Sunday, 12 February 2012

Sini sana cakap pasal kawen!

Aishhhhhhhhhh~ pergi mana-mana mesti orang sibuk tanya pasal kawen.. pening kepala.. tak tahulah apa motif sebenarnya tapi aku rasa tak idea nak cakap la tu! Biasanya geng mak cik2 la ni..Tengah dorang sembang-sembang dengan mak,pandai pulak terbabas tanya soalan ni..sesak nafas aku.. Atau muka aku ni tua sangat..  & memang patut dah kawen? Tapi nak tak nak aku kena sedarlah umur dah 25tahun.. memang patut fikir tapi janganlah desak sangat soalan entah apa-apa ni.. Bila mak cik2 ni tanya mak, aku malas nak jawab.biar mak yang jawab..Tapi kalau tanya aku..aku cuma cakap “tengah belajar lagi”..sebab tu aku malas nak keluar nak pergi kenduri atau tempat ramai-ramai ni..pening kepala! Bukan sebab orang ramai tapi soalan maut tu!



Yang pasti tahun ni tak da majlis kawen-kawen kat rumah aku..tahun depan pun mungkin tidak sebab baru habis belajar & baru nak start kerja..baru-baru ni abah pasang awning keliling rumah,boleh pula orang cakap abah buat macam tu sebab nak buat majlis kawen.huh! 

Tujuan press conference ni membetulkan fakta bahawa awning rumah saya tu tak da kena mengena dengan saya..Ni semua atas kehebatan mak saya mendesak abah saya supaya rumah kami diletak awning dari depan rumah sampai kebelakang dapur




Tiba-tiba aku terfikir, macam mana la kawan sekelas aku yang tua setahun dua dari aku..mesti kena tanya soalan sama...



Lepas ni sapa cakap pasal kawen siaplah!







5 comments:

hana said...
This comment has been removed by the author.
hana said...

ehem..bile nak kawen??
hihih

Farah Syaza said...

Lawak! awning tu

farah139 said...

ada, ramai tanya2kan..sakit hati gak,heheheh. tapi jdoh, ajal n maut di tangan dia..lambat cepat pun dia yg tau. =)

Unknown said...

ala jwb je xtaw ape yg tertulis di luh mahfuz.. kalo taw dah lama bgtau bile kawen hahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...