Tuesday, 9 August 2011

Relationship is more than love...

Sebenarnya susah untuk saya bagi pendapat hal2 orang lain sebab saya bukannya  dalam kategori motivator.. saya hanya sesuai jadi pendengar... rasanya itu pun dah cukup ringankan beban pihak berkenaan.. cerita ini rentetan dari Just Because I Think Differently... kebetulan kawan saya luahkan hal ini selepas saya pos entry tersebut tapi cerita kawan saya lebih kepaa CINTA.. Yeah! ketika saya berjinak-jinak dengan blog, saya pernah berkata pada diri saya sendiri cuba elakkan buat entry mengenai CINTA tapi still ada 2-3 entry terbabas dan sekarang berulang kembali..

Nak tulis entry seperti ini sangat2 susah bagi saya.. berkali2 bhenti kerana ketandusan idea.. tapi melalui pemerhatian saya, kalau saya tulis bab cinta dan kemudian pos entry tersebut di facebook saya banyak pula orang like dan pageviews blog laju je ketika itu..

Melalui cerita kawan saya ni, dia dan bf dia selalu ada problems lebih-lebih lagi hal tolerate.. si lelaki tak habis2 minta perempuan ini cuba faham keadaan dia.. kawan saya ni cuba faham dengan sikap dia.. apa yang dia nak.. sampaikan lelaki ni abaikan perempuan ni.. tapi bila perempuan ni minta perhatian si lelaki...apa lelaki itu jawab? "awak kan dah besar, tak kan benda2 mcm ni saya kena ambil tahu & kena ingatkan?"..


guys, u know what perempuan bukannya nak tggu korang suruh dorg makan baru dorg nak makan tapi pleaselah.. berperikemanusian sikit beb.. tak boleh ke tunjuk caring sikit kat girlfriend korang? itu pun nak berkira ke? bagi pendapat saya la kan.. kalau la hati tu dah sayang, bab caring, tanggungjawab , jeles & how u express your love sebenarnya datang secara naturally.. tak perlu buka buku.. memang fitrah manusia..  si lelaki minta perempuan faham dorang tapi dorang tak da effort nak faham perempuan.. yang paling sedih bila si lelaki jumpa cakap " I LOVE U" bila dia rasa really mean it.. awal2 perkenalan boleh kata 24 jam nak bagitahu kat pasangan masing2 betapa sayangnya korang tapi makin lama.. lelaki tu cuma cakap "saya cuma akan cakap bila saya betul2 maksudkan".. oooo..mknanya..kalau u all tak cakap maknanya u all dah tak sayang pasangan korang ke? susah ke nak tolerate bang? saya tak faham kenapa ada lelaki suka ignored pasangan dorang.. wonder juga.. cinta tu still ada lagi ke tak?



entah macam mana... tiba-tiba saya teringat kes kawan saya yang lain..yang ni lain out of topis psl tolerance..tp of course pasal boyfriend.. si lelaki jenis yang susah nak hargai dia.. buat la macam mana i dont know kenapa si lelaki tu buta nak nampak semua ni.. kes terkantoi curang lagi dalam msg dan email.. tapi disebabkan rasa cinta tu kuat sangat..perempuan tu still sabar dan bagi peluang.. bukan sekali tapi dah 3x lelaki tu buat hal.. entah la..saya sendiri tak berani nak cakap lebih2.. orang cakap peluang yg kita bg kat orang lain sebaik2nya 2 kali..sebab lagi banyak peluang kita beri,makin buat kita tak di hargai.. nanti esok2 bila perempuan tu dah ada keberanian nak melangkah pergi dalam hidup korang..time tu lah baru korang tahu rasa kehilangan..tak payah la time tu bawa gitar & bawa sedozen ros duduk depan rumah perempuan tu dan nyanyi lagu "Lelaki Ini - Anuar Zain "..

LELAKI INI - ANUAR ZAIN



kes paling saya sedih.. lepas bertahun-tahun bercinta.. biasalah kalau hati tu dah tawar..mula la cari salah.. yg paling worst compare partner tu dengan orang lain.. tak kisah la apa-apa pun asalkan benda tu boleh dibandingkan..dari rupa, gaya hidup (fashion) dan pendidikan.. serius saya tak faham kenapa lepas bertahun-tahun baru sekarang nak timbul isu ni? rasanya awal2 perkenalan dah boleh nampak semua ni.. tapi kenapa nak ungkit sekarang? tak boleh mencintai orang tu dengan seadanya?

yang paling tragik, kisah kawan saya dengan tunang dia.. entah macam mana tunang dia jatuh cinta dengan perempuan lain. tapi tunang dia tanpa segan silu kenalkan perempuan tu kat kawan saya..hanya tuhan saja yang tahu. sombong sungguh lelaki tu tanpa sikit pun fikirkan perasaan orang lain.. lebih2 lagi tunang dia.. saya masih ingat macam mana kawan saya sedang lalu tepi jalan tiba2 ada kereta hon beliau dan sapa yang hon? si lelaki itulah! pernah kawan saya menangis mengejar kereta lelaki itu.. serius macam dalam tv..hancur hati kawan saya.. nak recover balik pun take time beb! Alhamdulillah, selepas kawan saya suffer sama ke tahap macam tu.. Allah maha kaya kerana pertemukan kawan saya dengan lelaki yang lebih baik untuknya..dah sekarang mereka telah bergelar suami isteri.. korang mesti nak tahu kan apa jadi dgn bekas tunang kawn saya tu? ketika kawan saya hampir menikah. tiba2 lelaki tu datang dan menyesal tapi semua tu dah terlambat.. korang tahu kenapa mnyesal? sebab girl yang dia kejar2 tu tak setanding kawan saya ini.. memang saya akui..kawan saya ni memang terlalu banyak keistimewaan dia.. hanya orang yang "buta" tak nampak semua itu..  tak bertanggungjawab sungguh lelaki tu..

kalau ikutkan banyak masalah saya boleh letak kat sini.. tapi saya rasa cukuplah.. lagipun saya rasa saya memang tak layak cerita hal2 seperti ini..

tapi ni jelah mampu saya kongsi kepada kawan2 semua bahawa :
"When Allah knows you are ready for the responsibility of commitment, He'll reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don't waste your time searching and wishing. Grow and be ready, you'll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of."

saya suka lagu ini -> warkah dari Bau..  & saya dedicated untuk semua kawan2 saya...

WARKAH - BAU


"Andai aku adalah tulang rusukmu yg telah hilang,aku berharap jika nanti Allah mempertemukan kita,kau akan selalu mmbimbingku agar aku menjadi wanita yang solehah,yang nantinya akan mnjadi bidadarimu di syurga kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia & akhirat."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...