Hi! Hi! Hi!
Korang pernah tak buat benda yang entah apa-apa bila fikiran kita ke lain?rasanya ramai kot macam ni.. bagi aku..selalu sangat! Fikiran ni kalau ke lain,mulalah merapu-rapu aku buat.. sebab tu bahaya juga kalau asyik fikir tu ini.. kali ni semata-mata nak memperbanyakkan entry, saja je la nak sumbat story ni..
Kisah Milo , Telur & Maggi
Dah jadi habit dari dulu lagi, asal tengah malam je mesti masak maggi. Masak megi tu mesti nak special.letak macam-macam tak terkecualilah telur.. (even aku tak suka telur kuning,makan telur putih je). Sambil-sambil tunggu maggi mendidih, aku buatlah milo..Time pagi buta kat dapur sorang-sorang, fikiran ni mula la kelaut.. dengan confidentnya aku pecahkan telur & masukkan dalam air milo panas..siap kacau lagi.. lepas dah siap, baru sedar! Arghh! Tak pernah lagi orang buat milo campur telur! Nak rasa? nasib baik malam tu aku buat milo..kalau aku buat teh tarik? mesti banyak buih kan? lemak2 lagi tu..
Kami suka milo telur..anda pula bagaimana? |
Soya & Sup
Yang aku ingat time tu malam jumaat sebab setiap malam jumaat kitorang 1 family makan makanan pasar malam je.. time tu aku beli mihun sup & soya . awal-awal lagi fikiran aku dah kelain.. aku ambil mangkuk dan cawan.. lepastu dengan rasa bahagianya aku tuang soya dalam mangkuk sampai melimpah-limpah! Eee..rugi soya aku! Tak pasal-pasal kena lap meja..dah habis aku lap meja.. baki soya dalam plastik aku tertumpah lagi kat lantai... sesungguh malam tu adalah malam yang indah untuk mengemop lantai~ wangi lantai dapur dengan pencuci lantai..
apa pandang2? mop muka tu kang.. :P |
Cerita Tamil
Aku tak ingat apa benda yang aku fikir kali ni tapi yang aku pasti ada benda yang buat aku susah hati..duduk dalam bilik semua benda tak kena..last-last aku pergi ruang tamu dan buka tv.. buka pula cerita tamil.. dengan subtitile tak da.. bertahan pula aku tengok cerita tu 30 minit.. mata kat tv tapi otak ni?
Macam ni agaknya rupa aku time tengok tv haritu.. |
Syampoo dan pencuci muka
Kalau nak tidur mesti la cuci muka kan? Aku pula basahkan muka dan terus ambil syampoo dan terus sapu kat muka! Patutlah buih banyak sangat! So, kalau pencuci muka korang dah habis, korang tahu kan nak buat apa? Guna je benda-benda yang ada disekeliling korang..
Syampoo dan ubat gigi
Cerita ni pun sama jua macam cerita kat atas..time nak gosok gigi, dengan muka blur-blur aku tonggengkan syampoo dan letak kat berus gigi! Tapi nasib baik aku perasan awal.. kalau tak mesti aku orang pertama yang merasai kenikmatan rejoice!
sedap juga perisa rejoice ni.. tak da berus , guna jari pun boleh |
Simpang 3
Kisah ni masa mula-mula aku study kat upm.. sebelum ni aku study kat uitm..dari rumah aku ada simpang 3.. kalau ikut kanan, tu arah nak pergi UiTM.. kalau ikut kiri arah nak pergi UPM.. sepatutnya aku kena ikut kiri tapi tengah mamai agaknya pagi-pagi, aku pergi ikut kanan sebab nak pergi uitm.. nasib baik aku sedar sebelum sempat masuk highway..kalau tak, lambat sampai kelas.. apa aku nak jawab dengan kawan-kawan & lecturer? Sesat? ting tong juga aku ni!
Eh nak pergi mana aku sebenarnya ni? Nepal? |
Udang
Dah jadi rutin setiap hari sabtu, kerja aku kena buang kulit udang.. satu bekas untuk kulit & satu bekas lagi untuk isi.. awal-awal tu ok la.. sampai round ke berapa entah, bercampur-campur isi dengan kulit.. bekas kulit, aku campur dengan isi.bekas isi aku letak kulit.. nasib sedar awal.. kalau mak aku tahu..free-free kena flying kick..
Hari ni kita masak udang sweetsour bersama kulit udang |
Pergi kedai lain tapi parking tempat lain
Time ni aku dengan kawan aku.. kitorg nak pergi makan kat satu kedai.. time tengah drive, aku confiden je parking kereta kat 1 area ni..siap dah matikan enjin...kawan aku pun dah pelik..dia cuma cakap “Ada, kita nak pergi kedai hujung sana, kenapa parking sini? Nak kena jalan pergi sana ke?”... ha! Jauh gila aku parking! Nak macam bawak anak orang exercise pula..
Kedekut minyak kereta kawan aku sorang ni..ajak berlari pergi kedai |
Banyak juga..8 kejadian yang agak ting tong! Nak cakap berangan tu tak juga.. tapi biasanya ada masalah tak pun aku tengah fikir..lepas ni nak buat.. esok pagi nak buat..esok nak pakai baju apa.. so, kanak-kanak sekalian fokus! Fokus! Sebelum jadi yang bukan-bukan..ok, Love u! bye