Thursday, 27 October 2011

Cara Nak Detect Gambar Palsu Di Facebook

Hai Kawan-kawan~ (wah gitu)

Kali ni ingat nak story pasal macam mana nak detect gambar palsu kat facebook..rasanya ramai yang dah tahu pasal benda ni..biasalah..masing-masing hebat! kan2? kalau sapa-sapa yang nak tahu pasal benda ni sila teruskan baca tapi kalau sapa yang dah tahu, sila pergi ke ruang komen & tulis "saya dah tahu lama da~".. HAHAHA..

Ok2, Nak Story ni..Sekarang ni ramai orang letak macam-macam gambar kat facebook dorang. Biasanya gambar artis korea la...dah tu siap mengaku gambar sendiri (tak malu!)..  dulu pernah dalam 1 contest tu, setiap peserta dibenarkan hantar gambar dorang yang paling kiut di abad ni.. kalau hantar gambar sendiri, tak pe juga..ni gambar artis oversea..kita pun bukannya kenal semua artis oversea.. dah tu, menang la...tapi last2,rahsia bocor..kan malu? kena kutuk lagi tu.. :P

Cara-cara nak detect gambar palsu ialah macam ni (sila sediakan pen & paper puan & tuan )

1. Sila pergi ke www.google.com.my

2. lepas dah buka google..dia akan keluar macam ni..korang klik kat images..


3. Lepas dah klik, dia akan keluar simbol kamera kat sudut nak search tu.. sila klik!

Sila klik! di jamin tak meletup..

4. Lepas tu, dia akan keluar "Search by Image"...sila masukkan url gambar atau korang boleh upload gambar dari folder korang sendiri..


5. Lepas korang dah siap masukkan url atau upload gambar, sila search..maka akan terkeluarlah gambar kemungkinan atau lebih kurang dengan gambar yang korang upload tadi..

6. Kalau korang pakai gambar "curi" kemungkinan nak jumpa gambar yang serupa atau lebih kurang adalah tinggi!

So, apa lagi! jom try..mari bongkarkan kebohongan ini..jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~

:P

Sunday, 23 October 2011

1 minggu penuh dengan kejadian merapu-rapu

Sepanjang seminggu ni aku tak update entry pun.. Sebab bila aku rasa nak story, tiba-tiba  teringat assigment yang dah mengunung macam everest tu! tak pasal-pasal tangguh.. Oklah, even aku tak update story sebelum ni, tapi still ada benda aku nak story pasal benda apa yang jadi kebelakangan ni.. 

so, apa tunggu lagi? meh2!

Why you look so worried?
 
Benda ni jadi time kelas economics. Time tu proffesor tu bagitahu nanti ada test Eco. Dahlah dia suruh baca 5 chapter & tak da hint. Mana tak nervous! Dah la aku ni susah bebenor nak faham subjek ni. Muka pula dah pucat.kalau kena toreh.gerenti tak bedarah. TAPI!! Sempat lagi fikiran aku ke laut~~ 

time tu dalam otak aku asyik fikir ->

 
~kalau aku fail subject ni, aku kena dapatkan A untuk 3 lagi subjek..Kalau tak, pointer aku akan bawah 3 & aku kena buang~

Tiba2....

Hey, what is your name? Why you look worried?  <sambil proffesor pandang aku!!>

Time tu jugalah,aku terus aku balik ke dunia nyata! 1 kelas pandang aku..rasa macam artis pula! Ngeng!

Dalam hati aku memang dah sah aku..memang tak da orang lain... no wonder la aku kena tegur. Time aku tengah serabut macam ni, “seri” stress tu memang senang terpancar kat muka ni!

Tak pasal2 aku kena jawab balik!

 
~ saya risau sebab kena baca banyak subjek tapi yang keluar cuma sikit je. Sebab tu saya risau <sambil kuis-kuis jari kat meja > (translate dari english ke BM) ~

Proffesor just cakap jangan risau, just baca apa yang dia ajar & buku test tu hanya rujukan.jangan nak baca sampai habis..last2,dia cakap aku “senyum sikit!”.. =.=”

time tu, aku rasa aku betul-betul malukan muka aku sendiri..rasa seolah-olah orang sekeliling tunjuk insyarat "bagus" menandakan PADAM MUKA AKU! hehehe... 

~Yeay! ! Yeay! padam muka Syahada ~

Malam tu,aku terus cerita kat bestfriend aku kat Ireland, Hana. Dia cuma cakap, kan bagus kalau dia ada sekali..mesti kenakan aku habis-habisan! And yup! Dia memang suka kenakan aku dalam kelas sejak kitorang diploma kat UiTM Sarawak dulu. Aku still ingat,dalam kelas macroeconomics. Lecturer tanya rumah sapa area pendalaman & terpaksa keluar pergi pekan naik bot.dengan rasa tak bersalah, Hana tunjuk aku! Dia sangat kejam ok! Time dalam kelas, kan biasanya lecturer akan tanya soalan dan sapa nak jawab kena angkat tangan. Kadang-kadang aku tak sedar. Dia akan cepat-cepat angkat tangan aku! Rasa nak sepak je kerusi dia time tu!  Huhu..

Waffer! Oh waffer! U masak, U makan sendiri





Time ni waktu rehat, aku & kawan-kawan aku berpusu-pusu pergi cafe .. (ayat berpusu-pusu tak tahan tu).. benda ni jadi time kitorang kat depan gerai waffer.. aku, ifa, meera & kak wani nak beli la waffer.. tengah syok-syok tengok orang tu buat waffer...dia sibuk la kikis waffer yang kat tepi-tepi.dah tu, dia pergi calit adunan waffer yang melekat kat tempat dia kikis tu kat tepi-tepi tong sampah..ala tong sampah besar gedabak  & kaler hitam..plastik dia pun yang kaler itam tu..dalam tu dahlah ada sampah..

kitorang dah saling pandang satu sama lain. Tiba-tiba meera cakap kat kitorang “korang nampak, apa meera nampak?”. Terus spoil mood aku.. aku terus blah padahal aku dah order..jahat kan? Bukan aku je terus blah, ifa & kak wani pun sama.tak pasal-pasal meera terkontang kanting sorang-sorang kat situ.. dia ada tegur orang tu tapi macam tak da perasaan je.. tapi last-last dia pun cancel juga! so, U masak U makan sendiri ok!

Hijau & terus hijau! Vroom~ vroom~



Dari UPM balik rumah, aku kena lalu highway & 7 traffic light tapi yang bestnya ketujuh-tujuh traffic light tu kaler hijau. Tak payah nak berhenti! Memang nasib baik betul! Hahaha.. tapi wonder juga, patut ke aku cerita kat korang? 

Mimpi & nightmare

Sebelum aku nak sambung story, sebelum ni aku terjumpa 1 ayat berbunyi cengini ->

Macam tu pula.. personally, aku bangkang! <smbil ketuk tangan kat meja> .. 

Bagi aku, tak da maknanya.. kalau aku mimpi Nicole Scherzinger, rasa-rasanya dia rindu aku ke? hahaha..perasanya aku!  bagi aku, kita mimpi someone tu mungkin sebab kebetulan dia masuk dalam mimpi kita atau kita asyik teringat-ingatkan dia..

ok berbalik kepada mimpi aku.. aku rasa biasa-biasa je.. 

Pertama, aku mimpi aku beli bunga ros merah kat kedai... gubah bagai nak rak..pastu hadiahkan kat diri sendiri..punyalah seronok!  padahal aku beli sekuntum je..apa kes nak gubah bagai nak rak! sungguh buang masa... baik aku tunggu pokok aku berbunga je..

~ Beli untuk hadiakan untuk diri sendiri~


Kedua , Yang lagi 1 ni, nightmare la juga..  aku memang suka pandai atau pulau..suasana dia tapi kali ni dah masuk 4 kali aku mimpi pasal tsunami.. minta-minta dijauhkanlah...

Ketiga, Sebelum ni, aku ada kacau kawan aku..aku tag facebook dia dengan cerita hantu.. dia tak habis marah-marah aku..lagi dia marah lagi aku kacau..last-last malam tu aku tersentak & mimpi hantu!

~ Suka sangat kacau orang , kan dah kena ~

tiba-tiba aku teringat kes yang jadi time aku kat uitm sarawak dulu.time tu aku tumpang bilik hana & roommate. malam tu  kitorang dapat mimpi yang lain tapi bila dicantumkan..kiranya berturutan.. first, aku mimpi aku nampak benda putih terbang dari belakang hana.. keesokan hari tu, aku tak dalah cerita kat dia..dahlah aku mimpi dia.tak pasal2 kecoh pula..entah macam mana, hana buka cerita.dia cakap dia mimpi ada benda terbang..time tulah aku buka cerita.. petang tu kitorang tunggu roommate hana balik kelas..kitorang tnya soalan yang sama,sama ada dia ada mimpi apa-apa tak? dia cuma cakap dia mimpi ada benda putih baru terbang & bergayut kat siling! berdiri bulu roma terus.. tak pasal-pasal ayah hana panggil ustaz! beberapa malam tu kitorang asyik pasang yasin je time tidur..



Exam

Baru-baru ni aku ada test OB(Organizational Behavior). Biasanya bila aku dah tengok soalan.aku cepat2 tulis point jawapan dia kat sebelah soalan dia.. dalam exam tu ada 4 soalan tapi jawab 3.. 

mula-mula ok la masa jawab soalan first.. entah macam mana, aku tertengok jawapan yang aku tulis untuk soalan no 4.. korang bayangkan setengah paper tu memang betul lah jawapan dia untuk first question ..lagi setengah tu jawapan untuk soalan no 4..lepas siap salin baru aku perasan.. rasa nak pengsan! Mengigil macam apa!

~ waaaa...Apa benda aku merapu tadi!!! ~
Tapi nasib baik ada lagi setangah jam..cepat-cepat aku betullkan..kalau tak, aku terjun bangunan jelah!


Bahu berdenyut / berkedip

2 hari lepas, first time bahu aku berdenyut / berkedip.. tak pernah aku rasa macam ni.. tak selesa! Rasa nak tumbuk bahu sendiri..last-last aku google..maksud dia akan sakit (minta dihauhkan) atau akan menerima sesuatu pemberian atau hadiah.. so, nak tanya ni. Ada tak sapa-sapa nak bagi hadiah? Come to mama plzz!!!





oklah, rasanya sampai sini jelah..banyak betul aku merapu.. sorry, amik masa korang sikit.. hihi.. xiexie! love u! muah2!

Friday, 14 October 2011

Pernah tak terfikir ada orang mengumpat belakang kita?

Hmmm..Hi! 


Dah lama tergerak nak cerita benda ni..dah lama simpan idea ni..dah dekat 2 bulan.. disebabkan hari ni free walaupun minggu depan ada mid term test, tapi nak juga cerita! Hehe..


Ok,just nak tanya.pernah tak korang terfikir ada orang lain cakap benda buruk belakang atau keperihal kita? Atau korang rasa memang tak da orang cakap pasal korang? Semua best-best je...Aku pernah terfikir sebelum tidur.ada ke orang ke orang cakap belakang pasal aku? Huh! Entah apa-apa kan? MESTIlah ada!!!!! Tak kan tak da kot! Adeh! 


Sepanjang aku hidup, aku pernah coincident terdengar perbualan orang cakap pasal aku 2 kali.. tapi benda baik lah.. tapi benda buruk? Ada juga tapi aku tahu pun dari orang lain.aku tak pernah dengar dengan telinga sendiri.orang lain yang cerita kat aku.

Cakap panjang pun tak guna.meh sini..Ok, let we see.. sebelum kita terfikir-fikir apa orang cakap pasal kita..jom kita nilai diri sendiri & apa  jadi sorrounding kita. 


Sila jawab soalan kat bawah ni dengan JUJUR :


1 . pernah tak korang involve dalam sesi mengumpat & ada rakan sepengumpat untuk mengumpat orang lain?


2. Adakah apa yang korang buat selama ni dapat memuaskan hati orang?


Cukup 2 soalan ni pun dah dapat cari jawapan..


Ok,yang first tu.. kalaulah korang ni jenis suka mengumpat orang.. memang keberangkalian besar orang lain pun cakap benda buruk pasal korang.. hehe.. tu lah namanya konsep “WHAT GOES AROUND COMES AROUND”..  kadang-kadang kita ni kalau dapat peluang cakap pasal orang lain, memang berapi-api cakap..langsung tak sempat nak muhasabah diri. Rasa macam diri ni sentiasa best-best. Oh pity! lepas dah puas mengumpat, baru sedar diri sendiri pun sama juga.cis! sibuk kata orang..

Malunya!! beria2 aku kutuk Maimun suka sukar tuperware kat kenduri..padahal aku pun sama!  malu!!!

Yang pasal kawan sepengumpat korang tu.. 



Faham? Orang yang suka cakap keburukan orang lain kat korang.memang ada potensi nak cakap pasal korang kat orang lain. So, time kawan korang tu tengah syok mengumpat. Perhati muka dia dalam-dalam sebab dia jugalah orang yang akan cakap benda buruk korang kat orang lain.  Hehehe... at least, korang dah tahu siapa ada potential nak cakap benda buruk korang.. kalau korang ni memang kaki mengumpat dan terasa diri korang bakal jadi bahan umpatan. That we called KARMA! baik insaf awal-awal beb!

Kau tahu Mah, Bedah punya gelang emas punya kecikkkkkkkkkkkk!!!! kecik macam ni!!!!!!!!! entah tulen ke tak!







Talk to the hand!! opppssss! Sorry Meriam, aku dah tak nak ngumpat orang lagi dah.. Esok lusa kau mesti mengumpat aku pula.



Kau ni kenapa Mah? belum apa-apa dah tuduh aku



Begitu juga,kalau korang ada kawan jenis suka cakap benda baik pasal orang lain.dia pun maybe akan cakap benda baik korang kat orang lain.so, mana yang paling menguntung kan? Tepuk dada.. 


Blonde : kau tahu tak budak office baru kita tu baik orangnya, selalu belikan aku makanan, hormat orang tua, berbudi bahasa, pandai urut kaki aku, tersentuh naluri keibuan aku..rasa nak buat menantu je..bla bla bla.. Black : ni dah kali ke-7 kau cerita benda yang sama.bila nak habis?


Yang second question tu, normallah kita ni manusia tak dapat nak puaskan hati semua orang..bila kita fikir tu yang terbaik.nanti ada pula konco-konco sibuk dok mengata kita. Kalau kita kat tempat ni.ignore je! Tak payah runsing-runsing nak fikir apa orang cakap. Time ni la kita nak kumpul pahala..tak gitu? Kadang-kadang orang ni jenis beria-ria mengumpat..lepas 10minit terus lupa apa dorang cakap..muka pun ala-ala innocent. huh! Forget about it! 

Apa kurangnya aku? macam-macam aku buat tapi orang still nak ngumpat! sedihnya..


Aku rasa dengan adanya soalan & jawapan yang agak merapu-rapu tu..maka dah terjawab soalan yang bermain dalam benak hati korang..sorry, aku rasa entry kali ni agak merapu! HAHAHA~ bye2

Thursday, 6 October 2011

baju terpakai? Hina sangat ke?

Kebelakangan ni selain sibuk siapkan assigment, aku juga sibuk kemas bilik. Baju-baju aku yang tak pakai semua aku dah asingkan..sekarang tinggal majalah kat almari. Fuh! Banyak sangat! Abah planning nak renovate bilik aku.nak pasang karbinet. Yelah,bilik aku tak besar macam bilik lain sebab memang dah tak boleh nak besarkan. Belah kanan bilik mak aku, kiri bilik air,belakang rumah jiran. So,stay jela kan? Barang pula makin berlambak..Tapi time nak asing-asingkan baju, tiba-tiba aku tergerak nak cerita pasal baju..yeah! baju terpakai a.k.a bundle..


Macam aku, aku tak da adik beradik perempuan. Kebanyakkan baju aku tak tahu nak bagi sapa. Ada setengah tu aku bagi orang tapi baju mana yang aku sayang.Aku simpan.2 almari penuh dengan baju tapi banyak tak boleh pakai. Kadang-kadang mak aku bising juga,dia suruh aku bagi orang. Aku ada la asingkan baju lama2 termasuklah baju adik beradik aku & langsir semua. Selalunya kitorang bagi kat orang susah atau orang anak ramai tapi entah la..susah nak cerita.. Time kita bagi, orang yang kita kasi tu terima macam nak tak nak je. Buat muka lagi tu..Macamlah kita bagi baju buruk atau koyak rabak.kitorang pun nak jaga air muka juga.tak kan nak kasi benda macam tu. Kebanyakkan orang melayu la macam ni.So, kitorang 1 family dah tak berminat nak derma baju kat golongan macam ni. Hello! Lagi sekali aku nak ulang.. kitorang bukan bagi baju buruk-buruk ok.. kalau baju tu buruk sekalipun tak tergamak nak kasi orang. Better buat kain buruk.

~ Assalamualaikum.. saya datang nak derma..~

~ Even saya ni anak ramai & susah..tak main la bundle2 ni..kalau nak kasi biar branded sikit..polo ke.. padini ke.. bla bla~



Last-last mak & abah dah start derma baju kat orang asli. Yes! Orang asli! Mak aku cakap mak lebih prefer kasi kat orang asli dari bagi kat orang melayu kita. Sebab golongan ni lebih hargai. Selain, barang-barang sendiri.. ada juga orang lain yang bagi baju lama dorang kat abah untuk didermakan kat orang asli. Contohnya : dulu abah kerja kat TUDM  jadi abah banyak kenal dengan pengawai tentera dan semestinya pangkat tinggi-tinggi. Kalau dorang bagi baju untuk derma.. Aku berani jamin kualiti dorang kasi memang baik..ada setengah tu baru 2-3 kali pakai terus dorang derma. 


Selalunya hanya mak & abah je pergi perkampungan orang asli untuk kasi baju. Aku tak pernah ikut.Time kecil-kecil je aku selalu pergi tu pun sebab nak mandi sungai.Dahlah mandi sungai pakai bikini pula tu.. hehe..(terpesong story)


Ok2,sambung balik.Mengikut cerita mak aku, bila mak pergi tempat tu bawa baju. Mesti dorang dah berkumpul nak pilih. Kadang-kadang tu siap berebut-rebut. Kita yang tengok dorang macam tu automatik rasa dihargai. Rasa berbaloi bagi kat orang-orang macam ni dari orang yang ambil macam nak tak nak..siap buat muka lagi tu. Aku bukan la suruh dorang berebut juga tapi bila kita tengok orang.kita boleh tahu lah.. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa (eh..pantun pula).. bila kita ni baik dengan orang..orang pun akan baik dengan kita. Contohnya kalau abah nak cari ubat atau tumbuhan kat hutan tu. Mesti dorang akan tolong bersungguh. Okla,meh sini aku cerita. Ada wife kawan abah ni kena breast cancer.salah satu ubat alternatif ialah cari “ cendawan susu rimau”. Ingat senang ke nak cari ? So, abah aku minta tolong orang asli ni. Tak lama tu cepat je dorang bagi. FYI, dengan orang lain dorang susah nak bagi sebab susah nak jumpa.Bila kita baik dengan orang, orang pun akan baik dengan kita. Sebab tulah aku cakap.. buat baik dibalas baik.buat jahat dibalas jahat (keluar lagi word baru)


Okla, berbalik cerita tadi. Kalau minggu ni mak aku sibuk bagi baju atau barang lama-lama kat dorang. Minggu depan kalau kita datang balik tempat dorang mesti kita rasa happy..kenapa? sampai je sana, kita dah boleh nampak langsir kita bagi tu dah siap terpasang kat tingkap dorang.siap kusyen lagi.. bukan tu je,kalau korang jalan gerenti punya korang akan terserempak dengan orang lain pakai baju korang. Serius! 


Jadi,mari kita menderma kepada mereka yang memerlukan.jom2!

Monday, 3 October 2011

study, kereta & myself

Fuh~ busy sangat! Bulan september pun hanya 4 entry je sempat publish. Bukan tak ada idea tapi masa je tak da. Pagi malam sibuk dengan assigment. Serius penat.kalau orang tengok jadual aku mesti orang cakap heavan.. first aku tengok pun memang heavan tapi tak sangat busy tahap macam ni.. 

Meh sini aku tunjuk jadual aku

Isnin : 9am- 12 noon (Economic)
Selasa : 2pm-5pm (Operation)
Rabu : 2pm-5pm (Accounting)
Khamis : 9am-12noon (Organization Behavior)

Jadual memang la heavan tapi setiap kali habis kelas, mesti lecturer akan bekalkan semua dengan seguni assigment. Cakap je esei, presentation, report & calculator mesti cukup. Killer subject sudah semestinya economic & accounting.  Setiap kali kelas accounting, mesti malam tu aku dah susah hati sampai tak boleh tidur & aku sanggup bangun pukul 6 pagi sebab nak faham subject ni, dalam kelas berlambak budak pandai.kadang-kadang rasa macam loossseeer jer~  tu belum campur budak-budak foreigner yang hebat & active gila!

~ worrying solves nothing? dah, jom bangun buat account!~

Banyaknya assignment!!



Even busy macam mana, aku still ada masa dengan FB! 

Tu belum cita-cita aku nak sambung PHD lagi.. yang ada sekarang ni pun dah buat pening..ni kan pula ada hati nak sambung PHD. Sambung PHD je pun dah ambil masa 3 tahun...lamanya... sejak tengok Hana, Shu & Azma update gambar kat oversea.lagi aku berkobar-kobar nak sambung tapi kadang-kadang rasa cukuplah setakat ni..aku dah tak larat..Aku pernah tanya kawan-kawan aku dalam kelas, dorang ada planning ke nak sambung PHD. Dorang just cakap, “tak terfikir lagi..cukuplah yang ni”. Wow~ tinggi betul cita-cita2 aku.. 

Baru-baru ni adik aku (iwan) sambung degree. Baru masuk study 2 hari, dah tepacak kereta depan rumah. Time aku balik kelas, aku ingatkan kereta sapa.. Ingatkan ada orang datang rumah. Rupa-rupanya kereta baru iwan. Abah belikan kat dia. Untung ko wan.. masuk form 6 dapat motor..masuk degree dapat kereta..Aku dulu time form 6, naik bas pergi sekolah..Dah tu kena ambil 2 bas & baru sampai sekolah. Pukul 6pagi dah terpacak kat bus stop tunggu bas.. Motor & kereta dah dapat..tahun depan dapat apa? Rumah? Lepastu mesti abah kasi ko lori pasir, kontena,bas kilang & van sekolah.. huh! Dan semestinya sejak ada kereta baru tu, kereta aku di anak tirikan.selama ni kereta aku parking depan rumah tapi sekarang parking bawah pokok mangga. Pergi kelas berlambak daun-daun..belum campur lagi dengan tahi burung..ceh! memalukan aku je pergi kelas dengan tahi burung kat kereta. kat rumah je dah ada 4 kereta..belum campur dengan jiran2 lagi. Semestinya persaingan sengit nak berebut parking & menguji kecekapan aku nak parking kereta.. (luahan hati...aku pun nak kereta baru.. sila jangan pinggirkan permintaanku ini :P)

Dalam 3-4 hari lepas, time nak tidur entah macam mana aku boleh termenangis.Mood tengah elok-elok, time tu la nak touching. Bila aku ingat balik, aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir aku menangis..rasanya dah berbulan-bulan..tak ingat dah. Sebab apa aku menangis kali ni?

Sebab ada stranger ni, remind me of someone!

Malaslah nak story lebih-lebih. Better keep it inside.. 

admit it Syahada!
u're waiting for something that wont happen!



Baru-baru ni aku chat dengan sorang kawan aku... entah macam mana,dia cakap setiap kali dia ada masalah, dia mesti teringat kat aku sebab dia cakap aku sangat tabah.. wooooooooo~ nak pengsan kejap!!sila beri laluan!

~ ayat ko buat aku pengsan!!!! hahaha... ~
~ Dear, ni je yang ada kalau tu je choice yang tinggal~
October oh october,
Memandangkan ni awal bulan october, hope bulan ni banyak benda baik jadi macam bulan ogos.. hope so.. 



Oklah, sepatutnya sekarang aku kena buat esei pasal past experience yg reflect my persepctive in life tapi mati kutu nak buat benda ni.. Even dia tanya diri sendiri tapi aku tak tahu nak letak apa.Kalau ikutkan memanglah ada tapi terlalu privasilah! Nak siapkan setengah page pun ambil masa berjam-jam. Bila aku check balik, asal ayat aku ni puitis sangat??? Nanti tak pasal-pasal aku kena panggil depan present. HAHAHAH~ oklah! Next time kita story lagi.bye2!!

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...