Thursday, 28 March 2013

Kerja or sambung study?


Aku suka create dilema dan aku sendiri terperangkap dalam dilema tersebut (ok, ayat mestilah macam dalam filem ok!).Hahahahhaha.... not exactly, just terfikir kalau aku kerja apa aku dapat.. kalau aku sambung PHD apa aku dapat..


kalau ikut kata hati, lebih ke arah sambung study.. kalau ikut akal mestilah kerja.. nak bayar hutang PTPTN bgunung2..

Terima kasih Allah, aku dikelilingi orang2 yang mengambil berat..ada yang bagi idea dan nasihat..Ada yang suruh aku kerja dulu.. ada yang suruh aku apply kerja lecturer, apply scholarship dan sambung PHD.. tu baru sikit, kalau ikutkan banyak lagi.. tu belum idea mak ngah aku..dia beria2 suruh aku apply jadi pegawai tentera..ok,mak ngah.. nak pengsan please! :P

Aku tahu kerja tu mulia tapi tapi tapiiiiiiiii...... hmmm..macam nak cerita ye..aku tak kisah sangat sebab kecik2 dulu aku pernah la TERMINAT benda2 ni... ni kes abah dulu abah selalu bawa aku & adik pergi tempat kerja dia (TUDM Sungai Besi)..tapi aku tak sanggup gunting rambut! sebab aku sendiri dah tengok rambut mak su aku masa mula2 dia masuk pulapol dulu..sangat pendek macam laki.. Ok2,agak vengong sikit alasan aku tu.. dah 5 tahun aku simpang rambut dan benda tu buat aku berkira2.. ok, xnak cerita lagi alasan aku tu! Agak geli.jijik.. annoying..

Dalam wassap, aku ada group dengan kawan2 master aku.. adalah aku main2 tulis nak apply tentera.. just suka2..sebab semua jenis gila2..memang kebiasaan aku, aku memang suka cerita kat mak apa yang aku buat..apa yang aku sembang dengan kawan.. aku cerita nak apply jadi tentera..hanya main2.bukan serius pun.. tak sangka mak aku cerita kat abah  dan abah ketawa dengar..tq mak...sekarang aku tengah terfikir sama ada rahsia aku sebelum ni mak ada tak terbocor kat abah.. :P





Sekarang, aku still tak tahu nak kerja or sambung study terus... tapi bila fikir masak2, better aku cari kerja , apply schorlaship dan sambung study.. kan? Mungkin tu yang terbaik.. insyaallah tercapai..amin..amin..semoga masih ada kesempatan merasa semua nikmat tu..

Mak aiii..cantiknya.. mungkin aku patut fikir balik kata2 mak ngah ..boleh amik gambar cenggini.. hahaha..

Wednesday, 27 March 2013

Diet oh Diet..


Hai!!

Biasanya bila orang dah lama tak update blog, mesti dia cakap “sorry..lama tak update blog..busy lah”..

Kalau macam situasi aku, patut ke apa guna ayat macam tu? Oh ok!  Bagus terus terang jelah kan?

“sorry...lama tak update blog..kemalasan melanda”... wah! Jujur dari lubuk hati ni.. 

Disebabkan malas lah, aku suka postpone diet aku.. konon2nya nak start minggu depan, bila dah sampai masa mesti esok la..bila esok, esok lagi..lagi..lagi..dan lagi..sudahnya macam tu juga.. even aku suka postpone diet, tapi rajin pula pergi jogging, cycling & aerobik.. macam mana tu?

Last2, 26 march aku memang kena paksa diri ni diet juga.. Oh ok, sebelum ni, aku boleh dikatakan obses dengan diet nasi.. tapi semua on off..on off.. aishhh!! Susah nak cakap..sayu hatiku mengenang..

Diploma : Benda ni jadi time semester terakhir kat uitm, dari awal sem aku dah terikut2 dengan idea kawan aku (Azie & Nur).. lebih kurang 6 bulan aku diet nasi & banyakkan berjalan.. in the end, berat turun almost  13kg.. ok, ulang suara.. 6 bulan je tahan.. lepas tu out! Berat naik balik..

Praktikal : seingat aku, aku diet nasi lebih kurang 2 bulan lebih.. stiap kali lunch, aku mesti bungkus bayam & ikan keli.. kiranya tu lauk favourite aku time tu walaupun tu la first time aku makan ikan keli..  bila makan kat office, haruslah aku sorok2 makan  sebab aku malu orang tanya mana nasi aku.. bila kakak2 office tanya “tak makan nasi ke?”.. aku mesti cakap “dah makan dah kak, makan nasi dulu..yang sedap makan last”.. mesti dorang cakap “banyaklah! Macam orang tak tau”..

Master : ok, aku tak ingat ni sem ke berapa aku diet..maybe sem 1, sem 2 @ sem 3.. serius aku tak ingat.. sama juga.. aku mampu diet nasi 2 bulan je..lepas tu semua kek, aiskrim, fastfood aku telan.. ok, sangat2 tahi ayam..

Bulan puasa tahun lepas: aku rasa ni paling extreme pernah aku buat.. selama sebulan, aku cuma minum air kosong untuk sahur..menu berbuka aku cuma laksa atau mihun sup semata2.tak da kuih, tak da roti john.. (puasa ke tak puasa, aku still diet.)

Master : ni time aku part 4.. semester terakhir aku kat upm &  benda ni jadi tahun lepas.. aku start diet bulan february 2012 dan mampu tahan sampai bulan november 2012 juga..lebih kurang 9 bulan aku tak makan nasi..tapi diet aku terhenti kat situ sebab time tu aku ada aktiviti kat Port Dickson. Sampai je sana, terus dorang hidang nasi goreng.. aku dah teragak2 nak makan ke tak..kalau tak makan, pengsan pula.. lebih2 lagi lepas makan, semua kena masuk hutan..Time tu, Mei Shan tak henti2 offer biskut dia kalau aku tak nak makan nasi.. sweet gila Mei Shan ni.. Lama la juga aku fikir..kawan2 semua nasi dah tinggal separuh..dengan berat hati aku telan juga.. tapi tak sempat habis pun sebab aku lembab sangat! Orang dah nak masuk hutan.. last2, aku dah xboleh tengok nasi.. nasi beriani, nasi campur semua aku makan.. serius.. konon2 lepas balik program  nak sambung diet tapi sampai sekarang lingkup..

NOW!! 26 March 2013.. aku kena paksa diri juga... sebab aku nak konvo bulan 10 ni!! Yeayyyyyyy... tak sabar nak baling topi..tak sabar nak dapat bunga.. tak sabar nak tengok meera & syu jalan tkedek2 pegang perut (pregnant) atas pentas .....(semoga meera & syu tak baca).. Gambar konvo aku sebelum ni macam2 versi ada.. versi muka berminyak.. pipi tembam. So, biarlah kali ni nice2 jelah..

Mesti  korang cakap dalam hari “Baru sehari diet dah kecoh buat entry!”.. haruslah aku kecoh sebab ni je buat aku fikir 100x nak makan makanan tak sepatutnya... .aku ni kena black & white baru nak ikut..kalau aku bt rule, nanti aku sendiri yang langgar.. bila la aku dah letak dalam entry,aku kena la ikut.. malu la aku langgar apa yang aku dah cakap... Hehehe.. oklah, tu je.. bye2

**Note : tak semestinya diet nasi ni sesuai untuk semua orang..tu bergantung pada diri masing2.mungkin diet aku dulu2 tu macam tak sihat tapi what’s past is past..Let go of the past and embrace the future.. kali ni aku nak try diet atkins pulak! Hip2 hoorayyy..







kalau terjumpa aku makan entah apa2 kat luar, please jangan hina.. tolong belikan ubat kurus sebab nampak sangat perjuangan aku dah berakhir.. taklah..gurau..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...