak dipercayai! Kalau anda belum pernah hancurkan kepercayaan pasangan anda,jangan sesekali cuba. Ini kerana  hati pihak sebelah tu sebenarnya  "its easy to forgive but hard to forget". “Tetapi andai anda pernah mengecewakan dia dan anda masih di beri kesempatan ke-2.. sila faham2 sendiri....

 

Banyaknya saya membebel! Penat!<smbil minum ice blended> ..

ok kengkawan, Ni la hasil survey saya daripada mak cik & pak cik kat bazar ramadhan td. Rasanya info ni dapat la membantu walaupun tak sebanyak mana.. Memang tak banyak pun sebab pak cik dan mak cik  kat bazar ramadhan sibuk kejar bubur lambuk free..

Bye2 semua.. semoga dapat menjalani ibadah puasa sebaik2nya.

 

~I was always jealous of something getting more attention.~

 

17 comments:

Einn :) said...

nice blog and nice entry too
nak kongsi jugak ni bole tak ? hihi
dulu sblom sy tunang ng bf sy tu . die tersangat la kuat cemburu. nak kwn dgn sesiape pun tak bole . terpaksa jge batas antara sy dgn kwn2 terutama lelaki.no fon dlm hp pun terpaksa delete. gara2 die dah 7 kli tukr nmbor . dahsyat kan! haha . tapi ble dah jd tunang die skg. die tak cemburu dah.. die bg sy kwn dgn sesiapa pun yg sy suke aslkan jge batas . :)

klu sudi jemput la singgat ke blog sy pulak ye :)

Ada Sya said...

7x tukar no fon? wow~ byknya..dasyat sgt dah tu..
orait ein..
nak kongsi pun blh...lg sy berbesar hati..
wokeh,i follow u.. TQ ye..

selamat berpuasa.. :)

Atiqah Wadiah said...

nice2..boleh digunapakai 6t ^^

Ada Sya said...

atiqah wadiah : gunalah..
dijamin abg makin syg.. :)

Anonymous said...

ada:: kesempatan kedua tu ape mksud??? lydia nk tnya ni bf lydia pernah curang gan lydia n than dia blik kt lydia..tp lydia tak leh nk percaya kt dia sgt..cmne nk uat ek???n dia ckp lydia ngongkong.,.ape nk uat ek??

Ada Sya said...

trm ksh lydia amira sbb pggl sy dgn pggln "ada"...tb2 bbesar hati pula.. hehe.. kesempatan kedua tu macam lydia lalui skrg tu lah.. dia dah curang tp lydia still terima dia.. mengikut kata kwn Ada sblm ni, manusia deserve diberi peluang sampai 2x..kalau dah lbh 3-4x tu better fikir semasak2..lagi byk peluang yg kita kasi semakin kita tak dihargai..

tapi dalam kes Lydia ni, kalau ni first time dia bt hal. xda mslh kalau lydia bg dia peluang klu dlm hati tu still ada rasa syg. tp normallah..kita blh maafkan org tp ssah nk percaya sbb org dah bt mcm tu kat kita. sbnrnya dgn sapa2 pun kita xseharusnya letak kepercayaan 100% sbb takut dikecewakan dikemudian hari.. kalau hal fmly tu lain lah..

ngongkong? ngongkong mcm mn?
1.lydia sll check hset dia?
2.lydia sibuk nak ambil tahu dia prg mana?
3.lydia control dia berkawan?
4.lydia sll tuduh dia klu dia bls msg lmbt?
5.kalau blh lydia nak tahu apa dia bt 24 jam?
5. atau ada reason lain my dear?

kalau no (1) : hmmm..entahlah..tu depend pada individu..ada stgh couple sk check hset psgn msg2.. ada stgh x..itu bgantung kpd kepercayaan msg2..
kalau no(2) : bg Ada, tu normallah..kalau dah sayang mesti lah nak tahu kan? bnda tu dtg dari hati sendiri..
kalau no (3) : berkawan? hmmmm~ nak berkawan blh even dgn berlainan jantina tp pndai2 la jaga diri tu.. hati gf/bf pun kena jg juga.. btl x?
kalau no (4) : kalau 24 jam tu? agak xelok la.. msg2 ada life.. tapi kalau dia bgth lydia, dia nak prg tgk bola dgn kwn2.. jgn la lydia srh dia msg stiap 5 minit smata2 nak tahu pkmbangan dia.. biar dia hbs & lps tu crt kt lydia..

dont worry la lydia.. kalau dia bt jahat dgn kita..cpt @ lmbt smua akan nampak..Ada belajar dari pengalaman kawan2 jg.. :) everything happens for a reason syg..

Anonymous said...

haah ada,,lydia kacukan cina..hehe papa lydia cina..mekaceh ada..

Unknown said...

ada orang ajak aku kapel.tapi belum declare ape2..sikap cemburu tahap kambing dia sangat2 terserlah.aku mesej ngn sapa dia tye.aku kuar dgn sape dia tye.dngn siapa.dkt mana.aishhh..rimas.bila dia mitak kapel2 betul2..aku terus reject..hmmm..betol ke tindakan aku tu.aku rasa macm kesian plak kat dia tapi kalau aku xreject dia..aku plak yang lagi2 kesian..huhuhu

Ada Sya said...

lydia : patut la..muka mcm cina.. muka ayah lydia pun mcm cina.. mix rupanya.. :)

pjah : entah la pjah.. sbnrnya depend pd msg2.. ada kawan sy xsuka gf/bf dia sibuk nak tahu mn dia prg.. ada yg jenis suka nak tahu sbb sayang/cmburu.. tapi kalau awal2 pjah dah xselesa cara dia better lepaskan dia dgn cara baik. sekurang2nya xda la sakit hati. kalau awal2 pjah dah xsuka tp pjah terima... takut dua2 pihak merana.. biasalah bila dah syg,kt terima je prangai partner kita wlpun pedih.. asyik2 pendam2..sakit kan?

Rosalia said...

alhamdulillah walaupn si dia jauh di filipina sy di kl ktorg slalu bncg kalau ada pape :) doakn ye. nice tips

Unknown said...

salam kenal dan follow :)

Anonymous said...

Bf sy mmg kuat cemburu ape je sy buat sume salah.. kte org kje 1 opis sgla gerak geri sy d perhatikan sy ckp ngn laki lain lgsg xbley.. tgk laki lain yg lalu dpn mata pown bley jd satu isu pergaduhan.. xbley save num laki lain selain fmly dlm hp.. hp sllu die cek acc fb twitter sume die survey. .. sy tension

Unknown said...

Assalamualaikum Ada Sya..
Sy ada bf yg memeang kuat cemburu, apa yg sy buat semua jadi salah. bila keluar bersama, dia akan perhatikan mata saya samaada sy tengok lelaki lain ke tak.. x boleh save no. telefon office mate. x boleh chat dengan lelaki walaupun sbg kawan. ada sekali dia panggil saya perempuan gatal dan sanggup merajuk kononnya dia nampak sy tengok lelaki lain sedangkan sy x tengok. pendapat sy, dlm dunia ni ada jantina lelaki dan perempuan so mcm mana sy nak elak drpd x tengok org depan mata..? mcm mana sy nak berjalan kalau sy x tengok siapa yg ada depan mata sy? jadi apa yg perlu sy buat sedangkan point yg Ada Sya sebutkan, sy dah cuba buat tapi x berhasil.. =_='

Anonymous said...

Awak taw x sbnrnye bf kte lebey krg same jer.. laki mcm dowg ne sbnrnye manja.. so kte kne sllu mnje2 kn dowg.. bf sy mmg sama mcm bf awk xbley pndg org len dowg trus marah la cemburu merajuk then kua ayat2 touching ble nafikan ape yg dowg ckp tut tut jd satu isu pergduhan.. so ape yg sy wat 1st ble kua sy pgg tgn die smpi die sndri rimas.. then sy jge pndgn sy ble jln sy sllu pndg ke bawah what I mean is tgk lntai.. then sy sllu puji2 die.. jujur plg ptg coz laki mcm dowg mmg sangat petah bertikam lidah so sy nk elakkn pergaduhan tu sy sllu jujur.. then now bile die taw cara kte die pown yakin yg kte mmg btol2 setia n syg die sowg xde owg len.. dan alhamdullilah skunk dlm die da proposed sy n tgl hitung hari utk bertunang... basically knp lelaki jd mcm ne sbb dowg penah ade pengalaman yg mne ex gf dulu penah buat, myb mse ngn gf yg dulu dowg xkisah coz dowg x taw.. but now ble da ade bad experience dowg lebih berhati2... n untungnye dpt laki mcm ne sbb dowg pown mmg org setia n penyayang...

Anonymous said...

Sy prmpuan yg kuat cmbru dgn bf... Ape die wat sume xkne pd sy... Especially kalau die ckp gan prmpuan yg sy xske...mmg sy cmbru n sket aty sgt walaupun org angap hal remeh je... Sy gan bf stu tmpt krje.. Kalau xnmpk dpn mte je mst sy call kt mne n wpe.... Kt tmpt kje tu ade sowg pompuan nie...len mcm je tgk bf sy... Sy xske la owg pompuan tgk cmtu kt bf sy... Ade stu ary tu..bf bdri sblh pompuan tu...sy tnmpk..pehhhh sket aty nie...Trus sy tolak bf tmpt len...tp die xtrme sy wat cmtu.. So Sy diamkn dri stu ary..emm :( sy thu bf sy kalo gan pompuan bise2 je.... Tp sy tkot pompuan tu yg prsan.... Fhm x cte sy nie....? So ada...mcm mne sy nk krgkn rse cmbru n prsaan syakwasangka dgn bf...???

Unknown said...

Terima kasih ya allah kau telah memberi ku kesabaran.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua .. saya ad psangan cemburu .. cmburu sangat ii smpai sya kluar talian wssap skejap pun dia ingat sye chat dgn lelaki lain .. kadang ii dia tersangat buruk sangka dkat saya ,dan tuduh saya bukan ii .. bila saya suruh dia cari prempuan lain ,dia taknak ... Bleh bg idea tak mcam mana sya nk handle dia ?? Saya dh penat layan keadaan mcam nii ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...