Sunday, 12 February 2012

Sini sana cakap pasal kawen!

Aishhhhhhhhhh~ pergi mana-mana mesti orang sibuk tanya pasal kawen.. pening kepala.. tak tahulah apa motif sebenarnya tapi aku rasa tak idea nak cakap la tu! Biasanya geng mak cik2 la ni..Tengah dorang sembang-sembang dengan mak,pandai pulak terbabas tanya soalan ni..sesak nafas aku.. Atau muka aku ni tua sangat..  & memang patut dah kawen? Tapi nak tak nak aku kena sedarlah umur dah 25tahun.. memang patut fikir tapi janganlah desak sangat soalan entah apa-apa ni.. Bila mak cik2 ni tanya mak, aku malas nak jawab.biar mak yang jawab..Tapi kalau tanya aku..aku cuma cakap “tengah belajar lagi”..sebab tu aku malas nak keluar nak pergi kenduri atau tempat ramai-ramai ni..pening kepala! Bukan sebab orang ramai tapi soalan maut tu!



Yang pasti tahun ni tak da majlis kawen-kawen kat rumah aku..tahun depan pun mungkin tidak sebab baru habis belajar & baru nak start kerja..baru-baru ni abah pasang awning keliling rumah,boleh pula orang cakap abah buat macam tu sebab nak buat majlis kawen.huh! 

Tujuan press conference ni membetulkan fakta bahawa awning rumah saya tu tak da kena mengena dengan saya..Ni semua atas kehebatan mak saya mendesak abah saya supaya rumah kami diletak awning dari depan rumah sampai kebelakang dapur




Tiba-tiba aku terfikir, macam mana la kawan sekelas aku yang tua setahun dua dari aku..mesti kena tanya soalan sama...



Lepas ni sapa cakap pasal kawen siaplah!







Thursday, 9 February 2012

Siapa yang Stalk Facebook Korang?

Hi!

Mesti ramai tengah cari macam mana nak detect orang stalk facebook kita kan? Sebelum korang terus baca apa yang aku tulis ni..minta maaf kalau korang rasa cara ni tak berapa menjadi..  jangan marah2 ok! Kalau nak dapat exactly susahlah unless korang kerja dengan company facebook tu sendiri.

Macam kita tahu sekarang ni, facebook sebenarnya involved our privasi tapi certain information kita di “reveal” ke third party yang mana akan menjual product and services kat korang.. Korang sendiri pun boleh tengok iklan-iklan  kat sebelah page korang memang kadang kala sama dengan need or information korang.

Ok, berbalik macam mana nak tahu sapa yang stalk page korang..dengan hanya beberapa klik atau refreshes, korang akan dapat detect/predict siapa yang most recently view page korang. Of course, stalker ni tak exactly stalking korang but they are watching you!


Ada 3 Cara Nak Detect Siapa Yang Rajin Stalk or View Page Korang...

Cara Pertama :

·         #  Refresh profile/page korang and lihat friends mana yang appear again and again kat page korang. Secara kasarnya, friends ni lah yang selalu view page korang the most over a given time period.

Cara Kedua :

·          Cara kedua invite semua friends dalam sesuatu event di facebook. Kan time kita invite orang pergi event ada 3 column (1) People who have accepted your invitation.. (2) People who are still waiting to reply.. (3) People who have reject your invitation.. Antara 3 coloum yang dipaparkan, korang dapat tengok top friends/person yang akan appear di setiap kategori di mana mereka kemungkinan rajin tengok page atau gambar korang.

Cara Ketiga :

#  Cara ketiga ni agak menarik sikit.. korang pergi kat search bar, try taip huruf pertama di setiap alphabet. You will see that the first name which appears is either likely the last person you looked at, or if that is not the case, it was the last person who looked at you!

Secara kasarnya, korang perasan tak kat sebelah page kita ada friend suggestion..Kebanyakkan orang-orang ni kita tak kenal tapi MAYBE looked at your profile. Kalau korang tengok someone yang langsung tak da mutual friend dengan korang..better korang watch out, because you might have a stalker on your hands.


Cara ni sebenarnya agak simple..korang janganlah expect yang extra ordinary sangat.. takdalah bila aku cakap kita dapat detect sapa yang stalk..bersusun-susun nama stalker berserta tarikh dan masa.. (kalau aku tahu sedetail2nya, aku pun fikir 10x nak reveal kat kat korang sebab takut Mark Zurkerberg ubah facebook..hehehe...berangan pula..ingat senang ke nak dapat?).. cara ni better dari korang join application entah apa-apa dan buat spam kat home member lain...betul x?kalau nak membukti sahih ke tak cara ni..try la set up beberapa fake account atau minta kawan tolong dan try..tengok sama tak result.. aku dah jumpa 1 forum yang bincangkan hal ni...lebih kurang 95% setuju dengan kenyataan berkenaan~~~

# nak bagi tahu ni tapi segan... kalau korang nak amik bulat-bulat apa yang aku tulis dan letak kat blog korang boleh tapi kasi la kredit..kecik hati..banyak kali dah tengok orang amik tapi.... 

Credit : ScientificBlogging


Sunday, 5 February 2012

Cinta : Orang Ketiga

Hi!


Tiba-tiba kali ni tergerak nak cakap pasal hati dan perasaan..ni tak da kena mengena dengan aku pun..saja nak kongsi cerita dan pendapat. Pernah dengar cinta 3 segi? tak pun orang ketiga? siapa pernah rasa? sakitkan? lebih-lebih lagi pasangan kita ada orang lain? yang kita keep cari peluang untuk dia pandang kita..sedangkan hati dia dah bukan kat kita..


Pada pendapat akulah, kenapa kita butakan hati kita sedangkan kita dah nampak kebenaran? ni semua soal hati.. hati sentiasa butakan kebenaran.. ada je benda kita fikir untuk legakan sakit ni..


Aku rasa stoplah...dan silalah belajar berhenti berharap..kenapa kita sentiasa nak cari attention dia? Man Is Simple. Kalau dia nak bercinta dengan orang lain. Lepaskan dia pergi. Kalau dia betul-betul cintakan kita, dia tak kan sampai hati buat macam tu kat kita. Kalau dia tetap buat maknanya HATI DIA SEBENARNYA BUKAN KAT KITA. so, lepaskan.. sakit memang sakit tapi kena fikir masa depan juga.  


"Sometimes you have to forget how you feel and remember what you 

deserve."

Pernah dengar peluang kedua? setengah orang jenis mudah sangat beri peluang.. kadang-kadang tu sampai berkali-kali..sebab apa? sebab kita sayang dia.kita fikir dia boleh berubah.. kalau peluang kedua tu mungkin perlu..kita boleh andaikan dia alpa atau apa-apa jelah yang tak disengajakan.. tapi kalau dah berkali sampai tiga atau empat tu dah nampaknya pilihan. Pilihan yang dia cari sendiri..Tapi ada setengah orang pula sekali pasangan tu buat perangai.. terus angkat kaki.. So, korang yang mana? 


Apa-apa keputusan yang kita buat sebenarnya kena fikir long term. Bukannya setahun dua.. Kalau boleh biarlah orang kita cari tu adalah orang yang akan teman kita bila kita dah tua.. orang yang boleh buat bual-bual dan bertanggungjawab.. Kalau sekarang dah buat macam tu kat korang..sibuk dengan orang lain tapi korang dimain2kan.. sampai bila hati ni boleh tahan?


Sakit memang sakit tapi fikirlah semasak-masak..Allah jadikan sesuatu bersebab..Allah tak jadikan sesuatu yang berlaku itu sia-sia.Allah ada planning yang lebih baik untuk korang.




Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu 
(al baqarah-216)
Barangkali kamu tidak menyukai sesuati padalah Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak (an nisa-19)






Apa-apa yang aku cuba sampaikan ni bukan nak desak korang dengan cara pemikiran aku. Hanya pendapat tapi bukan bermaksud juga aku ni arif sangat soal hati dan perasaan.. I can give anyone advice. But, when it comes to me, I'm lost.. Bye2


                                                                          Berhenti Berharap - Sheila on 7

Saturday, 4 February 2012

Cara Convert Video ke mp3 (Tanpa Software)

Hi peeps!


Kali ni nak share cara nak convert video ke mp3 tanpa menggunakan software.  Yang korang perlukan cuma line internet & browser. Senang kan? Korang juga boleh guna kaedah ni kalau orang nak mp3 kan lagu favourite (teruk bahasa).. ok, jom!


1. Apa yang korang perlukan URL video yang korang nak buat tu..





2. Buka link ni  -> youtube mp3 . 




3. Sila letakkan URL video kat kotak yang disediakan. Kemudian jangan lupa klik "Convert Video"







4. Hasilnya macam ni lah.. Akhir sekali tekan "Download".. Lepas dah habis download.. settle.. senang kan? :)

Tiba-tiba aku terfikir tips sesenang ni pun aku nak share..entah-entah dah berbillion-billion dah tahu..aku je terlambat.. haha..ok, tapi aku nak pesan ni..kalau korang nak ambil tips yang aku kasi bulat-bulat dan letak kat blog boleh..tapi tinggalkan credit ye..please..please.. ok,bye! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...