Sunday, 23 October 2011

1 minggu penuh dengan kejadian merapu-rapu

Sepanjang seminggu ni aku tak update entry pun.. Sebab bila aku rasa nak story, tiba-tiba  teringat assigment yang dah mengunung macam everest tu! tak pasal-pasal tangguh.. Oklah, even aku tak update story sebelum ni, tapi still ada benda aku nak story pasal benda apa yang jadi kebelakangan ni.. 

so, apa tunggu lagi? meh2!

Why you look so worried?
 
Benda ni jadi time kelas economics. Time tu proffesor tu bagitahu nanti ada test Eco. Dahlah dia suruh baca 5 chapter & tak da hint. Mana tak nervous! Dah la aku ni susah bebenor nak faham subjek ni. Muka pula dah pucat.kalau kena toreh.gerenti tak bedarah. TAPI!! Sempat lagi fikiran aku ke laut~~ 

time tu dalam otak aku asyik fikir ->

 
~kalau aku fail subject ni, aku kena dapatkan A untuk 3 lagi subjek..Kalau tak, pointer aku akan bawah 3 & aku kena buang~

Tiba2....

Hey, what is your name? Why you look worried?  <sambil proffesor pandang aku!!>

Time tu jugalah,aku terus aku balik ke dunia nyata! 1 kelas pandang aku..rasa macam artis pula! Ngeng!

Dalam hati aku memang dah sah aku..memang tak da orang lain... no wonder la aku kena tegur. Time aku tengah serabut macam ni, “seri” stress tu memang senang terpancar kat muka ni!

Tak pasal2 aku kena jawab balik!

 
~ saya risau sebab kena baca banyak subjek tapi yang keluar cuma sikit je. Sebab tu saya risau <sambil kuis-kuis jari kat meja > (translate dari english ke BM) ~

Proffesor just cakap jangan risau, just baca apa yang dia ajar & buku test tu hanya rujukan.jangan nak baca sampai habis..last2,dia cakap aku “senyum sikit!”.. =.=”

time tu, aku rasa aku betul-betul malukan muka aku sendiri..rasa seolah-olah orang sekeliling tunjuk insyarat "bagus" menandakan PADAM MUKA AKU! hehehe... 

~Yeay! ! Yeay! padam muka Syahada ~

Malam tu,aku terus cerita kat bestfriend aku kat Ireland, Hana. Dia cuma cakap, kan bagus kalau dia ada sekali..mesti kenakan aku habis-habisan! And yup! Dia memang suka kenakan aku dalam kelas sejak kitorang diploma kat UiTM Sarawak dulu. Aku still ingat,dalam kelas macroeconomics. Lecturer tanya rumah sapa area pendalaman & terpaksa keluar pergi pekan naik bot.dengan rasa tak bersalah, Hana tunjuk aku! Dia sangat kejam ok! Time dalam kelas, kan biasanya lecturer akan tanya soalan dan sapa nak jawab kena angkat tangan. Kadang-kadang aku tak sedar. Dia akan cepat-cepat angkat tangan aku! Rasa nak sepak je kerusi dia time tu!  Huhu..

Waffer! Oh waffer! U masak, U makan sendiri





Time ni waktu rehat, aku & kawan-kawan aku berpusu-pusu pergi cafe .. (ayat berpusu-pusu tak tahan tu).. benda ni jadi time kitorang kat depan gerai waffer.. aku, ifa, meera & kak wani nak beli la waffer.. tengah syok-syok tengok orang tu buat waffer...dia sibuk la kikis waffer yang kat tepi-tepi.dah tu, dia pergi calit adunan waffer yang melekat kat tempat dia kikis tu kat tepi-tepi tong sampah..ala tong sampah besar gedabak  & kaler hitam..plastik dia pun yang kaler itam tu..dalam tu dahlah ada sampah..

kitorang dah saling pandang satu sama lain. Tiba-tiba meera cakap kat kitorang “korang nampak, apa meera nampak?”. Terus spoil mood aku.. aku terus blah padahal aku dah order..jahat kan? Bukan aku je terus blah, ifa & kak wani pun sama.tak pasal-pasal meera terkontang kanting sorang-sorang kat situ.. dia ada tegur orang tu tapi macam tak da perasaan je.. tapi last-last dia pun cancel juga! so, U masak U makan sendiri ok!

Hijau & terus hijau! Vroom~ vroom~



Dari UPM balik rumah, aku kena lalu highway & 7 traffic light tapi yang bestnya ketujuh-tujuh traffic light tu kaler hijau. Tak payah nak berhenti! Memang nasib baik betul! Hahaha.. tapi wonder juga, patut ke aku cerita kat korang? 

Mimpi & nightmare

Sebelum aku nak sambung story, sebelum ni aku terjumpa 1 ayat berbunyi cengini ->

Macam tu pula.. personally, aku bangkang! <smbil ketuk tangan kat meja> .. 

Bagi aku, tak da maknanya.. kalau aku mimpi Nicole Scherzinger, rasa-rasanya dia rindu aku ke? hahaha..perasanya aku!  bagi aku, kita mimpi someone tu mungkin sebab kebetulan dia masuk dalam mimpi kita atau kita asyik teringat-ingatkan dia..

ok berbalik kepada mimpi aku.. aku rasa biasa-biasa je.. 

Pertama, aku mimpi aku beli bunga ros merah kat kedai... gubah bagai nak rak..pastu hadiahkan kat diri sendiri..punyalah seronok!  padahal aku beli sekuntum je..apa kes nak gubah bagai nak rak! sungguh buang masa... baik aku tunggu pokok aku berbunga je..

~ Beli untuk hadiakan untuk diri sendiri~


Kedua , Yang lagi 1 ni, nightmare la juga..  aku memang suka pandai atau pulau..suasana dia tapi kali ni dah masuk 4 kali aku mimpi pasal tsunami.. minta-minta dijauhkanlah...

Ketiga, Sebelum ni, aku ada kacau kawan aku..aku tag facebook dia dengan cerita hantu.. dia tak habis marah-marah aku..lagi dia marah lagi aku kacau..last-last malam tu aku tersentak & mimpi hantu!

~ Suka sangat kacau orang , kan dah kena ~

tiba-tiba aku teringat kes yang jadi time aku kat uitm sarawak dulu.time tu aku tumpang bilik hana & roommate. malam tu  kitorang dapat mimpi yang lain tapi bila dicantumkan..kiranya berturutan.. first, aku mimpi aku nampak benda putih terbang dari belakang hana.. keesokan hari tu, aku tak dalah cerita kat dia..dahlah aku mimpi dia.tak pasal2 kecoh pula..entah macam mana, hana buka cerita.dia cakap dia mimpi ada benda terbang..time tulah aku buka cerita.. petang tu kitorang tunggu roommate hana balik kelas..kitorang tnya soalan yang sama,sama ada dia ada mimpi apa-apa tak? dia cuma cakap dia mimpi ada benda putih baru terbang & bergayut kat siling! berdiri bulu roma terus.. tak pasal-pasal ayah hana panggil ustaz! beberapa malam tu kitorang asyik pasang yasin je time tidur..



Exam

Baru-baru ni aku ada test OB(Organizational Behavior). Biasanya bila aku dah tengok soalan.aku cepat2 tulis point jawapan dia kat sebelah soalan dia.. dalam exam tu ada 4 soalan tapi jawab 3.. 

mula-mula ok la masa jawab soalan first.. entah macam mana, aku tertengok jawapan yang aku tulis untuk soalan no 4.. korang bayangkan setengah paper tu memang betul lah jawapan dia untuk first question ..lagi setengah tu jawapan untuk soalan no 4..lepas siap salin baru aku perasan.. rasa nak pengsan! Mengigil macam apa!

~ waaaa...Apa benda aku merapu tadi!!! ~
Tapi nasib baik ada lagi setangah jam..cepat-cepat aku betullkan..kalau tak, aku terjun bangunan jelah!


Bahu berdenyut / berkedip

2 hari lepas, first time bahu aku berdenyut / berkedip.. tak pernah aku rasa macam ni.. tak selesa! Rasa nak tumbuk bahu sendiri..last-last aku google..maksud dia akan sakit (minta dihauhkan) atau akan menerima sesuatu pemberian atau hadiah.. so, nak tanya ni. Ada tak sapa-sapa nak bagi hadiah? Come to mama plzz!!!





oklah, rasanya sampai sini jelah..banyak betul aku merapu.. sorry, amik masa korang sikit.. hihi.. xiexie! love u! muah2!

8 comments:

Akito Boron said...

bahu brdenyut maksudnye tumbuh jantung kat bahu :)

red adia said...

hahaha.. klako laa.. dpt hadiah, jgn dlm nye katak sudah.. ag 1, kain trbang tu langsir trtanggal kot.. ;D

nick dot anis said...

haha! sama! i pon sk makan wafer time rehat

Farhana Jafri said...

hahaha xboleh blah kantoi ngn prof.. mmng malu ar klau stu klas tgk kita.. kecut habes! hah?? bahu brdenyut nk dpat hadiah? xprnah tahu plak.. waaa untunglaaa~~~ ;P

Razil Tahir said...

waffle.... sedaaaapp T,T
nak! XD

era kecik said...

hehehe.. :D

FizaFizz said...

wahh..banyak nya cerita!..hehe. eh, bahu berdenyut? macam mana ek?

karina said...

YErp, nad masih ingat lagi korang dua memang suka tolak tgn naik atas, kononnya raise up hand la. Haha. Rindu kamu berdua~

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...