Tuesday, 5 February 2013

Kad dari Hana

Tengah gigih kemas bilik, tiba2 terjumpa kad dalam laci... 





oh..kad birthday dari Hana.. dah lama kad ni dalam tahun 2011..aktiviti kemas bilik tgendala kejap.. aku pun buka la kad tu..



Mesti susahkan kan dah baca..tak pelah, aku taip balik.. :)


"Happy..Happy Bday to my dearest friend Nursyahada

Hai Ada.. tak sangka dah dekat 8 tahun kita kawan kan. I'm glad I know u!!! Please know that I love u So much.. and hope our friendship will last forever.. I know this couple of years are being very tough to you. please stay strong.. aku doakan kita berdua akan jumpa jodoh kaya, beriman, hensem.. hahaha.. remember ko kawin aku nak jadi pengapit ko!! nak juga!! belajar rajin2.. tak sabar nak dapat master sama2.. tak sabat nak balik malaysia lepak kat Sunway makan kebab dengan ko.. huhu.. take care..miss u.. love u bff!!

p/s : i hope u like my present for you...


Kawan ko yang baek & Cun
Hana "


Touching kan? aku tak boleh baca kad ni selalu nanti hilang feeling.. Lagipun Hana ni bukan jenis senang nak express..bila sekali dia cakap terus bermakna menusuk2 hatiku (erk!!..ayat aku...)..

Time ni, Hana tengah ambil master kat Dublin,ireland.. Present yang dia maksudkan Best Present Ever From Ireland..

tapi sekarang Hana dah balik Malaysia.. tapi still jarang nak jumpa..aku sempat jumpa dia sekejap je baru2 ni..tu pun sebab aku pass buku law kat rumah dia.. untuk tahun birthday aku 2012, dia still belikan hadiah.. Dia pass hadiah ni time aku pergi rumah dia..


Gelang
dan Beg!! Suka......
Buka je hadiah yang Hana bagi, aku terus tunjuk kat mak.. mak just cakap "Ni mesti mahal..Baik Hana dengan hang noh".. aku just cakap "mestilah.."...


Hana, terima kasih atas segala2nya.. I LOVE U! minta maaf atas salah silap aku.. 



My Superkawan! Kawan gila2.. kawan straight to the point.. kawan yang kelakar..kawan susah senang!

Dari SPM ke Master (Part 2)


Pre-Commerce & Diploma

Akhirnya lepas dapat tawaran Pre-Commerce, terbanglah aku ke Kuching, Samarahan..

Kat sana, kakak saudara aku kenalkan satu family kawan dia.. sejak tu, hubungan family kitorang makin rapat sampai sekarang.alhamdulillah...

-Gambar kat Sarawak..Amboi gambar..kelabu bebenor..-

Ok, berbalik cerita asal...Mula2 nak daftar, terfikir juga boleh ke aku hidup kat sini sebab aku dah biasa tengok tv...lepas ni sah2 susahlah.. entah apa2 kan? Banyak2 benda tu yang aku fikir.. lepas famliy dah hantar tinggallah aku kat sana..julung2 kalinya terpisah untuk kali pertama.. sedih...kena basuh kain baju sendiri...

-Susah nak cakap..muka aku putih sebab over bedak ke apa.. yang kiri tu kakak saudara aku, yang kanan tu mak cik yang aku kenal time kat sarawak..yang belakang tu Iman..anak mak cik-

Hidup kat sana tak jauh beza dengan semenanjung..bezanya mighrib awal. Hahaha...

Tak tahu kenapa awal2 Pre-Commerce dulu, aku ni selalu jatuh.. pernah jatuh kat longkang belakang bilik aku semata2 nak ambil baju jatuh.. ambik kau mau tak bercalar balar kaki aku..ada yang tersiat sikit..siap lebam..nasib baik tak da parut.. luka2 tu aku letak minyak gamat je..tak pergi jumpa doctor..malam aku jatuh, aku hantar message kat adik aku..saja2 cerita kat dia..tak lama tu dia reply “Abah tanya, mata letak mana?”...orang cerita kat dia, dia pergi cerita kat abah.ok, fine..tak nak cerita lagi dah..

Pernah time tu,aku baru balik dari Kuching beli McD kawan aku. Dari tingkat 1 aku pegang burger & milo kawan aku nak pergi bilik dia tingkat 3.. belum apa2, aku dah buat stunt.tak pasal2 aku dah selamat buat mural kat dinding warna putih tu... (penat tau tak,jauh2 aku beli McD..last2 aku mural kat dinding)..serba salah...rasa nak cat dinding je..sudahnya, aku bawa cawan kosong pergi bilik kawan aku. :P  

Lepas habis  Pre-Commerce, aku sambung Diploma in Business Studies kat UiTM Sarawak.

Sepanjang duduk sini dah banyak kali aku merasa tidur sorang2..sahur & buka puasa sorang2..semua sebab hampir setiap semester aku dapat roomate orang Kuching.. kalau rumah aku dekat pun, aku pun tak kan lekat kat kolej.

Sepanjang kat sini juga dah beberapa kali aku dapat roomate non-muslim tapi bukan masalah besar. Janji masing2 hormat.. kadang2 tu aku rasa dorang lagi baik dari saudara..serius! even dorang tak puasa, dorang sanggup ajak berbuka kat luar.. kadang2 tu bila petang, dorang lagi beria2 ajak pergi bazar.. that why i love u Diana Gustin & Shera Anthony..

 Kalau duduk kolej tu, memang tak sah la kalau tak da meeting level.. ni yang aku malas ni..sebab time aku freshee dulu, aku memang selalu kena aim! Bila meeting, mesti senior akan tegur freshee ni sombong..tak senyum kat senior.. time dia cakap tu, memang aku dah agak da..aku la tu..  memang sah! Senior tu tanpa segan silu cakap aku la orangnya.. eeee..aku debik kang! Nak cakap malu tu tak la juga..biasa2 je..

Pernah aku senior pesan kakak bilik aku, dia suruh tegur aku..dia cakap aku sombong.. last2 kakak bilik aku cakap “budak tu sombong? Dalam bilik, dia la buli aku..hahaha”.. oh, Kak Nur Diana Hassan..love you so much!  Kak Nana memang kakak yang baik, selalu nasihatkan aku & setiap kali masuk waktu,dia mesti tanya aku dah sembahyang? Oh..sayu hatiku.....

Susah ni kalau muka stok2 sombong,ramai salah sangka.. tapi terima jelah..sejak haritu,aku sangatlah pemurah dengan senyuman.. basuh kain pun kena senyum takut senior tegur..

Kalau cerita time diploma memang banyak..dah 3 tahun aku kat sana..kalau huraikan macam ade je orang nak baca kan? Syok sndiri je.. :P



So, aku letak gambar jelah..









Degree

Habis je Diploma, Aku sambung Degree kat UiTM Shah Alm dalam BBA (Human Resource Management)..


Asalnya dapat offer kat Uitm Perak tapi buat rayuan..Last2 dapat kat UiTM Shah Alam.. Biasalah manusia masa belum dapat offer, janji konon nak belajar rajin..bila dah dapat malas belajar...result pun biasa2.. 

Jadi konvolah aku dengan result yang so-so..

Walaupun macam tu, semangat nak study  still tinggi..sudahnya aku apply master kat UiTM.nak apply UiTM ada interview pula..lepas pergi interview..akhirnya tak dapat! Hehehe.. 

jadi aku malas nak fikir, lagipun time tu mood aku nak pergi holiday kat Bandung...Balik je dari Bandung, Normah suggest aku sambung master kat UPM.. kalau ikutkan kitorang nak apply sama2 tapi last minute dia tak jadi..jadi, aku soranglah apply..


Master

nak tahu macam mana aku dapat surat offer? rujuk link ni Finally i got what i wanted .. untuk master ni, tak tahu nak cerita apa sebab kebelakangan ni aku selalu update pasal master.. 


-Ni application masa aku apply master.. kena tutup gambar..sepet sangat-
-Yang ni surat offer-

kat UPM, aku ulang alik dari rumah.. takda la jauh mana.. aku suka kelas malam, habis kelas pukul 9.30malam.. dengan jalan lenggang..best!

alhamdulillah.. lepas setahun lebih.akhir tamatla master..yeay.... dah nak dekat sebulan aku kat rumah..heavan! tak payah fikir pasal assigment & test semua2 tu.. disebabkan masa terlalu lapang, aku merajin2kan diri belajar masak, buat kek and yes! aku masuk kelas menjahit! ayu tak? ayu tak? sekarang aku tengah gigih siapkan baju kurung pahang..tinggal sikit je lagi.. lepas ni boleh buat baju lain pula.. yeay~~

tak teringin ke sambung PHD? hmmm.. teringin.. ingatkan nak terus sambung terus lepas master tapi fikir balik kena kerja dulu.. sekarang ni bila boring rajin juga aku search PHD kat Universiti2 tapi sah2 aku tak kan apply kat UiTM atau UPM.. aku nak pergi tempat baru...

tapi tak pelah...kerja la dulu..maybe 3, 5 , 8 atau 10 tahun akan datang aku sambung PHD..atau tak kan sambung sampai bila2.. :)

Dari SPM ke Master (Part 1)


Hi,

Harini tgerak hati nak  cerita perjalanan dari SPM ke Master. Tu pun sebab aku terflashback sebelum tidur.jadi terfikir juga nak cerita kat blog walaupun hakikatnya tak da orang nak ambil tahu pun.. (memang pun..sedar diri)..=.=”

Sebelum terus baca, just nak bagitahu tak da niat sembunyi ke bangga diri ke atau apa2 jelah.. kena remind dulu, nanti orang salah faham.

SPM

Lepas dapat result SPM, time tu memang gigih isi borang masuk U, politeknik & banyak lagi.Dulu isi orang mana ada online2.semua main colour2 dalam kertas..ala..yang ada bulat2 tu.. Aku masih ingat course pertama yang aku apply untuk UiTM ialah Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah.

Sambil-sambil tunggu panggilan U, aku belajar drive dan komputer kat Kajang. Yelah, nak kerja abah tak bagi.

Tak lama tu result politeknik pula keluar, time tu result boleh check guna handset. Aku senyap2 check dalam bilik... tengok2 dapat 

Tahniah anda ditawarkan Diploma Pertanian di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Sila laporkan diri sekian sekian....)

Gulp!! Aku memang tak nak pergi..message tu aku terus delete. Sampai sekarang family aku tak tahu hal ni..hahaha..

Kesudahannya mari kita sambung STPM!

Aku ambil STPM kat Sek Men Keb Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Time tu memang azab la sebab pukul 6 pagi aku dah kena tunggu bas. Bukan satu bas tapi dua bas kena ambil semata-mata pergi sekolah. Abah cakap nak belikan kereta tapi mak tak bagi.kesudahannya, mari kita naik bas hari2.

-google-

 Sambil2 belajar kat Kajang, last2 aku dapat surat interview  dari UiTM dalam course Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah. Dalam panggilan tu, aku kena interview dan kena buat ujian lukisan.. dalam ujian lukisan tu, dia letak kita dalam 1 dewan dan depan kita tu ada silinder, bulat, segi empat tepat & banyak lagi..dia suruh kita lukis siap dengan bayang2..walaupun aku tak reti melukis tapi aku rasa lukisan aku tak da teruk sangat sebab aku tengok orang kanan, kiri dan depan aku pun lebih kurang je.. opss..aku tak tiru dorang ok..kalau dah kerusi kat dewan tu bertingkat2 macam panggung wayang.no wonder la boleh tertengok.. :P

Lepas habis melukis kena pergi interview pula, tapi aku rasa aku memang kantoi kat interview..orang tu tanya nama menteri tu ini aku tak tahu..lepas habis interview, aku memang tahu aku tak kan dapat..

 Bila result keluar, memang sah la tak dapat! Tapi dalam tak dapat tu aku rajin juga ulang alik pergi UiTM Shah Alam semua kes nak buat rayuan.

-Surat rayuan dulu.. huduh sikit sebab tertindih buku-


Aku ingat lagi, ada sekali tu aku pergi untuk buat rayuan. Aku masuk dalam 1 bilik. Tapi dalam bilik tu ada 2 meja. Kat atas meja tu tulis “Semenanjung” &  “Sabah & Sarawak”. Time tu aku teragak2 nak pergi meja mana sebab aku tak faham. Last2 ada staff tu terangkan kalau aku pilih Semenanjung.Kebarangkalian untuk aku dapat 50-50. Kalau aku pilih Sabah Sarawak, keberangkalian aku dapat 60-40. So, tak fikir panjang aku pilih sabah sarawak tapi problem antara dua tu nak pilih sabah ke sarawak.. memandangkan kakak saudara aku pernah study sarawak, jadi aku tak teragak2 pilih Sarawak. 

-UiTM Sarawak-.. (google)

 Kalau orang lain, mesti susah hati nak pergi jauh2 tapi aku time tu neutral lagi. Still tak rasa apa2.. keesokan harinya UiTM call suruh ambil surat tawaran.. yeayyyyyyyyyyyyyy~~ kalau ikutkan aku apply Diploma Pentadbiran Awam tapi kat surat tawaran dapat Pre-Commerce. Pada yang tak tahu, Pre-Commerce ni study 1 semester.Lepastu baru sambung diploma. Kiranya aku lambat 1 sem la..

Pada korang2 yang nak buat rayuan tu, cara rayuan yang aku buat ni memang dah tak da.dah ambil 7-8 tahun sayang..sekarang semua kena online..tulis surat berjela2..ok! faham tu?

Kesudahannya, aku sempat habis 6 Rendah je kat Sek Kajang tu..

Lepas tiket flight & hotel dah book, masa ditunggu2kan sampai juga.Waktu aku nak bertolak pergi Sarawak , Baby, Ejan & Fatimah datang rumah aku..just nak say bye2..sayu kan?  

Akhirnya terbanglah aku ke Uitm Kota Samarahan, Sarawak  (bersambung...)

**sebelum sambung cerita, nak letak juga gambar uitm sarawak..cantikkan?

-Google-
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...