Wednesday 31 August 2011

Belajar Bersyukur. Lebih dan Kurang di Sekeliling Kita Bersebab

Selama saya bernafas hampir 24 tahun. Banyak benda yang saya belajar dalam hidup terutama belajar bersyukur. Saya akui dulu selalu tak puas dengan hidup sendiri. Bila saya tengok orang lain berjaya atau lebih dari saya, saya selalu fikir beruntungnya hidup mereka. Saya rasa saya ni terlalu malang. Hal demikian buat saya alpa memperbandingkan hidup saya dengan orang yang lebih susah dari saya. Saya seharusnya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan..


Saya percaya dalam hidup kita tak semua yang kita mahu akan tertunai. Setengah perkara kita mungkin dapat dan setengah perkara kita terpaksa lepas. Sebagai contohnya, kita mungkin dapat kerja yang baik, hidup yang mewah, kawan2 ramai tapi kita mungkin ada conflict dalam family

Atau


Kita mungkin ada keluarga supportive, ramai orang sayang, anak2 yang baik , rupa yang cantik tapi kita mungkin terkandas dalam perhubungan.


Atau 


Kita mungkin mempunyai keluarga bahagia, rumah yang cukup untuk berteduh, cukup makan tapi dikurniakan kesihatan yang kurang baik.


Apa yang saya alami tak perlulah saya terangkan sedetail2nya.. cukuplah saya sendiri yang alami dan saya sendiri yang faham. Walaubagaimanapun, saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, ibu bapa yang sentiasa suportive dan tidak membiarkan kami adik beradik terabai, terima kasih dikurniakan bapa yang terlalu baik dan tidak pernah berkira dengan kami, terima kasih dilahirkan dari rahim seorang ibu yang begitu penyayang. Selama saya hidup tidak pernah kami mengikat perut menahan lapar dan  segala kemahuan kami sentiasa diusahakan oleh ibu dan bapa. Namun, saya tahu saya kekurangan sesuatu dalam hidup saya tetapi saya tetap bersyukur. Dengan apa yang terjadi saat ini, kalau itu yang Allah rencana dalam perjalanan hidup saya dan sudah tercatat dalam Loh Mahfud. Saya terima dengan hati yang terbuka dan redha. Walaubagaimanapun saya percaya roda akan berputar kembali ketempat asal paksinya. Semua akan kembali baik. Amin..


Telah tertulis dalam kitab(Loh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. (Al Hadid: 22)


Apa-apa yang terjadi dalam hidup saya biar baik atau buruk saya selalu pegang kata2 ini kuat2.
.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqara: 216)

“Everything happens for a reason.”




** Saya dalam perkiraan membuat sesuatu keputusan cepat atau lambat akan saya lakukan. Terima kasih kepada semua kawan2 followers saya walaupun saya tahu tidaklah ramai tetapi saya tahu ramai silent readers. Terima kasih kepada mereka rajin hantar feedback melalui inbox facebook saya dan terima kasih kepada mereka yang sudi add. .


Tuesday 23 August 2011

Berbuka Puasa @Johnny

Tempat : Johnny JJ Wangsa Maju
Masa : Berbuka Puasa
Tarikh : 23/8/2011

Special Thanks kat adik Hana sebab book tempat ni.. :) 
Kesian kat Hana,adik dia yg bersusah book tapi Hana sampai lewat..dah berbuka baru sampai..
Kesian kat Jaja.. baru sampai rumah..aku dah tercegat depan rumah dia nak ambil dia pergi Wangsa Maju..
Kesian2 pun sempat rembat kasut baru kt JJ.. :P

~ Set C untuk 4/5 orang makan~


~ Dari kiri Jaja, Hana, Azma & Aku~
~ Dengan Shu ~




*** Bulan 9 nanti semua nak pergi jauh-jauh.. Hana nak pergi Ireland.. Shu & Azma nak pergi UK.. Jaja pula sibuk dengan kerjaya~ Jaga diri baik2 semua..
*** TQ Hana sebab bermurah hati belanja..
*** TQ kat shu atas buah tangan time dia pergi umrah baru2 ni..cantik shawl~

Busy

Banyak benda kena uruskan..penat~ tapi campur dengan kemalasan aku menyebabkan aku tak update blog..

Anyway, TQ kat baby sbb temankan aku g UPM bayar acceptance fee RM300.. walaupun aku boleh pergi sendiri tapi saja ajak dia.. 




Hari sabtu baru2 ni pergi berbuka puasa kt The Mines sambil shopping raya.. tak tahulah bila dah besar ni.feel nak raya tu dah tak da.. aku tak da pun beli kasut atau baju raya.tak kisah kalau suruh pakai yang lama..



Busy sebab uruskan nak minta scholarship kat Mymaster..banyak benda kena urus~ kalau boleh nak juga cari duit sebab tak nak susahkan abah..


Thursday 18 August 2011

Berbuka Puasa Bersama Budak Jalil

Buka puasa kali ni aza yang rancang.. Tempat JJ Cheras Selatan.. Tapi aku,baby&emi kena pergi awal sebab nak book meja.. keluar 4.45 petang.. Lepas dah book, merayau2 1  JJ. Last2 aku borong 3 anting-anting & gelang tangan.. melayang duit~ 

Tapi TQ kat semua yang join even iema tak dapat ikut sebab kena buat OT.. Time kat situ, Aza tersangat la banyak cakap..sampai la baby cakap kat dia "akak (aza), kitorang datang sini bukan nak dengar cerita ko lah!"..kelakar..  Dalam ramai2 ni aku,baby&emi je belum kerja.. kesian kat aza,ejan,fiza & zurani sebab kena datang lepas kerja.. :)  


~ dengan emi & baby ~


~ Dari kiri : Zurani, Fiza & Aza ~
~ Dimana ada aku, disitulah ada Baby~

~ Dari kiri : Ejan & Emi ~


~ Ala comelnya Ejan~





~ Hawaii Chicken~




~ Hawaii Chicken juga?~

Sebenarnya ni salah order tapi sorang pun tak perasan sampai la waktu nak berbuka.. sepatutnya papperoni... tp lupa nak ambil gambar pizza tu pula.. :p

Lepas sampai rumah lepas  berbuka puasa dengan dorang. Aku pun terus la upload gambar dalam facebook..ada 1 gambar ni aku teragak2 nak upload ke tak.. entah macam mana,kak anis tanya aku..dia nak tengok full baju aku pakai time tu..dia ingatkan aku pakai cardigen.. disebabkan kitorang tak da banyak gambar berdiri (semua gambar kat meja makan), aku pun upload la 1 gambar ni walaupun aku sendiri tengok gambar ni kelakar!... meh tengok!





Tak sampai berapa minit aku upload..tiba2 kawan2 aku komen..



EzzahMak oi ada.. Ko dahla tgi, pkai heels lg.. Napak comel je kwn2 sbelah tuh.. Hehe

Agypt :   something looks odd bout this pic lah ada ;P

Pis : ada...aku ske pic ko yg 'hot' tu...emm yg de sumthing wrong sumwhere tu...hehe.cntik.tp xtau np jd cmtu. 

gambar ni buat aku nampak GIANT! 

Sengal je kawan2 aku nih! aku rasa gambar ni la ok sikit..sebab ada 1 gambar tu over betul aku pose....

** nak wish congrtz kat fiza sebab bulan 11 ni dia nak kawen.. (aku sangat jeles).. Tahun depan giliran emi,ejan,akak,baby & zurani pula.. YES!!



Tuesday 16 August 2011

Finally I got what i wanted! Alhamdulillah!

Sebenarnya berita baik ni aku terima tengahari semalam.. ingat nak update semalam tapi mood nak berblog tu tak datang2. Penat seru & “menurun” bagai.. tapi feel nak bcerita, still tak datang2.. ingat nak story malam tadi tapi sibuk pergi berfoya-foya pula..


Rasanya ada yang dah tahu cerita ni tapi aku story jelah ye..tapi tak naklah terus bagitahu apa benda baik tu.kita start dari pagi semalam sampai la berita baik tu.. oklah, macam ni sinopsis.
 

Pagi semalam yang indah lagi angin sepoi2 bahasa, aku dah bangun tidur tapi still ngantuk.. mak dah bising-bising kat luar,dia ingatkan belum bangun tidur.. adeh! Semata-mata nak buat mak diam & konon2nya dah bangun tidur. Aku buka laptop & pasang lagu “Black Eye Peas- Meet Me Half Way” kuat2.. Konon-kononnya aku dah bangun tidur..Padahal tekup telinga dengan bergunung2 bantal..


Tapi kenikmatan tidur sambil dengar lagu BEP tu tak lama, mak ketuk pintu suruh sidai kain pula.. So, terpaksa bangun dengan lemah gemalai pergi sidai kain.. Entah macam mana mood nak membasuh datang membuak-buak.. Habis telekung,cadar,sarung bantal,selimut direntap..Siap sapu simen2 kat rumah tu.. Bukan tu je, semua bear aku kasi berjemur kat luar ala-ala macam orang putih berjemur..


Tengah feeling basuh kain, tiba2 bunyi posmen kat luar siap berhon2.. aku dah la tak mandi lagi.. nak kluar malu.. nak suruh mak, mak tak nak.. last2 pergi la buat muka bodoh.. aku  ingatkan ni mesti surat abah atau mak.


Sampai je depan posmen.. dia tersengih2..

Posmen : Ni Nur Syahada ke?

Aku : A’ah..

Posmen : tolong isi nama, ic & sain kat kertas ni (sambil hulur kertas)..

Aku : Time isi form tu.. otak aku fikir la.. “surat apa la pula ni.. dah la siap pos laju..tak kan surat offer kerja pula,kalau orang nak offer kerja, kenapa tak call je..”.. Time aku isi form tu tulisan macam cakar ayam tu belum dengan sain lagi..entah apa conteng kt coloum dlm form tu.. 

Lepas aku pass form tu kat posmen tu, aku terus rentap  ambil bungkusan tu.. terus aku lari masuk rumah.. aku biarkan posmen tu terkial2 depan rumah..dalam otak tak fikir apa dah.. bdebar2 macam nak tercabut jantung..

~ Lari mengalahkan Watson Nyambek~



Terus aku koyak plastik yang cover surat dalam tu.. kat sampul surat tu, ada logo UPM.. lagi la aku berdebar2.. dalam hati “apa lagi ni.. tak kan ada problem macam dulu”

bila buka sampul surat.. banyaknya borang dia kasi.. aku sempat la selak.. ada bil,kalendar akademik,borg pemeriksaan kesihatan & rules UPM.. aku tengok surat yang first tu..tak da pun tulis “congrat aku diterima masuk, dia just tulis have been approved”.. mana tak nervous.. dah tu tulis suruh hantar mini transkip bagai.. 

Terus aku call UPM on the spot..  time call tu, ada la perempuan angkat..mula-mula bunyi macam nak marah.. aku dah risau ni.. Jadi terpaksa la control suara..buat macam budak baik.aku lega lepas dia terangkan semua2..dia cakap “adik diterima masuk..daftar 6 september & start kelas macam biasa tapi lepas adik konvo, adik kena hantar official mini transkip & degree certifacate kat kami, Itulah tawaran bersyarat”..

Baru aku teringat, time nak apply master.. kena hantar mini transkip dan degree certifiacate tp aku belum konvo..mana ada semua tu.. sbb tu aku kasi mini transkip yg uitm print atas kertas A4 & surat pengesahan habis study sebagai ganti aku untuk degree certificate.. alhamdulillah~ macam tak percaya je! Lepas habis call, aku tengok jam.. patutlah suara orang tu macam nak marah.. tengok2 jam lg 2 minit nak pukul 1... nasib baik bulan puasa.. dia pun kena sabar melayan karenah aku..


Aku terus lari pergi bilik mak aku bagitahu aku dapat offer! Sebab terlalu seronok aku terlompat2 depan mak aku.. dah btahun-tahun aku tak melompat ni.. dah tua bangka baru nak lompat.. seronok sangat..rasa di awang-awangan..

~ mama! I got it!! ~


Tak lama tu , aku dapat email dari UPM.. dia tulis macam ni..

Dear NUR SYAHADA BT NORDIN,

We are please to inform you that your application for graduate study at GSM, UPM has been approved. The details of the programme offered are as specified below:

      Programme          : MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION
      Programme Structure: WITHOUT THESIS
      Advisor            :
      Period of Registration : 06 SEPTEMBER 2011 - 12 SEPTEMBER 2011
      Length of Study        : 1 - 3 YEARS
      Minimum Credit to Graduate : 36

You need to register and pass the required course(s) before you can proceed with your graduate programme.

Thank You.

Alhamdulillah.. benda-benda yang aku tunggu selama ni akhirnya jadi kenyataan.. Ramadhan kali ni memang berkat.. Sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak benda baik jadi.. Even ada masalah pun,cepat je settle..

Tengok syok2 belek borang UPM kasi, aku bacala yuran dia..

Sem pertama : RM7K

Sem kedua : RM6K

Sem ketiga/keempat : RM6540..

Terus terdiam.. serba salah nak susahkan abah & mak.. 



~ Mana nak dapat duit ni.. kalau main kutu belum tentu lepas~

aku bagitahu la abah & mak pasal benda ni.. abah Cuma cakap “tak pe...boleh je”.. mak pun ada cakap “nanti hang fotostat borang tawaran, boleh dapat sumbangan dari kad veteren tentera abah punya”.. lega~~

Aku ada la bincang dengan mak..pasal master yang aku apply kat uitm dulu tapi tak dapat..kebetulan 18hb ni uitm buka untuk rayuan.. aku tanya mak.. nak ke buat rayuan ? mak aku cakap “tak payahlah..dah dapat yang upm tu”.. ok set mama! 

Lagipun personally, aku sendiri pun dah tak boleh hidup kat shah alam.. Kalau aku dapat offer kat uitm shah alam & aku terima.. sah2 shah alam banjir dengan air mata aku.. setiap hari aku meratapi nasib macam kena hantar kat Afganistan.. lagipun aku dah bosan duduk sana. Kawan-kawan pun dah tak da.. Aku rasa shah alam lagi bosan dari sarawak.. serius!

Apa-apapun aku nak cakap thanks kat kawan-kawan aku yang selalu bagi support..

Kak Anis : aku selalu cerita kat dia pasal betapa deritanya aku nak apply master kt UPM & macam2 dugaan..dia la rajin bagi support & siap hantar mesej ingatkan aku call UPM ok! Tak ke terharu aku!

Normah : mak cik ni la baik hati ajak aku apply master kat UPM lepas aku balik Bandung haritu.. sebabkan dialah, aku pergi apply tapi sayang.. Normah tak dapat apply sekali sebab ada hal lain..  

ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ATAS NIKMAT INI YA ALLAH..


Friday 12 August 2011

CARA MENGHADAPI PASANGAN KUAT CEMBURU

Saya kaget kagum kerana tiba-tiba ada orang request suruh saya buat entry pasal CINTA! Wooooo~ dasyatnya..saya rasa makin lama makin mnyimpang tujuan blog ni.. dah mati idea nak cerita pasal cinta sebab saya memang lemah bab2 soal hati dan perasaan.. kalau nak relatedkan dengan pengalaman kawan-kawan saya pun susah.. sebab majoriti kawan-kawan saya semua happy ending dan tak banyak songeh dalam hal cinta mereka..

Oklah..selagi saya banyak masa lapang ni. Meh la saya kongsikan tips untuk pasangan kuat cemburu. Mengikut survey dan research yang saya lakukan terhadap 100 orang awam di bazar ramadhan petang tadi (sambil betulkan cermin mata).. Diketahui maksud cemburu adalah 

“ reaksi seseorang apabila sesuatu yang memiliki kepentingan bagi dirinya disaingi atau dicabar. Reaksi tersebut boleh jadi perasaan yang benci dan marah, boleh juga diterjemahkan kepada perbuatan fizikal seperti memecahkan atau membaling barang.”

Atau lebih ringkasnya..

”Ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.”

Saya pernah didatangai seorang kawan yang mengalami masalah kekasih kuat cemburu dengan kawan-kawan dia dan meminta pendapat saya tentang masalah ini. Tak banyak boleh saya bantu kerana saya sendiri pun kuat cemburu (jawapan jujur).. secara tak diam, saya lebih memahami perasaan kekasihnya. Walaubagaimanapun, saya juga memahami perit kawan saya ini kerana saya pernah merasai betapa sakitnya jadi pencemburu dan pihak yang dicemburui..

Sebenarnya susah nak melayan karenah pasangan yang kuat cemburu. Kadang-kadang buat kita pening kepala.Namun, setiap benda yang terjadi ada cara untuk selesaikannya. Oklah, tak nak meracau-racau merapu-rapu lagi.. jom la kita renung-renungkan supaya kita semua lebih clear tentang soal hati dan  perasaan ni dan lebih memahami pasangan kita.



1. BAWA BERBINCANG 

Cara ni sebenarnya common sangat.. Rasanya semua tahu tapi tak semua berani nak bsuara untuk berbincang. Bagi pendapat saya, sebaik-baiknya pergilah berbincang ke tempat yang aman dan banyak tumbuhan hijau. Tumbuhan hijau ni seperti yang kita tahu, membekalkan oksigen dan buat kita more relax. Contohnya pergilah ke tasik.. Sebenarnya elemen air pun mampu buat kita tenang. Ketika itu bawalah bincang dan kenal pasti kenapa pasangan korang tu cemburu sangat.. Semasa bincang tu gunakan tone suara yang bersuaian.. Jangan la sampai terjerit2. Kita bukan cari gaduh..tapi kalau time tu nak nangis..nangis jelah tapi jangan la over sampai tersedu2 macam budak kecik.. Dan paling penting, jangan berbincang ketika korang sedang berkayak atau sedang kayuh2 kat tengah tasik tu (tak tahu nama benda tu nama apa).. Nanti emosi tak stabil, tak pasal-pasal kita tolak atau pasangan yang tolak kita dalam tasik tu.. see! Bincang pun kena cari tempat selamat ok!

2. JANGAN KEDEKUT UCAP "I LOVE U" & " I MISS U"

Sebelum ni pun dalam entry sebelum ni saya pernah cakap jangan kedekut ucap kata keramat ini. Inilah salah satu macam mana kita nak luahkan betapa kita sayangkan pasangan kita. Seelok-eloknya luahkan setiap pagi atau sebelum tidur. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan rasa meledaknya cemburu tersebut. Lagi bagus kita luahkan unexpected time contohnya ketika tengah busy atau pun tengah malam. Ini menunjukkan kita selalu teringatkan dia. Si dia ketika of course asyik tersenyum-senyum bahagia. Nak luahkan kata keramat ni ikutlah pada individu. Nak call boleh,mesej, GPRS , video call atau apa-apa jelah.. sekarang dah maju..
 
3. LUANGKAN MASA BERSAMA & LAKUKAN SUPRISE

Busy macam mana pun rutin kita mengalahkan perdana menteri tapi try the best cari masa yang berkualiti untuk spend masa dengan pasangan kita. Contohnya keluar dengan dia tengok movie atau buat sesuatu yang disenanginya. Kalau perlu seminggu sekali, spend lah dengan dia dari pagi sampai ke malam.. sampai dia rasa nak pengsan & nak berjalan pun kena pegang dinding sebab tak larat. Untuk buat relationship tu lebih happening, try la buat suprise.. kalau la pasangan tu suka makan sate, try la beli 10 cucuk & bt suprise kat dia.. biar dia melompat keriangan macam kanak-kanak ribena.. At least selain asyik jiwang-jiwang..apa salahnya try buat benda yang boleh dia gelak mengekek..

4.  CERITA BALIK DETIK-DETIK PERTEMUAN & KENANGAN MANIS

Awal-awal perkenalan tu normallah dalam fasa angau.. Semuanya rasa sweetnya.. semua kerja tak jalan.. rasa diawangan-awangan. Semua kerja asyik tak menjadi. Nak mandikan kucing pun tersenyum2 sampai nak lemas kucing tu.. sabar jelah.. 
Apa salahnya sekarang ni, kita cerita balik dengan pasangan kita detik-detik perkenalan korang dulu.. nak balikkan suasana harmoni tu, mestilah kenangkan benda-benda yang manis. Tak kan sebelum tidur, korang memandai2 cerita dengan pasangan korang perasaan korang kena tampar dengan dia depan orang ramai kot! Ish2...

5. KENALKAN KEKASIH KEPADA KAWAN-KAWAN

Bila kita ni banyak kawan dan jenis suka spend masa dengan kawan selain dengan pasangan kita. Apa salahnya ambi sikit inisiatif ni kenalkan kekasih kepada kawan-kawan.. time nak kenalkan kekasih tu janganlah nak malu-malu mengaku si dia tu kekasih korang. Nanti bila kawan tanya tu sapa..korang boleh pula garu-garu kepala cakap “eh.. kawan saya..kawan dr tadika.. hehe..” tak pun “ni jiran sepupu saya”..
Amboi malu bebenor nak ngaku.. esok2 orang lain mengaku kekasih korang tu gf/bf dorang tahu nak histeria. Cakap la penuh confident.. macam ni ha.. “Ni Erra.. kekasih/girlfriend/pacar  saya”. Si dia dengar pun bangga beb! Dia pun sikit-sikit tarik hidung sebab rasa hidung makin kembang..

6. AJAK SEKALI KEKASIH IKUT AKTIVITI LUAR BERSAMA RAKAN

Contohnya korang dengan kawan-kawan rancang nak pergi vacation atau nak pergi games kat luar tu .. Apa salahnya korang seret bawa pasangan korang. At least pasangan korang makin percaya kat korang. Lepas ni kalau korang nak pergi tempat lain tanpa dia ikut, ada la juga rasa percaya dan kurang la sikit rasa cemburu tu kan? Tak gitu? Sekurang2nya dia kenal kawan korang dan tahu macam mana korang bawa diri kalau dia tak ada di sisi.

7. KEKASIH ITU KEKASIH & KAWAN ITU KAWAN

Kekasih dan kawan tu ada beza.. Semestinya kekasih tu someone special dari kawan tapi tak bolehlah lebihkan kekasih sangat. Maksud saya dia sini, jangan la terlalu over melayan kawan dari kekasih contohnya.. time pergi kenduri kawen,baik pula hati korang tuang air dan bagi member2 berlawan jenis korang. Yang si girlfriend ni, korang bt derk je.. makan hati punya pasal, dia minum air basuh tangan je..  tak ke kecil hati dia? Mesti korang cakap "eleh! tu pun touching ke?".
Sebenanrnya ni simple example..  saya rasa korang tahu la maksud saya kan? Tak pasal-pasal hal tu, dia makin cemburu dan terus bperang dengan korang nanti.

8. TUNJUKKAN KESUNGGUHAN KEPADA KEKASIH

Time tengah sayang ni normallah kita ni over sangat merancang masa depan.. Even budak darjah 6  bcinta pun dah berani bagi harapan.kononnya nak kawen dalam taman la.. nak anak 8 orang la.. adeh! Bagi saya la..tak kisah la muda ke tua. Ni normal.. bila kita dah sayang someone,secara tak langsung kita punya impian nak hidup dengan orang tu..  Tapi bila jodoh tu tak panjang, tipulah tak sedih sebab impian macam ni lah buat kita frust menonggeng 24 jam sehari. Oklah, bagi mereka dah besar-besar ni. Cara nak kurangakn rasa cemburu pasangan korang.. korang bawa dia jumpa parents korang untuk buktikan korang betul-betul ada kesungguhan kat dia.. dia pun makin yakin la dengan kejujuran korang ni. However Walaubagaimanapun, semua tu terpulang kepada keberanian dan kesediaan korang sendiri..
 
9. BANYAKKAN BERSABAR DAN  BERDOA 

Sebenarnya susah kita nak puaskan hati pasangan kita. Ada je tak kena.. kadang-kadang rasa nak naik angin je tapi kena sabar walaupun time tu dada dah berombak2 sebab sakit hati sangat.. Cenginilah.. amalkan ayat ni kita dalam situasi ni.. Selain kita usaha bermacam2 tapi jangan lupa kembali kepada kerohanian kita sendiri ye darling! Ni saya sertakn doa menghilangkan rasa marah dan doa memohon kesabaran.. mudah-mudahan dapat membantu kalian semua..

DOA MEMOHON KESABARAN



DOA HILANGKAN RASA MARAH 
Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”
 
 
 
10 . PERCAYA KEPADA PASANGAN

Tips terakhir ini saya tertumpu kepada si dia yang kuat cemburu dan saya selitkan juga sedikit untuk mereka yang mengalami pasangan yang kuat cemburu. 

Si dia kuat cemburu : Andai dia adalah lelaki/perempuan yang jenis setia dan baik menurut pandangan matamu. Berlajarlah percaya kepada si dia kerana dia juga berhak menerimanya!

Kepada yang mempunyai pasangan kuat cemburu : Sebelum minta pasangan anda percayakan anda.. Tunjukkan ada benar-benar jujur dalam perhubungan.. Setiap benda yang ada minta (kepercayaan) sebenarnya ada harga.. Buktikan anda sememangnya layak dipercayai! Kalau anda belum pernah hancurkan kepercayaan pasangan anda,jangan sesekali cuba. Ini kerana  hati pihak sebelah tu sebenarnya  "its easy to forgive but hard to forget". “Tetapi andai anda pernah mengecewakan dia dan anda masih di beri kesempatan ke-2.. sila faham2 sendiri....

 

Banyaknya saya membebel! Penat!<smbil minum ice blended> ..

ok kengkawan, Ni la hasil survey saya daripada mak cik & pak cik kat bazar ramadhan td. Rasanya info ni dapat la membantu walaupun tak sebanyak mana.. Memang tak banyak pun sebab pak cik dan mak cik  kat bazar ramadhan sibuk kejar bubur lambuk free..

Bye2 semua.. semoga dapat menjalani ibadah puasa sebaik2nya.

 

~I was always jealous of something getting more attention.~

 

Thursday 11 August 2011

macam-macam perangai




Hi peeps!

Kadang-kadang perangai orang ni buat saya rasa annoying.. Lebih2 lagi yang  minta email sebab nak add kat YM.. 

Ingat lagi time tu tgh online, tengok2 message masuk..tengok orang hantar tu tak kenal pun.. tiba2 hantar message “salam, email awak apa ye??”.

Dalam hati..apahal mamat ni..kenal pun tak, suka hati je.. cakap macam dah kenal lama je.. saya cuma balas  “kenapa?”

Tak lama tu dia balas “nak add ym”..

saya tak balas..menyampah nak layan..

Tak lama tu, saya tengok kat YM  ada orang add, saya serta merta terus remove.. dah agak mesti mamat tu yang add.. 

Tak lama tu dia hantar mesej kat inbox fb lagi “nape tak approve saya?”

saya still tak layan..

Tak lama tu, dia balas “oooooo....syahada nordin”. 

Apalah motif mamat ni...pening kepala!  =.=

Dah banyak kali saya ignore message dia, dia pun senyap..baguslah..

** saya ni bukannya sombong tapi agak-agaklah.... YM ni biarlah orang yang betul2 rapat.. tapi pelik juga mana dia tahu email...kasi pun tak.. malas nak tanya..kang panjang lak cerita dia..

kadang2 perangai orang ni buat kita pening.. (sambil sapu minyak cap kapak kt kepala)


cantik? sapa tak nak cantik? tapi berbaloi ke stress pasal cantik?

kali ni kita cakap pasal cantik ye kawan2..

bagi saya normallah semua nak cantik dan normallah orang tak puas hati dengan diri sendiri..itu tak kena, ini tak kena.. kalau ikutkan kita kena bersyukur dengan pemberian Allah. Saya pun dulu pun  alergic benci dengan tangkap2 gambar ni sebab saya rasa tak cantik macam orang lain dan sapa yang ambil gambar saya, saya menangis2 suruh padam balik..tengok tu betapa rendahnya self-esteem! tapi skrg tak dah.. :) ok, meh la saya cerita beberapa story kat korang..     

Ketika sekolah rendah,saya dulu pun macam tu, dulu saya rimas betul dengan dahi saya..saya rasa dahi saya ni kecik sampai pakai tudung mesti terkeluar-luar anak rambut. saya pernah mengadu hal ni kepada mak saya. mak cuma cakap "habis tu hang nak dahi jendul ka?"..  pernah saya gunting anak rambut saya sampai hodoh rupa saya ketika itu..

ketika kecil-kecil, kalau saya merajuk atau kena marah mesti muncung ni panjang sedepa.. adik-adik pula suka ejek saya itik.. Abah selalu mengacah-acah nak ikat mulut saya dengan tali.. hahaha....time tu saya tak salahkan mulut saya tapi gigi saya..saya rasa gigi saya jongang.. dah tu, saya siap berazam pakai braces!

Masuk sekolah menengah, saya lebih tertumpu kepada kecantikan kulit tapi saya terlalu takut nak try bahan kosmetik kat kedai...Kononnya takut kimia.. pandai pula saya guna kaedah tradisional..

benda pertama saya guna ialah ulam pegaga, puas saya merayu kat mak belikan daun tu..mak pula tak habis-habis cakap "hang nak buat apa? hang tak makan pun". sebenarnya saya nak guna ulam pegaga untuk hilangakn jeragat kat muka time tu..saya paksa mak jg. last2 dapat la seikat..beli RM1 je tp punyalah banyak.. malam2 saya tumbuk daun pegaga tu campur dengan bedak sejuk tapi 3 hari je saya buat..lepas tu berhenti.. nak tahu kenapa? tak pasal-pasal muka saya gatal. mungkin kulit tak serasi atau tak bersih.. tak tahulah kenapa... terus berhenti.. mak pula tak habis-habis membebel sebab berlambak daun pegaga kat dapur.



Kemudian, saya terdesak sangat nak hilangkan black and whitehead kat muka ni.. saya bangun tengah-tengah malam semata nak nak ambil putih telur. walaupun mula-mula geli tapi nak cantik punya pasal saya pejamkan mata sapukan putih telur kat muka.. Pada permulaannya ok tapi makin lama makin tegang pula muka ni..nak cakap pun tak boleh ok! time tu la punya la gelabah.saya basuh muka cepat-cepat.. fuh! lega~



Baru-baru ni, saya bising-bising kat rumah sebab perut makin lama makin buncit.. macam mana tak buncit makan tidur je kerja. Mak suruh saya bengkung macam orang baru lepas bersalin tapi sebelum bengkung sapu adunan kapur dan perahan air limau kasturi kat perut.. tahu tak betapa seksanya tidur dengan pakai bengkung? rasa sendat sangat! saya risau betul kalau saya meninggal ketika tidur kerana hal bengkung tu. haha...



Bila duduk sorang-sorang, saya rindu badan saya sebelum masuk U, nak cakap kurus tu tak dalah tapi ok la... sekarang ni makin sihat pula..saya pernah minta mak belikan ubat kurus tapi mak tak benarkan..huh!
sebelum ni pun saya pernah dekat diet nasi selama 6 bulan. alhamdulillah berat tu turun memang banyak dalam berbelas-belas kilo. Time ramai kawan puji, kembang kempis hidung bangga la sekejap.. siap tanya tips.. bila saya bagitahu saya tak makan nasi selama 6 bulan ramai yang tak percaya.hehehe.. tapi sekarang bila start makan nasi, berat tu naik balik.. kadang-kadang terfikir juga nak balik kepada diet lama tapi sekarang bulan puasa...susah nak tahan nafsu makan.. kalau ada kekuatan maybe lepas raya saya kena diet semula.. 

Mungkin apa yang saya paparkan atas tu semua petua yang orang dulu2 selalu guna tapi kalau bentuk muka & tubuh badan tu memang tak bolehlah nak dicomplain dan diubah.. hidung tak mancunglah..tangan tak cantiklah..Allah dah jadikan manusia sebaik2nya..Janganlah ada sapa2 ambil tindakan berani pergi buat pembedahan plastik..

Kecantikan itu sebenarnya subjektif..lain orang lain pendapat..janganlah disebabkan rasa rendah diri tu yang kita fikir kita belum bertemu jodoh.. wake up sayang! ingat ni bebaik..You don't love someone because she is beautiful; she is beautiful because you love her.  

ketika saya bercuti dengan kawan-kawan baik saya di Cherating dulu. Ketika itu kami sibuk main card dlm hotel,Shushu tanya setiap kami seramai 7 org tentang pandangan cantik.. Masing2 beri pendapat dan setiap kami beri jawapan yang berlainan. Even jawapan kami berlainan tapi tak da pun argue sampai bertumbuk2.. See! setiap orang ada pendapat.. maybe yang A cakap kita cantik tapi B & C cakap tak cantik. kita tak perlulah nak stress semata2 nak puaskan mata dan hati pihak B & C.. u know what, kecantikan tu datang dr dalam.. how u show it, terpulanglah..biar kita rasa kita cantik tapi bagi orang lain tak (tapi jangan la over).. Beauty is not based on how attractive we are to everybody else, but how attractive we are to ourselves, for one cannot think other people think they are full of beauty unless they know they are beautiful too. (kalau ikutkan saya nak letakkan gambar2 kawan sy seramai 7 org tu tapi takjadi kerana menghormati 2 org kawan sy sudah memakai tudung)

Ok kepada kawan2 yang selalu rasa down tu..dah kesat air mata tu...tak payah sedih lagi.. pergi ambil cermin dan tengok muka sendiri & jerit "I'm beautiful!".. lepastu kalau ada sapa2 ngamuk jawab sendiri.. hehe...

~ buat macam ni.. lagi afdal pergi tepi pantai,tasik @ sungai baru puas skit nak jerit~

lepas jerit tu, jangan lupa nyanyi lagu  Beautiful by Christina Aguilera.. tak pun You're Beautiful by James Blunt & agak2 ada kawan time nangis tu dan nak lebih happening, boleh try lagu Beautiful by Akon.. (tb2 teringat housemate aku(pis) bising kenapa  aku minat sangat dgn Akon) hehe..


Ok la kengkawan, sebelum tu ambil pen & tulis kat kertas.. lepastu simpan dalam poket..kalau down boleh baca quote ni..

The person you're constantly comparing yourself to doesn't exist. You do, and you're beautiful.


Tuesday 9 August 2011

Relationship is more than love...

Sebenarnya susah untuk saya bagi pendapat hal2 orang lain sebab saya bukannya  dalam kategori motivator.. saya hanya sesuai jadi pendengar... rasanya itu pun dah cukup ringankan beban pihak berkenaan.. cerita ini rentetan dari Just Because I Think Differently... kebetulan kawan saya luahkan hal ini selepas saya pos entry tersebut tapi cerita kawan saya lebih kepaa CINTA.. Yeah! ketika saya berjinak-jinak dengan blog, saya pernah berkata pada diri saya sendiri cuba elakkan buat entry mengenai CINTA tapi still ada 2-3 entry terbabas dan sekarang berulang kembali..

Nak tulis entry seperti ini sangat2 susah bagi saya.. berkali2 bhenti kerana ketandusan idea.. tapi melalui pemerhatian saya, kalau saya tulis bab cinta dan kemudian pos entry tersebut di facebook saya banyak pula orang like dan pageviews blog laju je ketika itu..

Melalui cerita kawan saya ni, dia dan bf dia selalu ada problems lebih-lebih lagi hal tolerate.. si lelaki tak habis2 minta perempuan ini cuba faham keadaan dia.. kawan saya ni cuba faham dengan sikap dia.. apa yang dia nak.. sampaikan lelaki ni abaikan perempuan ni.. tapi bila perempuan ni minta perhatian si lelaki...apa lelaki itu jawab? "awak kan dah besar, tak kan benda2 mcm ni saya kena ambil tahu & kena ingatkan?"..


guys, u know what perempuan bukannya nak tggu korang suruh dorg makan baru dorg nak makan tapi pleaselah.. berperikemanusian sikit beb.. tak boleh ke tunjuk caring sikit kat girlfriend korang? itu pun nak berkira ke? bagi pendapat saya la kan.. kalau la hati tu dah sayang, bab caring, tanggungjawab , jeles & how u express your love sebenarnya datang secara naturally.. tak perlu buka buku.. memang fitrah manusia..  si lelaki minta perempuan faham dorang tapi dorang tak da effort nak faham perempuan.. yang paling sedih bila si lelaki jumpa cakap " I LOVE U" bila dia rasa really mean it.. awal2 perkenalan boleh kata 24 jam nak bagitahu kat pasangan masing2 betapa sayangnya korang tapi makin lama.. lelaki tu cuma cakap "saya cuma akan cakap bila saya betul2 maksudkan".. oooo..mknanya..kalau u all tak cakap maknanya u all dah tak sayang pasangan korang ke? susah ke nak tolerate bang? saya tak faham kenapa ada lelaki suka ignored pasangan dorang.. wonder juga.. cinta tu still ada lagi ke tak?



entah macam mana... tiba-tiba saya teringat kes kawan saya yang lain..yang ni lain out of topis psl tolerance..tp of course pasal boyfriend.. si lelaki jenis yang susah nak hargai dia.. buat la macam mana i dont know kenapa si lelaki tu buta nak nampak semua ni.. kes terkantoi curang lagi dalam msg dan email.. tapi disebabkan rasa cinta tu kuat sangat..perempuan tu still sabar dan bagi peluang.. bukan sekali tapi dah 3x lelaki tu buat hal.. entah la..saya sendiri tak berani nak cakap lebih2.. orang cakap peluang yg kita bg kat orang lain sebaik2nya 2 kali..sebab lagi banyak peluang kita beri,makin buat kita tak di hargai.. nanti esok2 bila perempuan tu dah ada keberanian nak melangkah pergi dalam hidup korang..time tu lah baru korang tahu rasa kehilangan..tak payah la time tu bawa gitar & bawa sedozen ros duduk depan rumah perempuan tu dan nyanyi lagu "Lelaki Ini - Anuar Zain "..

LELAKI INI - ANUAR ZAIN



kes paling saya sedih.. lepas bertahun-tahun bercinta.. biasalah kalau hati tu dah tawar..mula la cari salah.. yg paling worst compare partner tu dengan orang lain.. tak kisah la apa-apa pun asalkan benda tu boleh dibandingkan..dari rupa, gaya hidup (fashion) dan pendidikan.. serius saya tak faham kenapa lepas bertahun-tahun baru sekarang nak timbul isu ni? rasanya awal2 perkenalan dah boleh nampak semua ni.. tapi kenapa nak ungkit sekarang? tak boleh mencintai orang tu dengan seadanya?

yang paling tragik, kisah kawan saya dengan tunang dia.. entah macam mana tunang dia jatuh cinta dengan perempuan lain. tapi tunang dia tanpa segan silu kenalkan perempuan tu kat kawan saya..hanya tuhan saja yang tahu. sombong sungguh lelaki tu tanpa sikit pun fikirkan perasaan orang lain.. lebih2 lagi tunang dia.. saya masih ingat macam mana kawan saya sedang lalu tepi jalan tiba2 ada kereta hon beliau dan sapa yang hon? si lelaki itulah! pernah kawan saya menangis mengejar kereta lelaki itu.. serius macam dalam tv..hancur hati kawan saya.. nak recover balik pun take time beb! Alhamdulillah, selepas kawan saya suffer sama ke tahap macam tu.. Allah maha kaya kerana pertemukan kawan saya dengan lelaki yang lebih baik untuknya..dah sekarang mereka telah bergelar suami isteri.. korang mesti nak tahu kan apa jadi dgn bekas tunang kawn saya tu? ketika kawan saya hampir menikah. tiba2 lelaki tu datang dan menyesal tapi semua tu dah terlambat.. korang tahu kenapa mnyesal? sebab girl yang dia kejar2 tu tak setanding kawan saya ini.. memang saya akui..kawan saya ni memang terlalu banyak keistimewaan dia.. hanya orang yang "buta" tak nampak semua itu..  tak bertanggungjawab sungguh lelaki tu..

kalau ikutkan banyak masalah saya boleh letak kat sini.. tapi saya rasa cukuplah.. lagipun saya rasa saya memang tak layak cerita hal2 seperti ini..

tapi ni jelah mampu saya kongsi kepada kawan2 semua bahawa :
"When Allah knows you are ready for the responsibility of commitment, He'll reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don't waste your time searching and wishing. Grow and be ready, you'll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of."

saya suka lagu ini -> warkah dari Bau..  & saya dedicated untuk semua kawan2 saya...

WARKAH - BAU


"Andai aku adalah tulang rusukmu yg telah hilang,aku berharap jika nanti Allah mempertemukan kita,kau akan selalu mmbimbingku agar aku menjadi wanita yang solehah,yang nantinya akan mnjadi bidadarimu di syurga kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia & akhirat."

secret recipe..

Kalau ikutkan aku dah lama mengidam nak makan kek kat secret recipe.. tapi asyik tangguh je.. last2 lepas buka puasa kat rumah,terus nekad g JJ Cheras Selatan semata2 nak makan secret recipe..Dalam entry ni, tak da apa2 sangat pun...saja letak gambar nak goda korang.. 

Aku sendiri pun tak tahu kek apa sebenarnya yang aku nak makan sangat sebab kek fav aku dah tak da (classic cheese cake).. secret recipe cakap ,kek tu dah dibehentikan pengeluaran..digantikan dengan green tea..kalau tak da pun tak pelah..aku order kek lain asalakn CHOCOLATE! 

~ Black Forest ~
~ Chocolate Banana~
 ~ Chocolate apa entah.. lupa.. :P~


~ seronok sangat sampai sepet mata~

Tu jelah nak cerita.. kepada korang..esok sila la berbuka puasa kat secret recipies..

Monday 8 August 2011

Just Because I Think Differently......


  
Setiap benda yang jadi dalam dunia ni ada sebab.. dan sebab tulah kita tak tahu. tapi masing2 bebas bagi pendapat..  dan pendapat tu pun subjektif.. mungkin bagi orang ni..dia fikir lain tapi bagi orang lain, sapa tahu? tapi tak semestinya bila kita fikir macam tu, kita akan rasa pemikiran orang lain salah.. 

Tolong jangan menunding jari kat orang lain.. dan yang penting jangan mendabik dada..  Jangan tolak pendapat orang lain bulat-bulat. dan sentiasa merasakan diri tu betul sentiasa..

Just Because I Think Differently Doesn't Mean that U'r Right & i'm Wrong

 

pssst :// kita suruh orang faham kita tapi kita ada tak effort nak faham orang lain ?


Love Theme From - Romeo & Juliet


 
 ~my fav instrument ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...