Thursday 6 October 2011

baju terpakai? Hina sangat ke?

Kebelakangan ni selain sibuk siapkan assigment, aku juga sibuk kemas bilik. Baju-baju aku yang tak pakai semua aku dah asingkan..sekarang tinggal majalah kat almari. Fuh! Banyak sangat! Abah planning nak renovate bilik aku.nak pasang karbinet. Yelah,bilik aku tak besar macam bilik lain sebab memang dah tak boleh nak besarkan. Belah kanan bilik mak aku, kiri bilik air,belakang rumah jiran. So,stay jela kan? Barang pula makin berlambak..Tapi time nak asing-asingkan baju, tiba-tiba aku tergerak nak cerita pasal baju..yeah! baju terpakai a.k.a bundle..


Macam aku, aku tak da adik beradik perempuan. Kebanyakkan baju aku tak tahu nak bagi sapa. Ada setengah tu aku bagi orang tapi baju mana yang aku sayang.Aku simpan.2 almari penuh dengan baju tapi banyak tak boleh pakai. Kadang-kadang mak aku bising juga,dia suruh aku bagi orang. Aku ada la asingkan baju lama2 termasuklah baju adik beradik aku & langsir semua. Selalunya kitorang bagi kat orang susah atau orang anak ramai tapi entah la..susah nak cerita.. Time kita bagi, orang yang kita kasi tu terima macam nak tak nak je. Buat muka lagi tu..Macamlah kita bagi baju buruk atau koyak rabak.kitorang pun nak jaga air muka juga.tak kan nak kasi benda macam tu. Kebanyakkan orang melayu la macam ni.So, kitorang 1 family dah tak berminat nak derma baju kat golongan macam ni. Hello! Lagi sekali aku nak ulang.. kitorang bukan bagi baju buruk-buruk ok.. kalau baju tu buruk sekalipun tak tergamak nak kasi orang. Better buat kain buruk.

~ Assalamualaikum.. saya datang nak derma..~

~ Even saya ni anak ramai & susah..tak main la bundle2 ni..kalau nak kasi biar branded sikit..polo ke.. padini ke.. bla bla~



Last-last mak & abah dah start derma baju kat orang asli. Yes! Orang asli! Mak aku cakap mak lebih prefer kasi kat orang asli dari bagi kat orang melayu kita. Sebab golongan ni lebih hargai. Selain, barang-barang sendiri.. ada juga orang lain yang bagi baju lama dorang kat abah untuk didermakan kat orang asli. Contohnya : dulu abah kerja kat TUDM  jadi abah banyak kenal dengan pengawai tentera dan semestinya pangkat tinggi-tinggi. Kalau dorang bagi baju untuk derma.. Aku berani jamin kualiti dorang kasi memang baik..ada setengah tu baru 2-3 kali pakai terus dorang derma. 


Selalunya hanya mak & abah je pergi perkampungan orang asli untuk kasi baju. Aku tak pernah ikut.Time kecil-kecil je aku selalu pergi tu pun sebab nak mandi sungai.Dahlah mandi sungai pakai bikini pula tu.. hehe..(terpesong story)


Ok2,sambung balik.Mengikut cerita mak aku, bila mak pergi tempat tu bawa baju. Mesti dorang dah berkumpul nak pilih. Kadang-kadang tu siap berebut-rebut. Kita yang tengok dorang macam tu automatik rasa dihargai. Rasa berbaloi bagi kat orang-orang macam ni dari orang yang ambil macam nak tak nak..siap buat muka lagi tu. Aku bukan la suruh dorang berebut juga tapi bila kita tengok orang.kita boleh tahu lah.. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa (eh..pantun pula).. bila kita ni baik dengan orang..orang pun akan baik dengan kita. Contohnya kalau abah nak cari ubat atau tumbuhan kat hutan tu. Mesti dorang akan tolong bersungguh. Okla,meh sini aku cerita. Ada wife kawan abah ni kena breast cancer.salah satu ubat alternatif ialah cari “ cendawan susu rimau”. Ingat senang ke nak cari ? So, abah aku minta tolong orang asli ni. Tak lama tu cepat je dorang bagi. FYI, dengan orang lain dorang susah nak bagi sebab susah nak jumpa.Bila kita baik dengan orang, orang pun akan baik dengan kita. Sebab tulah aku cakap.. buat baik dibalas baik.buat jahat dibalas jahat (keluar lagi word baru)


Okla, berbalik cerita tadi. Kalau minggu ni mak aku sibuk bagi baju atau barang lama-lama kat dorang. Minggu depan kalau kita datang balik tempat dorang mesti kita rasa happy..kenapa? sampai je sana, kita dah boleh nampak langsir kita bagi tu dah siap terpasang kat tingkap dorang.siap kusyen lagi.. bukan tu je,kalau korang jalan gerenti punya korang akan terserempak dengan orang lain pakai baju korang. Serius! 


Jadi,mari kita menderma kepada mereka yang memerlukan.jom2!

32 comments:

nick dot anis said...

sama la macam i kes u ni..at last i suh my mom kasi kat owg miskin je..nak cari owg asli jauh..hehe

Penyu said...

semoga dimurahkan rezeki kamu sekeluarga. bagus la ringan tangan derma pada yang lebih susah.

*caption gambar yg kedua takleh blah. haha. nak branded bagai kan org susah. polo padini. ecewah.

Ada Sya said...

anis : hehe..xkisah sebenarnya nak kasi kt org asli @ melayu tp biarlah org tu hargai sikit. btl x? good job anis..smoga dirahmati Allah :)

Penyu : amin... caption yg ke2? hahaha.. rasa nak tergelak pula bila baca..dgn muka prmp tu bersungguh2 lagi tu.. huhu

Yaya Mohd said...

bju tpkai?em..no komen..coz wat mse ni yaya xpenah pkai bju terpkai..tp bju yaya yg xpkai(xmuat da sbnrnye..hihi)yaya bg kat sedara tdekat..yg kurng bkemampuan..bukn dorng xmpu bli bju tp juz nk mrngankan beban mereka..means bg ank prmpuan tu xyhla bli bju sgt..sbb da ade..& dah tntu yaya bg bju still dlm good condition lg..xpenah bg yg burk2 ke..kotor ke..kalo ade pon yaya gtaw awl2..buat kain buruk je..kan senang..^_^ (ade bnyk bg bju lawa utk bjalan smpi tpkir dorng nk pkai ke bju cmtu kt kg..but bg jgk coz mmg da xleh pkai da ^o^)

Ada Sya said...

yaya : huhu.. btl tu..kita nak bagi org pun xkanlah nak bagi baju buruk @ kotor2..x gitu? baju yg sy bg sbnrnya br je bbrapa kali pakai.. xdalah kita pakai smp lusuh..lps tu nak kasi org.. hehe..

NadOmarSaja said...

mana ada hina .
juz yang berlagak je yang fikir cm tuh kot. maybe la. HAHA

. Nana Chibbi . said...

puase arituhh sekolah baru je buad kumpol dana utk derma kat anak2 yatim . tp ada jugakk yg derma baju terpakai . tp semua elok2 lagikk .

Liza @ Adzriel AB said...

serius..kak liza suka sgt entry ni. Tq bagi ilham utk entry isnin nanti, insyaallah..

Ungu Violet said...

mulianye hati...mudah2an murah rezeki..:)

Bro M.7. said...

yang penting nawaitu kita..bersedekah itu mensucikan hati.. :)

Aleen Aiden said...

baju aku yg elok2 sume duk transfer ke anak buah yg sedang membesar.keh3

GUNNERS said...

dalam hidup kita x boleh nk jage ati semue orang...yeahhh betol aper yang parents kamu tu wat...sokongg!!!!

nordiyana said...

baiknya hati :) bgos la kan sedekah drpade tak gune :)

lynda said...

baju nda yg xguna sume bagi ank buah je la.

Razil Tahir said...

Wahh! baik nye!!
Saya kalau dah xnak certain baju tue, saya kumpul then bagi kat abah saya...
tp tataw die bagi sape... huhuhuhu :)

Ada Sya said...

nad omar : haha..maybe la kot.. hati org ni susah nak duga.kan?

cikk supergirl : oh ye ke..dulu zaman sek pun dorg rajin bt mcm ni..kita kalau nak derma mestila kasi yang elok2..tak gitu?

liza : wow... terima kasih kak liza.. nanti dah update.jgn lupa bgth saya..na bc! :)

ungu violet : eh,xdalah ungu..hehe..amin..

aleen : untung ada anak buah.. boleh main pass2..saya ni anak buah pun xda..

guiner : hehe... terima kasih.rasanya smua akan buat benda sama..kan2?

nordiyana : blm smpai tahap baik hati..btw, terima kasih ye..

lynda : tak dok anak buah.. :P

razil tahir : okla tu..mesti abah awak bg kt org yg lbh memerlukan..orang tua mesti ramai kenalan..senang la bab2 nak derma ni.. :)

Farhana Jafri said...

anak yatim skrg ni pun dh xnk pkai baju yg org derma.. ad gak amek bju dri kwan mk cik.. bju diorang bgi lawa2.. drpd beli, baik amek je ye dak?! hek3.. bkn ad tag, ni baju ori dri si polan.. nice entry.. love it! :D

Nik said...

btol sgt.niat kita nak bagi tapi ade sesetengah org anggap kita bagi barang dah lama.padahal kita bagi baju yang 2 -3 kali jea pakai.kita pun pilih gak baju nak bagi.yang buruk tu selalu kami bakar jea.skarang ni suka letak kat dalam box tuk derma jea.senang.

Ada Sya said...

hanie : wow~ admire la org mcm ni..tp untunglah kreatif..kalau sy, jadi kain buruk je.. huhu..

farhana : baju ori? nak selai!! plzzz.. hahha

nik : btul2.. sy byk baju br pakai 2-3 helai.. kalau yg mn belum pakai sy jual balik.. mangsa -> my maksu.. haha..

lisa min said...

murni sungguh keluarga anda. tapi sifat tipikal kebanyakan dari kita membuatkan memakai pakaian terpakai sgt low class.

Shuhaidah Shukor said...

saya pon ada pakai baju bundle. oke je.

Anonymous said...

tulah pemikiran orang sekarang, Lia okey je pakai baju bundle dari kecil sampai dah beso sekarang..ada Lia kesah???.. kalau stok pakai kat rumah nak malu apa...

hz adam said...

YE KE,
biase r tu, tipikal malay

ahowk orang islam said...

lagi ok dari baju berjenama yang dedah aurat.. :)

elleKaty*@#WeQ said...

awak, boley tak bagi emel address awak. saya nak message awak jap. tak leh kat cni.

Anonymous said...

Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ kata ║ Dulu masa belajar slalu beli pakaian bundle coz unik dan nak jimat..sekarang dah keje, baru la nak merasa pakaian baru...huhu ║...

✓│Indonesia Pop (i-Pop)
✓│Lembu Nak Jaga (Parody Moves Like Jagger

Suraya Abd Aziz said...

Salam bleh tau area mana nak serah bj terpakai Org asli kt gombak tu?

Anonymous said...

Salam.
Saya pon nak tahu dimana nak derma baju-baju terpakai kepada Orang Asli.

Terima kasih.

Unknown said...

Mungkin dorang malu nak terima sbb tu buat muka mcm tu

Anonymous said...

Ak pulak xkisah pon klo pakai baju2 terpakai ni,sbb dr kecik lg mmg kebanyakan baju yg ak pakai semua baju yg org bagi,..alhamdulillah,murah rezeki,...klo korang xtau nak bg kat sapa baju korang,jgn risau,mehhh ja bg kat ak...huhuhuhuhuhu

Unknown said...

salam

nak tau juga kg org asli mana yg kita boleh hantar baju2 terpakai ye..
email me at mokhtarzainal69@gmail.com
thanks again

Unknown said...

saya duk area klang, kat mne yer nak derma baju2 ni.. mohon share kawan2.. urgent sbb tgh operasi mengemas umah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...