Sunday 8 January 2012

Bila Fikiran ke Lain, Mulalah Buat Benda Yang Merapu-rapu

Hi! Hi! Hi!

Korang pernah tak buat benda yang entah apa-apa bila fikiran kita ke lain?rasanya ramai kot macam ni.. bagi aku..selalu sangat!  Fikiran ni kalau ke lain,mulalah merapu-rapu aku buat.. sebab tu bahaya juga kalau asyik fikir tu ini..   kali ni semata-mata nak memperbanyakkan entry, saja je la nak sumbat story ni.. 

Kisah Milo , Telur & Maggi

Dah jadi habit dari dulu lagi, asal tengah malam je mesti masak maggi. Masak megi tu mesti nak special.letak macam-macam tak terkecualilah telur.. (even aku tak suka telur kuning,makan telur putih je). Sambil-sambil tunggu maggi mendidih, aku buatlah milo..Time pagi buta kat dapur sorang-sorang, fikiran ni mula la kelaut.. dengan confidentnya aku pecahkan telur & masukkan dalam air milo panas..siap kacau lagi.. lepas dah siap, baru sedar! Arghh! Tak pernah lagi orang buat milo campur telur! Nak rasa? nasib baik malam tu aku buat milo..kalau aku buat teh tarik? mesti banyak buih kan? lemak2 lagi tu..

Kami suka milo telur..anda pula bagaimana?

Soya & Sup

Yang aku ingat time tu malam jumaat sebab setiap malam jumaat kitorang 1 family makan makanan pasar malam je.. time tu aku beli mihun sup  & soya . awal-awal lagi fikiran aku dah kelain.. aku ambil mangkuk dan cawan.. lepastu dengan rasa bahagianya aku tuang soya dalam mangkuk sampai melimpah-limpah! Eee..rugi soya aku! Tak pasal-pasal kena lap meja..dah habis aku lap meja.. baki soya dalam plastik aku tertumpah lagi kat lantai... sesungguh malam tu adalah malam yang indah untuk mengemop lantai~  wangi lantai dapur dengan pencuci lantai..

apa pandang2? mop muka tu kang.. :P
Cerita Tamil

Aku tak ingat apa benda yang aku fikir kali ni tapi yang aku pasti ada benda yang buat aku susah hati..duduk dalam bilik semua benda tak kena..last-last aku pergi ruang tamu dan buka tv.. buka pula cerita tamil.. dengan subtitile tak da.. bertahan pula aku tengok cerita tu 30 minit.. mata kat tv  tapi otak ni? 



Macam ni agaknya rupa aku time tengok tv haritu.. 


Syampoo dan pencuci muka

Kalau nak tidur mesti la cuci muka kan? Aku pula basahkan muka dan terus ambil syampoo dan terus sapu kat muka! Patutlah buih banyak sangat! So, kalau pencuci muka korang dah habis, korang tahu kan nak buat apa? Guna je  benda-benda yang ada disekeliling korang..

Syampoo dan ubat gigi

Cerita ni pun sama jua macam cerita kat atas..time nak gosok gigi, dengan muka blur-blur aku tonggengkan syampoo dan letak kat berus gigi! Tapi nasib baik aku perasan awal.. kalau tak mesti aku orang pertama yang merasai kenikmatan rejoice!

sedap juga perisa rejoice ni.. tak da berus , guna jari pun boleh
Simpang 3

Kisah ni masa mula-mula aku study kat upm.. sebelum ni aku study kat uitm..dari rumah aku ada simpang 3.. kalau ikut kanan, tu arah nak pergi UiTM.. kalau ikut kiri arah nak pergi UPM.. sepatutnya aku kena ikut kiri tapi tengah mamai agaknya pagi-pagi, aku pergi ikut kanan sebab nak pergi uitm.. nasib baik aku sedar sebelum sempat masuk highway..kalau tak, lambat sampai kelas.. apa aku nak jawab dengan kawan-kawan & lecturer? Sesat? ting tong juga aku ni!

Eh nak pergi mana aku sebenarnya ni? Nepal?

Udang

Dah jadi rutin setiap hari sabtu, kerja aku kena buang kulit udang.. satu bekas untuk kulit & satu bekas lagi untuk isi.. awal-awal tu ok la.. sampai round ke berapa entah, bercampur-campur isi dengan kulit.. bekas kulit, aku campur dengan isi.bekas isi aku letak kulit.. nasib sedar awal.. kalau mak aku tahu..free-free kena  flying kick..

Hari ni kita masak udang sweetsour bersama kulit udang

Pergi kedai lain tapi parking tempat lain

Time ni aku dengan kawan aku.. kitorg nak pergi makan kat satu kedai.. time tengah drive, aku confiden je parking kereta kat 1 area ni..siap dah matikan enjin...kawan aku pun dah pelik..dia cuma cakap “Ada, kita nak pergi kedai hujung sana, kenapa parking sini? Nak kena jalan pergi sana ke?”... ha! Jauh gila aku parking! Nak macam bawak anak orang exercise pula..

Kedekut minyak kereta kawan aku sorang ni..ajak berlari pergi kedai

Banyak juga..8 kejadian yang agak ting tong! Nak cakap berangan tu tak juga.. tapi biasanya ada masalah tak pun aku tengah fikir..lepas ni nak buat.. esok pagi nak buat..esok nak pakai baju apa.. so, kanak-kanak sekalian fokus! Fokus!  Sebelum jadi yang bukan-bukan..ok, Love u! bye







Friday 6 January 2012

Alhamdulillah... Result Exam Dah Keluar

Hi peeps!

Pagi ni balik je dari Tesco, terus aku buka facebook..tertengok pula status budak kelas bagitahu result dah keluar..dahlah cuti tak sampai seminggu tak sangka result dah keluar.. nervous tu tak payah cakaplah. Aku pun tak tahu result exam keluar harini tapi bagus juga tak payahlah aku nak nervous-nervous dari malam tadi sambil pegang calculator kira pointer.. huhu..

Berbalik cerita tadi, aku ingat aku nak check result time dah nak start kelas.. aku malas nak serabutkan otak sekarang sebab aku tak confident langsung dengan result aku sekarang..dengan tak sempat study..dengan minggu yang huru hara.. Minta-minta tak da repeat paper..kalau boleh pointer tu biarlah above 3.33 .. kenapa 3.33? sebab nombor tu cantik? hehehe.. taklah.. aku tergerak hati nak sambung Phd lepas habis master ni tapi maybe kerja dulu kot.. setakat ni yang aku tahu qualification nak sambung Phd kat UPM kena above 3.33 , kalau U lain tak tahu lah..tapi kalau ada rezeki baru sambung.. kalau tak sambung Phd pun biarlah aku grad dengan result yang membanggakan berbanding result pre-com, diploma & degree aku.. insyaallah

Tadi time check result, aku tak berdebar-debar pun.. hah! first time aku rasa macam tu sebab aku dah tanamkan dalam hati apa yang jadi terima je dengan hati terbuka.. kalau ada repeat paper.. redha.. tiba-tiba nah terkeluarlah result aku! mata aku terus cari pointer..aku dah tak peduli dengan berapa A @ B aku dapat..
so, ni lah result dia.. 




speechless! aku takut betul kalau result ni salah..banyak kali check.. sejujurnya ni first time aku dapat pointer macam ni..kalau sebelum ni paling tinggi pun 3.50 . lagipun aku bukannya cemerlang pun.. time nak dekat exam, lagi merata-rata aku letak note & exercise..bersepah-sepah...rasa menyesal pula time tu..

First exam : Organizational Behavior (27 december)

ni kali ketiga aku ambil paper ni..dulu time diploma & degree. time diploma aku dapat A..time degree cuma dapat B+.. nasib aku lebih kurang macam Hana (bestfriend & memerangkap classmate dari diploma & degree)..dia cakap "dulu dapat A..kali ni dapat macam ni..kalau aku sambung master entah-entah dapat C).. kitorang gelak je.. thanks Allah even aku tak dapat A time master..ni pun dah bersyukur.. Hana pula sekarang heavan sambung study kat Ireland..semoga dia pun dapat result baik juga..

ha! melalut lagi.. first exam ni malam... memang penat sangat..habis pula dalam pukul 11 malam... sampai rumah dah nak dekat pukul 12 tengahmalam.. dah sampai rumah dah tak boleh nak berfoya-foya sangat sebab esok ada test accounting pulak~

Second exam : Accouting (28 december)

aku memang lemah bebenar dengan kira-kira ni.. sangat lemah! takut punya pasal.. pukul 5 pagi dah terpacak kat meja study sampai la 5 petang... 6 petang siap-siap nak pergi exam kat UPM.. 

sampai kat UPM, tak sangka kali ni exam kat dewan kuliah.. ala..dewan yang kerusi bertingkat-tingkat tu.. dengan meja kecik..tak heranlah sepanjang exam tak habis dengar bunyi calculator jatuh.. aku? kalau dah 3 jam asyik tunduk je.. sakit leher la.. adoiii~~ exam habis dalam 11 malam.. tapi malam tu balik lambat sebab aku ikut classmates discuss case study untuk exam keesokannya.. nak dekat pukul 1 pagi baru sampai..sampai je rumah.. lagi teruk sakit leher aku ni.. terpaksa-paksa tampal koyok! ni la first time aku pakai benda alah ni.. huhu..

Third exam : operation management (29 dec)

hari ni exam malam juga macam hari sebelum-belumnya.. tapi mungkin sebab penat dengan 2 test sebelum ni..aku over slept! pukul 11 pagi baru bangun tu pun sebab ada kawan yang hantar mesej..mahu tak meraung kejap.. sebab aku dah biasa bangun pukul 5 pagi..dengan tak baca buku lagi.. dengan seram sejuk baca la buku..malam tu memang aku tawakal.. apa nak jadi jadilah.. aku betul-betul dah tak larat.. 

uhuk! uhuk! uhuk! bangun lambat pulak..


Fourth exam : economic (31 dec)

alhamdulillah untuk exam ni aku ada gap sehari.. tapi risau betul dengan test ni sebab mid term aku cukup-cukup makan.. dapat 52% je pun... sehari sebelum exam, aku duduk meja study sampai la pukul 5 petang tapi rasa macam otak ni kosong je.. rasa tak ready nak exam.. entah macam mana aku tergerak call jihan.. tak sangka jihan tengah study kat library UPM.. aku apa lagi on the spot drive dari rumah pergi UPM.. dalam otak biarlah jauh dari aku mnganga jawab exam esok.. study dari petang sampai la ke malam.. balik je dari UPM..aku terus stay up sampai keesokan hari.. test eco pula pagi..

dalam 30minit pertama nak jawab exam..entah berapa ratus kali aku menguap.. rasa mengantuk hanya Allah je tahu.. rasa nak jawab exam baring je.. 


time tengah tulis entry ni, tiba-tiba aku teringat dengan sorang proffesor time aku nak interview master kat 1 U ni.. sinis betul cara dia bila dapat tahu CGPA aku time degree tak seberapa.. tak habis-habis nak mempertikaikan sama ada aku boleh survive ke tak.. sedih sangat! sejak haritu aku berazam aku akan buktikan.. alhamdulillah... even ni result first sem, semoga aku tak lalai dengan sem seterusnya..amin..

Awak fikir dengan result awak ni awak boleh  survive dalam master chef ??

Wednesday 4 January 2012

kuliah cinta inspired me

Hi peeps!


Dah lama tak update blog.. bulan lepas sibuk dengan kerja & test.. ingatkan 1 Jan hari tu nak update tapi tengok-tengok demam.. demam kali ke-2 dalam masa 2 bulan.. tiba-tiba rasa tajuk entry ni SANGAT LAAA OVERR~ hahaha.. 


kali ni saja je nak cerita dari mula aku masuk UPM sampai habis final exam 31dec hari tu... 


Masa first masuk UPM serius aku tersangat la janggal.. dengan orang sekeliling.. kat UiTM dah biasa tengok melayu, sarawak & sabah. tapi dalam UPM ni ada india, cina & foreigner.. yeah! aku tersangat la saiko! rasa rendah diri pula.. dah tu sampai ke tahap nak quit.. rasa je tapi tak pernah bagitahu kat abah.. cari pasal la tu.. kena tempeleng kang... hahaha..


awal-awal masuk UPM ni, pantang aku jenjalan sensorang.. ada je foreigner tahan aku..tanya tu ini..siap tanya jalan dalam UPM.. dahlah aku budak baru.. nak explain pun tak familiar tempat ni..


masuk minggu kedua, ada 1 library ni sebelah je dengan fakulti aku.. aku tak tahu kenapa aku rasa familiar sangat.. lepas puas memerah otak sampai sakit-sakit kepala (over!).. baru aku tahu jawapan dia.. hahahah...


aku ingat lagi time nak SPM dulu... aku tengok cerita Kuliah Cinta kat tv.. cerita pasal Erra & Yusry.. life dorang kat Universiti.. scene dalam library, scene lepak kat cafe,hostel,naik basikal & basuh kain kat laundry... tiba2 aku rasa macam best je kalau dapat sambung study kat U.. belum sempat cerita tu habis..aku terus tutup tv & sambung belajar.. konon-kononnya nak masuk U la... tapi aku tak la target dapat U mana..Asalkan Universiti.. sebab tu dulu aku tak kisah dapat UiTM kat Sarawak.. lalala... tapi tak sangka pula master aku sambung juga kat UPM.. sampai sekarang selalu juga aku teserempak dgn kru KRU buat shooting kat UPM..


serius aku cakap..semata-mata nak buat entry ni..baru aku tahu rupa poster  cerita ni.. hehe


Mungkin scene ni lah yang aku tengok kat tv dulu yang buat aku rasa familiar


kalau ikutkan banyak lagi gambar boleh letak tapi tak berapa clear pula.. ni pun dah ok kot..


pasal foreigner pula.. memang first tu  rasa janggal dan susah la nak faham apa dorang cakap sebab slang @ longat dia rasa lain je.. janggal la pulak.. time sejak aku kena 1 group dengan sorang foreigner ni (budak vietnam)  kena selalu communicate dengan dia.. thru massage , email & face to face lagi..alhamdulillah ok lah..


baru-baru ni aku ada exam berturut-turut dari 27,28&29 dec.. semua exam malam.. sampai 29dec tu entah macam mana aku terover slept! bangun nak dekat pukul 11 pagi..nasib baik exam malam.. kalau lah exam siang mahu lempang muka sendiri..even sempat ambil exam tapi ada la adegan nangis..yelah.. aku tak baca apa-apa lagi..dahlah malam tu habis exam pukul 11 malam.. dengan penat lagi.. hahaha...


hmmm.. aku rasa hidup kat sini tak lah sedasyat yang aku bayangkan.. alhamdulillah..kawan-kawan pun baik.. TQ kat syuhada sebab banyak tolong aku (aik! nama nak dekat sama pula)..  :) ok, kat sini nak promote sikit.. syu ni ada jual-jual beg.. so, kalau nak tengok beg tu sila la ke Anna Syue FashionHouse


gambar ni dalam kelas Organization Behavior tapi tak semua dalam ni sebab ramai keluar..time ni rehat.. syu(pakai selendang kelabu)


study kat rumah memang banyak cabaran.. mula-mula dulu ingat nak duduk hostel tapi bila fikir balik..duduk rumah jelah kan? takdalah jauh mana pun.. pejam mata je..lagipun kat rumah boleh makan sedap-sedap.. semua dah ada kat rumah..buat apa nak duduk hostel. huhu..


meja study! nama je meja study tapi penuh dengan aksesori.. :P
So, kepada adik-adik terutamanya nak amik SPM tahun ni..belajar la rajin-rajin..peluang tu hanya datang sekali.. nak bagi nasihat lebih-lebih pun tak boleh juga sebab aku pun ting tong! bye2



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...