Wednesday, 23 January 2013

Cepat Kesian..


Entah tak tahu kenapa aku ni cepat kesian..bila tengok orang susah atau binatang depan aku betul2 meruntunkan naluri kewanitaan aku.. (aaaaaaaaaa... ayat apa aku guna ni!)

Teringat dulu time sekolah rendah dulu, malam tu mak aku suruh aku pergi kedai beli apa entah..dengan hujan rintik2 aku kayuh la basikal laju2 pergi kedai.time balik tu aku nampak sorang pak cik muka sedih je jual apam balik.yelah, dah hujan jarang orang nak keluar beli. Sebabkan kesian, aku balik rumah & korek tabung.. dah tu, aku keluar balik beli apam balik.. berlambak la juga aku beli.. time nak bayar tu, berlambak2 syiling aku kasi kat pak cik tu.gerenti pak cik tu ingat aku ngidam sangat apam balik sampai korek tabung.. 

mesti nak tahu apa kesudahan dengan apam balik tu?

Aku balik & kasi kat mak aku.. mak aku punya la mengamuk! Hahaha.. (mak aku patut bersyukur dapat anak sebaik aku! serius! mak aku patut bersyukur! hahahaha)

Sapa nak makan berlambak2 ni?????


Sapa lagi..mak lah makan..

Bukan kat orang je aku kesian, kat binatang pun sama.. dulu balik kelas malam, aku sajalah singgahlah beli topup.. time beli topup nampak la pula anak kucing. Tengok macam tahan sejuk..last2 aku singgah beli makanan kucing 1 packet kecil.. yelah, time tu ada sekor je.. time nak bagi makan tu, datangla pula kucing lain.. so, terpaksa beliau & rakan2 kongsi makanan. :P



Ada 1 kedai kat area rumah aku ni jual nasi lemak.kadang2 tu ada la juga aku pergi breakfast dengan mak kat sana.. sebelah kedai tu ada 1 ala2 gudang petronas & ada la anjing tapi serius anjing ni jenis baik. Dia tunggu je dengan depan gate petronas tu kot2 la ada orang nak hulur makanan. Selalu lepas makan, aku selalu bungkus tulang ayam letak dalam tisu. Bila lalu depan petronas tu, aku akan letak tulang ayam tu.Anjing ni ada anak kecik serius comel!

Saya suka makan ayam goreng berempah

Next, cerita pasal anak kucing kat UPM. Benda ni jadi time aku dengan Ifa nak pergi Putrajaya. Time aku drive, tb2 kereta depan aku mengelak something. La.... rupa2nya depan tu ada lubang.. normallah kereta mengelak lubang tapi dalam lubang tu boleh pula ada anak kucing duduk ala2 macam dalam bakul..nasib baik nampak, kalau tak tahulah apa nak jadi. Cepat2 aku behenti kereta & angkat.. time2 tu hura hara sekejap sebab aku nak suruh ifa pegang kucing & biar aku drive tapi aku baru teringat ifa ni takut dengan kucing.boleh meraung kalau aku suruh dia pegang kucing. HAHAHAH...last2 kitorang tukar.Ifa drive & aku pegang.. so,time tu kitorang nak rushing...last2 kitorang drop anak kucing tu kat 1 dewan... 

Ifa : aaaaaaaaaaaa...takutt!!!! binatang apa berbulu ni?

Lepas settle hal kat Putrajaya. Aku balik UPM untuk hantar Ifa. Time tu terdetik pula dengan anak kucing risau dia belum makan. Lepas hantar ifa, aku singgah beli 4 packet makanan kucing kat kedai runcit & terus pergi dewan yang aku tinggalkan dia. Jenuh la juga nak cari.last2 aku jumpa bawah pokok. Lepas aku letak 2 packet makanan & tunggu dia makan.dia membelakangi makanan yang aku letak tu macam tak da selera.lama la juga aku tunggu dia makan. Last2 aku cakap kat dia yang aku nak balik, dia pusing & pandang aku dengan mata sayu.. alahai...kesian la pula.tapi serius aku memang tak boleh bawa balik. Bukan tak nak bawa balik tapi memang tak boleh bawa balik...janganlah tanya kenapa...

Penat aku melaung macam tarzan kat sini dia menyorok


Tak nak tuna, nak KFC...

Hal ni masa malam kat KFC kat Metro Point Kajang. Time aku baru balik shopping & nak pergi kat kereta...time jalan aku nampak 4 kucing kat situ.. boleh katakan memang jenis cantik & bulu panjang.baru aku teringat dalam kereta still berbaki 2  packet makanan kucing yang aku beli untuk anak kucing kat UPM sebelum ni..last2 aku buka bonet & letak makanan dorang.. seksa juga masing2 berebut.last2 tak pasal kena bahagi sama rata..dahlah time tu orang lalu lalang.. kucing ni mesti lapar sangat ni.. Even aku tak bela kucing, aku memang simpan makanan kucing dalam kereta.Yelah, mana tahu jumpa kucing yang lapar kan? (Sorry..yang ni tak da gambar)

Tak semestinya bila kita tolong kita akan dapat balasan yang baik terutamanya dari binatang..biasalah binatang ni ada otak tapi tak da akal.. next, aku akan cerita macam mana tangan aku kena gigit dengan beruk! Dua kali kena gigit.. lepas kena gigit bengkak & lebam tangan aku.. ada lagi kesan gigit sampai sekarang.. 





No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...