Hi,
Harini tgerak hati nak cerita perjalanan dari SPM ke Master. Tu pun
sebab aku terflashback sebelum tidur.jadi terfikir juga nak cerita kat blog
walaupun hakikatnya tak da orang nak ambil tahu pun.. (memang pun..sedar
diri)..=.=”
Sebelum terus
baca, just nak bagitahu tak da niat sembunyi ke bangga diri ke atau apa2 jelah..
kena remind dulu, nanti orang salah faham.
SPM
Lepas dapat result SPM, time tu memang gigih isi borang
masuk U, politeknik & banyak lagi.Dulu isi orang mana ada online2.semua
main colour2 dalam kertas..ala..yang ada bulat2 tu.. Aku masih ingat course
pertama yang aku apply untuk UiTM ialah Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah.
Sambil-sambil tunggu panggilan U, aku belajar drive dan
komputer kat Kajang. Yelah, nak kerja abah tak bagi.
Tak lama tu result politeknik pula keluar, time tu result
boleh check guna handset. Aku senyap2 check dalam bilik... tengok2 dapat
“Tahniah anda ditawarkan Diploma Pertanian
di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Sila laporkan diri sekian sekian....)
Gulp!! Aku memang tak nak pergi..message tu aku terus
delete. Sampai sekarang family aku tak tahu hal ni..hahaha..
Kesudahannya mari kita sambung STPM!
Aku ambil STPM kat Sek Men Keb Sultan Abdul Aziz Shah,
Kajang. Time tu memang azab la sebab pukul 6 pagi aku dah kena tunggu bas. Bukan
satu bas tapi dua bas kena ambil semata-mata pergi sekolah. Abah cakap nak
belikan kereta tapi mak tak bagi.kesudahannya, mari kita naik bas hari2.
-google- |
Lepas habis melukis kena pergi interview pula, tapi aku
rasa aku memang kantoi kat interview..orang tu tanya nama menteri tu ini aku
tak tahu..lepas habis interview, aku memang tahu aku tak kan dapat..
-Surat rayuan dulu.. huduh sikit sebab tertindih buku- |
Aku ingat lagi, ada sekali tu aku pergi untuk buat
rayuan. Aku masuk dalam 1 bilik. Tapi dalam bilik tu ada 2 meja. Kat atas meja
tu tulis “Semenanjung” & “Sabah
& Sarawak”. Time tu aku teragak2 nak pergi meja mana sebab aku tak faham.
Last2 ada staff tu terangkan kalau aku pilih Semenanjung.Kebarangkalian untuk
aku dapat 50-50. Kalau aku pilih Sabah Sarawak, keberangkalian aku dapat 60-40.
So, tak fikir panjang aku pilih sabah sarawak tapi problem antara dua tu nak
pilih sabah ke sarawak.. memandangkan kakak saudara aku pernah study sarawak, jadi
aku tak teragak2 pilih Sarawak.
-UiTM Sarawak-.. (google) |
Kalau
orang lain, mesti susah hati nak pergi jauh2 tapi aku time tu neutral lagi. Still
tak rasa apa2.. keesokan harinya UiTM call suruh ambil surat tawaran..
yeayyyyyyyyyyyyyy~~ kalau ikutkan aku apply Diploma Pentadbiran Awam tapi kat
surat tawaran dapat Pre-Commerce. Pada yang tak tahu, Pre-Commerce ni study 1
semester.Lepastu baru sambung diploma. Kiranya aku lambat 1 sem la..
Pada korang2 yang nak buat rayuan tu, cara rayuan yang
aku buat ni memang dah tak da.dah ambil 7-8 tahun sayang..sekarang semua kena
online..tulis surat berjela2..ok! faham tu?
Kesudahannya, aku sempat habis 6 Rendah je kat Sek Kajang
tu..
Lepas tiket flight & hotel dah book, masa
ditunggu2kan sampai juga.Waktu aku nak bertolak pergi Sarawak , Baby, Ejan
& Fatimah datang rumah aku..just nak say bye2..sayu kan?
Akhirnya terbanglah aku ke Uitm Kota Samarahan, Sarawak (bersambung...)
**sebelum sambung cerita, nak letak juga gambar uitm sarawak..cantikkan?
-Google- |
8 comments:
hehee...kita pun ex student uitm samarahan...=)
sama pulak kita.. :D Uitm samarahan :)
Wuish, cantiknya Uitm Samarahan. Saya ni harapanlah nak pergi jauh-jauh, ayah kasi yang dekat semenanjung jer. (teringin gak nak pergi oversea ke tapi takpelah belajar mana2 pun sama asl rajin)
menarik citer ni...cpt2 la update ehh
....hebat..hebat....x sabo nk tunggu smbgn nye...mcm citer setis hjg nyawe plak.....hehehe...:)
....hebat..hebat....x sabo nk tunggu smbgn nye...mcm citer setis hjg nyawe plak.....hehehe...:)
x sabar nak tgu the next post.
Mana part 2 ?
Post a Comment