Sunday 15 July 2012

tiba-tiba terminat dengan vitamin C pulak

hi!

dah berbulan-bulan tak update. banyak benda yang menarik yang terjadi sebelum ni tapi aku tak letak dalam blog ni.. pasal banjir..pasal pergi Bandung.. bermati-matian aku tak nak pergi Bandung last-last terjoin juga :P


ok.. kali ni just cerita kosong pasal vitamin C.. ada 1 malam tu, lepas makan kat 1 kedai kat area Ampang.. aku ajak sepupu pergi 1 klinik ni..sebenarnya dah lama aku perasan kat depan klinik tu tampal iklan untuk vitamin C.. lebih kurang macam ni la ayat dia " Inginkan kulit cantik & gebu? kami menyediakan vitamin C". lebih kurang macm tu la ayat dia.. aku pun dah lupa.. dalam hati dah terdetik dalam hati, kalau setakat pil apa salahnya cuba tapi main cucuk2 ni tak mau la...


masuk je dalam klinik ni, ada sorang perempuan ni senyum-senyum kat kaunter..aku pergi dan tanya.. first ayat yang keluar dari mulut aku" tumpang tanya, nak tanya pasal iklan vitamin C yang tampal depan klinik ni, yang ni makan atau suntik?"


perempuan tu senyum dan cakap "Suntik"..


Serta merta minat aku dah hilang kemana tapi tak kan nak terus keluar dari klinik tu..alang-alang tanya jelah pasal suntik..



Ni la aku bayangkan bila perempuan tu cakap suntik


perempuan tu terangkan procedure, mula-mula kena jumpa doctor untuk check jenis kulit.. biasanya minggu pertama kena suntik seminggu sekali sampai la satu tahap suntik tu dikurangkan kepada sebulan sekali.. aku tanya harga pula..perempuan tu cakap sekali cucuk RM100.. itu kalau vitamin C..kalau tambah kolagen RM200.. aku dengan sepupu aku berpandangan sekejap..of course la,sebab masing2 belum kerja..huhu.....aku tanya perempuan kat kaunter berapa lama nak nampak kesan, perempuan tu cakap dalam masa 2 bulan..macam best je dengar..cepat betul nampak beza..


balik dari klinik tu, aku cerita kat mak pasal vitamin C ni.. mak tak habis-habis bagi warning jangan memandai pergi buat..hari tu hidup aku dipenuhi dengan warning mak.tak habis-habis mak aku takutkan aku dengan kes pian cecupak (betul ke aku eja ni?)


adehh!! aku tak bagitahu pun nak nak suntik.. mungkin mak aku tahu yang aku ni jenis nekad.. kalau aku nak buat tapi orang halang..aku buat diam-diam.. hahaha... ada 1 rahsia lagi yang mak aku tak tahu.. hanya Syu yang tau pasal ni.. nekad punya pasal, aku beli juga something.


insyaallah aku takkan terjebak cucuk2 macam ni.. nak tahu kenapa tiba-tiba aku terjebak dengan vitamin C ni? kes mak aku setiap hari buka cerita indon ni..nama cerita tu "Dewa"..dalam banyak2 pelakon dalam tu, aku suka pula dengan Alice Norin sebab kulit dia cantik..  tula kenapa aku rasa ditarik-tarik nak pergi klini tu. hahaha..bye2! tu je nak cerita..








** teringt pula aku teman syu survey barang kawen,saja2 survey SK II kat mid valley.. 1 set RM2000 lebih..kononnya boleh nampak beza dalam 4 bulan.. huhu...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...