Monday, 12 September 2011

Peristiwa

Bulan september ni hilang mood nak berblogging.. bukan tak da idea tapi M.A.L.A.S! entry kali ni just nak cerita randomly apa yang aku buat sepanjang aku tak berblogging..

5 September

-Sepatutnya hari ni keluar dgn Hana, Shu & Azma tapi aku tak join sebab sibuk nak prepare dokumen untuk daftar master keeseokan hari. Biasalah aku kan suka buat kerja last minute.. :P

~ gambar ni buat aku jeles! ~


6 september

-Daftar master kat UPM.. mood serius zero! Tak tahu la mana dia terbang.. tapi alhamdulillah tak da masalah.. kalau ikutkan dari rumah pergi UPM tak la jauh mana dalam 30 minit tapi kena daftar pagi. So, kena kluar awal..  pukul 7 dah keluar.. pukul 7.40 dah tercegak kat fac.. padahal daftar pukul 9.. adeh! Yang bestnya aku pergi untuk daftar je tapi Hana & Shu wish macam apa je.. tapi terharu kot! Serius!

-Daftar pukul 9 am – 10 am.. macam2 jenis orang aku jumpa.. cakap je afrika? Arab? Omputih? Berlambak! Lepas daftar ada taklimat pula pukul 2.. tak kan nak tunggu lama kan? Aku pun balik la rumah.. :P

-Hari ni birthday mak..aku saja2 beli secret recipes, kfc & hadiah kat mak.. aku dengan adik rancang nak buat suprise.. abah suruh adik main keyboard untuk mak.. huh! Tak maknanya dia nak main.. tunggu time ada kelas..baru la keyboard tu berbunyi.. 

10 september

-Hari ni pergi rumah Shu kat kepong..ada kenduri doa selamat sempena shu dapat offer master kt University of Glamorgan. Aku pergi dengan Hana.. mana boleh berpisah kan? Lepas habis kenduri, Aku dengan Hana pergi The Curve teman hana shopping untuk dia nak bawa pergi Ireland.. Mak cik ni shopping macam esok duit dah tak laku.. haha...lepas tu makan meatball.. :D

(yang ni tak da gambar sebab guna kamera shu & BB hana.. kena tunggu dorang upload dulu.. )

12 September

-Pagi ni shu fly pergi London.. flight pukul 10 am..tapi aku tak dapat jumpa dia kat airport sebab ada kelas.tipu la tak terkilan..aku dah bagitahu shu harap2 dia ambil flight malam tp full pula.. so, terpaksa la ambil pagi.. 

- Hari ni first day aku kat UPM! Maybe sebelum ni dah biasa kat uitm..hari2 aku nampak orang melayu..tak pun sabah&sarawak.. kali ni macam2 jenis orang aku jumpa.. kelas 32 orang..melayu 8 orang..yang lain cina&india.. dan ada la 4-5 ketul foreigner.. dah la hyperactive dalam kelas budak2 foreigner.. sikit2 tanya soalan.. tiba2 aku terfikir macam time aku present nanti? Sah2 aku kena tembak!

-Hari ni baru aku teringat, Hana pergi Ireland 20hb.. tapi aku ada kelas sampai pukul 5..flight Hana pukul 8 pula..sempat ke aku nak pergi airport macam ni? Dah la tak dapat hantar shu kat airport.. hope sangat2 kelas habis awal & aku dapat pergi airport.. aku nak sangat pergi! Azma pun nanti nak fly pergi London pula..dia dapat U sama dengan shu tapi tak sure bila nak pergi.16hb ni pula Hana buat kenduri doa selamat.. hope dapat la pergi.. amin...

** Ada orang tanya kat aku tak teringin ke sambung master kat oversea? Tipu la tak teringin tapi bukan sekarang.. banyak benda aku kena consider lagi. So, master biar la aku buat kat UPM.. kalau ada rezeki maybe buat PHD tapi tu bergantung pada rezeki & kerajinan aku.. Dulu Hana pernah bagitahu nak sambung kat Ireland.. Aku pun biasa2 je time tu. Tak da la berminat sangat.. tapi entah macam mana tangan ni tergatal pergi apply tempat yang Hana apply.. So result dia? Aku pun dapat offer.. tapi aku biasa2 je.. sebab aku memang tak bersedia lagi nak further master kat oversea..tapi sorang pun tak tahu aku apply tapi last2 terbocor rahsia.. ni kes nama aku dekat2 dengan nama Shu.. Shu call wakil Malaysia pasal application dia nak continue kat Dublin,Ireland (Awal2 dulu shu nak smbung kat dublin macam hana). Tapi entah macam mana, orang tu ingat shu tu NUR SYAHADA BT. NORDIN! Tak ke pecah rahsia.. shu tanya Hana, aku ada ke apply Dublin tapi Hana cakap tak da.Kalau ada mesti aku dah bagitahu dia awal.pecah rahsia.. hehe.. tapi bukan aku sorang je dapat..jaja pun dapat tapi tak pergi..tak pe..everthing happens for a reason..

Yang buat aku tersentuh, time aku pergi makan dengan Hana kat Ikea baru2 ni.. dia cakap dia risau duduk sana sorang2. Risau tak da orang malaysia sebab dia rasa tak da sapa ambil course macam dia.. yang ada pun budak degree je. Dia cakap  shu&azma bestlah dapat tempat sama&rumah pun sama.. tiba2 hana cakap “kan best kalau kau pun pergi”.. eh mak cik ni, suka bebenor buat dada aku sebak kat tengah2 orang ramai ni.. 

Bagi aku, aku bersyukur still dapat sambung master.. ramai tanya kenapa aku tak sambung master kat uitm shah alam? Aku just cakap memang tak da rezeki tapi sebenarnya aku bersyukur.. biar la aku pergi tempat baru. Sedih kot.. hari2 pergi balik kelas dengan Hana, dalam kelas tergelak2 & macam2 kenangan.Kalau aku sambung master kat Uitm. Mesti aku lagi sedih.. hari2 kena lalu bangunan sama,lalu kelas yang pernah kitorang masuk, pergi cafe & librabry tapi Hana dah tak da. Ish!




4 comments:

ku-cit said...

GD LUCK 4 YUR MASTER

Ada Sya said...

terima kasih ku-cit..amin.. :)

karina said...

Mereka sambung master kat oversea yek? PERGH! Kem salam ek kat diorang. Ada pun bleh thn,.. ok ah sambung. Nad blum ada rezeki lagi.

Ada Sya said...

hi nad.. tulah..dorg nak bermusafir kat sana pula.. kirim slm? insyaallah.. nad kerja kr mn skrg?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...