finally dah nak masuk bulan 11... yeay!! ni bermakna ni semester terakhir aku kat UPM.. (insyaallah).. awal tahun depan dah boleh cari kerja.. UPM simpan macam-macam memori.. dan macam-macam kawan aku jumpa kat sini.. alhamdulillah semuanya ok.. hope aku grad paling cikai pun biarlah 3.50.. amin..
aku ingat awal tahun depan nak start daftar masuk kelas menjahit..itu pun weekend.. saja tambah skill.. nanti dalam resume boleh la letak (ada ke orang letak skill menjahit dalam resume?).. hahahaha...
kalau ikutkan nak masuk bulan 9 baru-baru ni tapi tak nak ambil risiko.dahlah sem akhir..baik aku fokus dengan benda yang penting.. selain menjahit, aku try cari masa lapang dengan masuk kelas bakery... hebat kan? semua benda nak masuk.nanti last2 apa tak jadi.. tapi tahun ni aku ada daftar 1 kelas bakery.. tapi last-last orang tu call cakap kelas tu cancel sebab tak ramai join..hampeh! tak pe, jumpa tahun depan..
aku terlalu admire isteri Dato Fazley.. ala yang masuk master chef tu.. dahlah isteri dia peguam, pandai menjahit & ambil upah buat kek.. menangis aku dengar..
Pada pendapat aku, tinggi macam mana pun ilmu kita ada, kita kena ada kemahiran lain. Thanks kat Dato Najib kerana tersengamnya kedai kain 1 Malaysia sebelah taman perumahan aku! boleh aku rembat basikal fixie adik aku & beli kain murah-murah dan gunakan sebagai bahan eksperimen aku. lalala...
Semasa menjahit gaya tu penting! kerusi tak da pun tak pe.. |
Thanks selama kenal study kat UPM, aku kenal Syuhada yang sangat workaholic and bukannya kaki main-main macam aku..hahaha.. baru aku tahu erti belajar...Selain tu, aku sangat-sangat kagum dengan sorang chinese guy ni..Even dah kawen & ada 2 anak tapi SANGAT2 PANDAI! cgpa dia almost 4 flat..sedangkan aku tak kawen & tak da anak pun tak dapat macam dia.. haha..
yang ni je aku jumpa, yang lain-lain tak ingat kat mana dorang tanya..kat wassap ke..kat fb ke.kat viber..lupa dah mak cik tua ni.. by the way, aku doakan semua kawan-kawan aku panjang umur & dimurahkan rezeki..amin..