Monday, 28 November 2011

Doktor Garang Vs. Abahku Garang

Hi peeps!

Kali ni saja nak kongsi pengalaman pasal 1 doktor ni. Nak cakap cerita baru tu tak lah tapi benda ni sentiasa mekar dalam ingatan! Hah! :P

Dulu ingat lagi..time tu aku praktikal..pada hari isnin, petang tu aku rasa something kat perut.sakit yang amat sangat.. tak pernah aku rasa sakit tahap macam ni..tapi aku malas nak layan sangat.aku fikir benda ni akan baik juga..dah tu,sempat lagi shooping kat careefour ampang.

Start malam tu dah makin melarat.. habis 1 katil aku guling-guling duduk menahan sakit. Mak cakap ni maybe angin.. sapa-sapa yang pernah kena & rasa,serius aku cakap nilah salah satu sakit yang paling azab. Kalau boleh meraung, dah lama aku meraung. Mak ajak pergi klinik tapi aku tak nak..sanggup pulak aku tahan! Konon-kononnya esok tu baiklah..

Akibatnya, dari malam sampai ke pagi aku kena tahan sakit.. terus aku tak pergi praktikal.. siang tu rasa makin baiklah.. tapi bila petang makin teruk pula. Nak tak nak, terpaksa aku beranikan diri pergi 1 klinik kat area rumah aku. So, disinilah bermula SEGALA-GALANYA~~~

Aku pergi klinik dengan mak.. mak cakap doktor klinik tu perempuan..aku pun oklah..bila dah daftar & time nak tunggu turn.. aku pelik asal nama kat pintu bilik tu nama lelaki.. adoi! Nak tak nak..terpaksalah tunggu..tak kan terus balik..

Last-last nama aku kena panggil.. aku pun masuk la sorang-sorang..

Aku cerita la apa yang aku sakit kat doktor lelaki tu..tahap sampai nak guling-guling.. tapi aku sangat kecewa dengan apa yang doktor tu cakap.. masih lagi tengiang-ngiang. “kalau betullah awak betul-betul sakit kenapa tak jumpa semalam, kenapa nak jumpa harini?”  Kalau cakap elok-elok tak pe juga, ni tinggikan suara.. terdiam aku.. asal doktor ni nak marah-marah..kalau ye pun aku salah, tak boleh ke cakap elok-elok? Time nak check jantung, dia suruh aku pusing belakang..yelah, tak kan dia nak check kat depan pula. Aku pun blur-blur la pulak..dia pula marah-marah aku suruh pusing betul-betul..serius suara kurang ajar mari! 

Time aku pusing, baru aku perasan ada staff dia tengok aku..malu 1 hal.. kena marah depan orang.. dia tak habis-habis nak marah aku..yang mana aku boleh jawab,aku jawablah..tapi aku mengakulah salah aku juga sebab tak jumpa doktor awal-awal..  tapi sedih juga ayat dia cakap 

kalau  betullah awak betul-betul sakit kenapa tak jumpa semalam, kenapa nak jumpa harini?”

apa maksud dia kalau betul-betul? dia ingat aku saja berlakon & minta MC ke? Kalau betullah aku nak minta MC dari pergi praktikal.. banyak lagi alasan yang boleh aku buat daripada berlakon sakit & pergi klinik..


Pusing belakang.. saya cakap pusinggggggggggggglaaaaaaaa belakang!!!!!!!

Apa ni..tiba-tiba marah orang.tak boleh cakap elok-elok ke? Budi bahasakan budaya kita..



Balik klinik, berjujuran air mata ni.. dah macam drama melayu.. sedih betul.. dahlah pergi klinik swasta.siap dapat package kena marah dengan doktor yang tak da budi bahasa tu. 

Sampai je rumah, abah pula nampak aku menangis..tak pasal-pasal kena panggil..aku pun ceritalah apa benda yang jadi.. korang fikir abah marah doktor tu je ke? Bukan doktor je abah marah, dengan aku sekali kena marah sebab tak melawan cakap doktor tu.. yelah,aku bukan pergi bayar untuk minta kena marah! Tak pasal-pasal aku kena dengar abah membebel..dia sangat garang time tu! Takut! kalau ikutkan abah nak pergi klinik tapi aku halang.. aku ingat hal tu settle sampai macam tu lah..

Kan abah dah pesan! kenapa tak lawan je? kita ni bayar untuk service dia..dia tak boleh buat macam tu kat kita.. bukan nak lawan..suka sangat orang pijak kepala!


Dalam hati ( Kena marah lagi! nangis jelah.. balance air mata tadi banyak lagi)

Selang 2-3 hari lepas tu , entah macam mana terbocor rahsia yang abah pergi jumpa doktor tu.. <rasa nak tepuk je dahi! Ingatkan dah settle>. Tapi nasib baiklah doktor lelaki tu tak da.. sebenarnya owner klinik tu doktor perempuan tapi disebabkan doktor tu ada hal... doktor lelaki tu ganti.. tapi abah tak dalah pergi serang..just tegur... lagipun yang buat hal doktor lelaki tu bukan doktor perempuan..nasib baik doktor perempuan tu baik..dia tak habis-habis ucap terima kasih pasal teguran tu.. bila aku dapat tahu abah buat macam tu..terharulah! tak sangka abah yang garang macam singa tu sayang kat aku! S0, settle lah! Hehe..

Yeay~ sayang abah walaupun abah garang!

Aku pula sampai sekarang menyampah betul kalau dengar nama klinik tu..nak lalu depan klinik tu pun tak sudi.. 



Tapi sekarang aku risau satu benda lagi.. tiba-tiba masalah baru pula yang jadi (bukan sakit perut lagi ok)..nak drive sakit, kalau langgar bumper sakit, nak jalan sakit, tunduk lagi la azab.. baru-baru ni aku pergi klinik UPM.. doktor cuma kasi antiotik, ubat tahan sakit & ubat lain..dia pesan kalau makin teruk..maybe kena buat operation..termenung sekejap.. dahlah aku tak cerita langsung kat family... risau betul. minta dijauhkan..amin..tapi aku rasa makin teruk pula..entah sampai bila nak pendam.. 

15 comments:

ku-cit said...

takpe nntin sy bg tau fmily awk..ehehe

Zana said...

Baik cakap kat family , takot perkara lain jadi plak akak . :))

Roseputih Zumie said...

nak tergelak pn ado bca entri ni~~haha~~ eh, kena cek btol2 ni~jgn wt main~~ hidup perlu diteruskan k~!

cik ika said...

ala..siannye..da a sakit..kena marah plak gn doktor..

Anonymous said...

doktor tu patut kene tumbuk je dgn ayah kau...


to my blog - Acapsuur (>,<)

Aliff Haikal said...

haha sangat funny !

Cik Rara said...

ala sweet nya ayah kamu.. *terharu*

Udak Dilah said...

Hebat...,

chEntA said...

erm...hebat..hehehe..tp,jgn lpe bgtaw family kamu..family 1st okeyh dear..=)

AFDHAL FIKRI said...

erm...haha....elok mase g kinik tu...ready siap2..ikat pisau kat kaki...then bila dia tinggi suare..buat2 maen pusing2 pisau kat tangan...kalau dia bising lagi cube uji ketajaman pisau tu depan die..bbhaahaha..kompom takut..hoho...ok jangan tiru cara ni...

Unknown said...

Sabo jela ea.. Da la nga sakit, kene marah plak..

Ish, kene gtw fmly tu.. Bahaye kalu pendam.. Nnt jd lebih serius susah taw..

Pisyek K said...

apa nama klinik tu eh? alamat? hehehe...

Latest project: Lensa Pisyek

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

doktor tak bertauliah tu,hehehe ;)

Nurin Najwa said...

kak adasya ade penyakit ?? it's better u make your family know about it ... Walaupun adik xkenal akk, tp adik pun risau tntang akk :'/

Ada Sya said...

ku-cit : dorg dah tahu da.. hee

zana : tq ye zana..last2 dorg th jg..

roseputih.. : tq darl! dah check.. yup! hdup mst dteruskn.. go! go!

cik ika : haha..sapalah saya utk dikesiankan.. lalal

syraff : wow! wow! wow!

aliff : tq ye aliff.. :)

rara : smua ayah kat dunia ni sweet.. btl x?

udak : hehe.. hebat tang mana tu?

chenta : terima kasih syg.. :)

afdalfikri : ni mmg berani mati punya kes.. esok masuk cover paper.. haha

missct : alhamdulillah dorg dah th..

pisyek : hahaha..bahayo la nak kasi tahu..

nadzirah : i loike ur comment!!

nurin :waa! terharu ni..sob2. xlah besar mana pun penyakit..br je bt minor operation.. dah ok..cuma skrg nak hilangkan parut je.. :) tq ye yunk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...