Friday, 18 November 2011

Penat Menunggu Orang Yang Lambat Bersiap? NAH! Ni Tips dia..

.
Hello ladies & gentlemen~

Dalam banyak-banyak yang sudi baca entry ni, sapa yang selalu lambat bersiap bila nak keluar? Put your hands up! Hehe..boleh pulak.. normal berapa lama korang ambil masa nak bersiap? 30minit? 45 minit? Sejam? Bagi aku,purata dalam sejam.. kalau tak da mood nak gosok baju & make up.. 15 minit pun dah boleh siap. TAPI kalau orang dah janji nak jumpa pukul 2 petang..aku akan make sure aku dah terpacak tapi kalau benda tu tak boleh elak.tak boleh buat apalah.. huhu..

Kadang-kadang aku pelik betul dengan orang jenis lambat bersiap ni..entah apa la dia buat sampai lambat bebenor.. kot-kot la keluar bilik jadi macam saloma/opera cina/Marilyn Monroe tak pe juga..ni tak, sama je.. 


Ada ke patut dia cakap rupa aku sama je setiap kali nak keluar.. hensem apa macam ni!

Kita ni kalau tak menyusahkan orang untuk tunggu kita bersiap..no hal la..tapi lagi pening kepala kalau kita terpaksa tunggu orang yang kategori macam ni.. oh,boleh sakit oooooo!! Lagi sakit kalau kita tak boleh tegur.. adeh! So,di sini nak kongsi tips kat korang...mana tahu boleh tolong korang  kan?

1. SILA SURUH DIA MANDI AWAL 



Ni boleh dipraktikkan kalau korang satu rumah dengan orang tu. Kalau korang
dah decide nak keluar,sila alu-alukan dia mandi dulu..kalau boleh pimpin tangan  dia
pergi toilet..lepas dia, baru turn korang.. sebab apa? Orang lambat mesti
mandi awal sebab lambat bersiap..nak make up la..pilih baju la.. nak tocang
rambut la.. iron lagi..korang tak pe.. tak sampai 3 minit dah habis mandi.. baju
pun main capai je.. tapi wonder pula.kalau mandi sekejap ni,korang pakai
sabun ke tak?


Seronok betul! setiap kali nak keluar, dorang suruh aku mandi dulu. hehehehe.. entah-entah ada udang di sebalik mee kot!

2.      TIPU “TIME” KORANG NAK KELUAR / JUMPA..  

Contoh korang nak keluar/jumpa pukul 2 petang..Anda disunatkan menipu
dia,bagitahu dia yang korang nak jumpa pukul 1.. biasalah, susah nak jumpa
orang jenis sharp nak keluar..kalau dia lambat pun still kita boleh terima
asalkan jangan lebih pukul 2.. kalau terlajak tu, rasa angin je badan ni..next
time tipu dia lagi.. suruh dia siap 2 jam dari time korang nak jumpa tu..

Dah tipu dia pun still datang lambat? jam dia rosak ke?

3. CAKAP KORANG ADA HAL SELEPAS JUMPA DIA..

Cakap macam ni, suruh dorang siap awal sikit...bagitahu lepas jumpa
dorang..korang ada hal..cakap korang nak pergi jumpa doctor atau bagitahu
korang nak jumpa client yang nak bagi kontrak bermillion2..kalau korang
terlepas..korang akan rasa menyesal dan akan dibuang kerja..kalau kawan
korang tu still lambat..sila blame dia seumur hidup sampaikan dia rasa hidup
ni dah tak bermakna..lalu menghiris nadi sikit demi sedikit..


Akulah penyebab segala-galanya.. 

4.  SILA GUNAKAN ORANG YANG BERMULUT LAZER

Ada masanya tahap kesabaran kita dah sampai tahap hidung.. tapi nak tegur
rasa bersalah..so, sila gunakan resources yang available korang.. contoh: suruh
sapa2 sound..sekali sekala tersentap apa salahnya kan? Hahaha.. kalau tak,
korang buat-buat jelah kena sawan.. cakap merapu-rapu..luahkan apa yang
dah berbatu dalam hati tu & lepas tu,berlakon buat-buat tak ingat apa yang
korang cakap tadi.. settle! 


Bila nak pergi ni? dah 3 kali tukar pampers tunggu papa bersiap!





Papa kau ni kalau bersiap mengalahkan perempuan! bla bla bla bla...Esok jelah kita shopping kat TESCO! 

5. TINGGAL  & PERGI DENGAN TANPA RASA BERSALAH




        Lepas 4 tips di atas tidak membantu, sila gunakan tips yang terakhir ni..dijamin korang tak rasa sakit hati. Lepas dah tunggu dia siap berjam-jam.. sila ambil kunci kereta dan drive dengan rasa tanpa bersalah.. tak pe, biarkan dia bersiap dulu.. mana tahu lepas korang dah balik rumah.dia baru siap..lepas tu boleh korang keluar lagi untuk second round! Atau




       Korang dah janji dengan kawan nak jumpa kat satu tempat. Janji pukul 3 petang.... 3.15 tak muncul.. 3.45 batang hidung pun tak nampak.. 4.15 cakap on the way.. 5.10 cakap jalan jem..apa yang harus korang buat? Sila CHOWWWW la!kalau member korang dah sampai tempat yang korang janji tu.. kalau dia call korang,korang cakap “on the way”.biar dia pula tunggu sampai berjanggut & berhujan panas kat situ..lalu kena demam  kuning panas...

 

Lara mu ni senah.. penat kawe tunggu.. habis minyak dah panas enjin ni..kala tinggal muko macam itik serati! dok pahe kawe!

kesimpulannya : sila tepati masa.. 

Bye2~ see u next time~

8 comments:

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

hahahaa~~ saya call jee , smpai org tu dtg ~~

Unknown said...

bab sound org ak plg ske !

Dhofwatul' Aisy said...

TINGGAL & PERGI DENGAN TANPA RASA BERSALAH ! ahahaaa... sy suka yg itu... tp2.. lebih tak suka org mnunggu kita.. rs kcian... :(

Unknown said...

saya paling tak suka org macam ni...
bab tunggu yg lama2 ni wat sakit hati...

salam ukhuwah fillah
boleh undi saya tak dgn memberi komen/like/retweet/klik google + kat entri ni :-
http://manmala.blogspot.com/2011/11/iphone-4s-gadget-impian-ku.html

Pisyek K said...

aku selalu pakai no 5 je. :D

Contest Candid Time Muna

smilenajah93 said...

uhuhhhh ~ mmg geram btul dengan org lmbt ssiap nie , sy girl pun boleh siap cepat tauuu ~~

Anonymous said...

hehehe.. kalau lmbt mintak belanja la ^^

hipotesis crew said...

haha.. lambat siap.. ape lagi, tinggal kan aje.. haha.. padan muka beliau :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...