Sunday, 25 September 2011

Surat Terbuka untuk Nurul Farhana bt. Darul Hisham

Bagi mereka yang tak kenal sapa Nurul Farhana ni, dia adalah kawan yang rapat dengan aku sejak dari UITM Sarawak sampailah kitorang sambung degree kat UiTM Shah Alam.. apa yang aku tulis kali ni lebih kepada kenangan kitorang. enjoy!

Che Hana Hana, Aku buat benda ni khas untuk ko.. sebenarnya dah lama aku dah siap entry pasal ni tapi aku saja lambat-lambatkan publish sebab takut lepas aku publish, tiba-tiba idea tu datang pula.. so, aku rasa ni dah sampai masanya..jeng2~


Untuk pengetahuan che hana, entry ni kesinambungan dari entry Draft Something. aku plan awal bulan ogos lagi, lama kan? Aku dah cakap dah..dah lama aku rancang ni.. ko mesti terharu,,mesti ko cakap mcm ni “auww..that so sweet”..aku dah kenal sangat ko tu..

Lepas ko sampai Ireland, tak sangka ko tegur aku kat chat FB tapi bukan nak tanya aku sihat ke tak! sampai hati.. huhu
~ Dia tegur aku semata-mata tanya macam mana masak tomyam & sambal ikan bilis je .. huh!~

~ Aku kena highlight sebab bukan senang dia nak puji..dulu aku pernah buatkan tomyam untuk dia :P ~

    Oklah, ni aku senaraikan kenangan kita dari dulu sampai la sebelum ko berlepas kat Ireland..    
      1.       Time kat sarawak, kita start rapat time part 2..aku sendiri pun tak ingat macam mana boleh rapat dengan ko..tapi aku ingat la..awal2 dulu bahasakan diri “hana” & “ada”..sekarang ni, “ko” & ”aku“ je.. hahaha


      2.       TQ time kat sarawak, ko selalu ajak aku pergi kuching.. yelah, aku kan time tu ada lesen tapi tak drive..


      3.       TQ sebab time aku tak dapat kolej, kau sanggup bagi aku tumpang bilik ko.. kalau tak silap aku, 2 minggu kot aku tumpang bilik. TQ tau hana.. serius terharu.. time aku senang, ramai je kawan..time aku susah.masing2 buat tak tahu..ko je offer aku time tu. TQ kat wani juga sebab sudi bagi aku pinjam conforter dia..


      4.       TQ kat ko time kita part 4. Seingat aku time tu aku serius serabut dengan finance..aku benci gila kira2.. first  test aku gagal.. tapi ko volunteer ajar aku dalam kelas.malam2 ko ajar aku.dah macam tuition persendirian.. walaupun ko tak dapat faedah pun ajar aku sebab aku tak ajar ko apa2 pun. Hehe..tapi last2 test 2 aku dapat A & final aku dapat A-. Even A- aku bangga kot.. subjek aku tak suka tu boleh score!


      5.       Sorry dulu kita pernah ada krisis..ko faham2 la ye.. tak nak mention kat sini.. tapi hana, sebenarnya ada benda yang ko tak tahu..kalau ko tahu, mesti ko terkejut beruk! Unexpected! :P


      6.        Aku just nak ingatkan kat ko, time drive jangan nak buat lawak.. contohnya, kalau nak cepat..please jangan sesuka hati redah longkang.. tak pernah lagi orang buat..ingat lagi tak time kita dengan Has dulu? Apa yang ko buat tu, betul2 menarik perhatian apek2 kat kedai kopi tu.. sesedap rasa je ko drive redah longkap sebab nak cepat!


      7.       Time drive, tolong jangan nak bawa laju-laju.. dulu kita semua nyaris excident dengan lori.. ko ingat tu.. mentang-mentanglah time tu radio tengah pasang lagu “farhana puteri bumi kenyalang”.bersemangat betul ko drive ye! hehe

      8.       Dulu kegilaan kita, sanggup jalan kaki jejauh dari gading pergi warung 2000 @ JnJ. Sanggup jalan kaki dengan anjing berlambak.. sikit pun tak takut.. makan punya pasal. Cakap je petang atau malam sanggup je pergi even bulan puasa pun ko dera aku jalan jauh2..last2 sampai sana termenung sebab penat sangat.. aku sendiri pun tak sure berapa kilometer dari kolej pergi warung tu, dalam 3-4 kilometer.. (aku teka je ni).. 

      ~ Jenuh aku suruh google map seach jalan short cut yang kita selalu guna tapi dia tunjuk juga jalan besar tu! ishh..~


      9.       Aku nak pesan kat ko, jangan nak  memadai2 order makanan pelik macam kita kat the spring dulu. Suka hati je pergi booth vietnam & main order macam dah biasa makan..last2 kita dua dapat makanan apa entah. Dah macam telur goreng leper..kat tengah tu ada oaster.. dah orang tengah lapar ni la kita pergi order bukan..last2 order makanan lain pula.. aku pun dengan konfident order bakso..tapi mee dia mcm megi.. tak boleh masuk dalam mulut!


      10.       Bila ko dah ireland tu,jangan nak buat pasal g airport memalam macam kita buat kat airport kuching dulu. Entah apa kita cari pun tak tahu.. time pergi airport mesti pergi bertiga dengan nuwai.. amik gambar pastu balik uitm.. urgghh~ tapi rindu kot kenangan tu.. (sebenarnya aku nak upload gambar kita 3 tapi time tu ko tak pakai tudung lagi..nanti aku upload, ko ngamuk pula)

      11.        Time kat Ireland ni,please ingat nombor yang penting2.. sebab ko kena berdikari..(over statement).. sejak diploma sampai sekarang, aku kena ingat no kat matrix, ic, sain, no plat kereta, no telefon, nama adik beradik ko & macam2 lagi.. setiap kali sem baru & dapat buku baru, aku la manusia palig excited sebab aku boleh tulis nama ko kat buku.. dah macam mak buat kat anak2 je.. dah la siap nama, ic & no matrix.. hahhaa.. mesti ko bengang.. setiap kali dalam kelas, aku mesti sain attendance ko.. bukan sebab ko tak datang kelas tapi sebab aku suka! Ko sendiri cakap kalau ko hilang duit dalam bank, org pertama yg ko cari ialah aku sebab aku banyak hafal pasal ko! dan sangat tragik time praktikal, ko call aku semata-mata tanya no kad matrix! adeh! tanya no kad matrix sendiri pula tu.. sabar jelah!

      12.       Dulu time sarawak, kita malas betul masuk kelas marketing..kalau boleh mesti nak elak..kadang-kadang tu dah tahu lambat tapi sempat lagi singgah makan roti canai.. kalau masuk pun dengan hati yang tak rela.. ingat lagi tak, disebabkan tak nak masuk kelas..ko sanggup pergi u-floor nak derma darah (time tu ada event) tapi darah ko tak diterima.. hahah... nak tak nak kena juga masuk kelas.. time masuk tu, ko terus cakap kat sir “sorry sir, saya nak derma darah tapi darah tak diterima”.. dah la buat muka seposen.. tak pasal2 sir yang sememangnya tak da perasaan tu boleh tergelak dengar statement ko..

      13.       TQ sebab dulu ko pernah teman aku pergi jumpa doctor gigi sebab gigi geraham tumbuh lagi..ish! (aku tahu mesti ko dah tak ingat)

      14.       Untuk pengetahuan ko, dalam banyak2 kawan aku.. ko sorang je aku berani pinjamkan duit sebab aku tahu ko jujur & akan bayarkan balik tak macam orang lain..pffffttt!! sejak dari sarwak, kalau ko ada hal @ tak sempat pergi draw..aku rela hati je kasi ko pinjam RM50 @ RM100 sebab aku tahu ko macam mana.. 

      15.       PLEASE!!!!!! Bila dah ada kawan baru, jangan nak buat lawak.. tengah2 orang leka, ko ambil buku orang lain & tulis “ Hana Baik”!. Buku aku je dah berlambak dengan nama ko.. kalau buku aku tu hilang & aku tak letak nama.. mesti orang pulangkan buku tu kat ko sebab nama ko berlambak2 dalam buku tu.. 

      16.       Bila dah kat oversea, jangan sesekali curi2 main sudoku dalam kelas.. dulu dalam kelas, ko selalu abaikan aku kan? Hari2 ko main sudoku..tak da masa nak sembang2 dengan aku..pis pula asyik main dengan lili.. aku paling happy bila buku ko tu tertinggal @ adik ko ambil! Yes!!

      ~ Jangan main benda ni lagi dalam kelas~




      17.       Aku lupa nak tanya ko, kat sana ko pergi kelas jalan kaki, naik bas @ train? Tapi aku nak nasihatkan kat ko tolong jangan berebut.. walaupun ko di anugerah skill merebut bas.. & ko lah paling hebat kat fac business..please ingat tu..tak payah nak berkawad depan bas ok!


      18. Sebelum masuk kelas jangan main terjah je..ingat lagi tak dulu kelas pagi.dah tahu kelas pukul 8 sampai pun cun2 tapi ada hati nak pergi makan bubur & nasi lemak..makan punya pasal..kita pergi juga.makan kelam kabut..terus  lari masuk kelas.. yeah! Dengan confidentnya kita salah masuk..kita masuk kelas sebelah kelas kita.. free je dapat malu.. dahla time tu kelas Das.. tapi malu2 aku pun, aku rasa ko lagi malu sebab ko yang masuk dulu.. haha.. tapi kan Hana, sampai sekarang aku tak faham kenapa mak cik bubur tu nak marah pasal aku ambil kangkung bebanyak.. tak kisahlah aku ambil banyak pun.. kalau rasa patut cas, cas jelah.. time aku nak ambil kangkung.dia cakap "jangan ambil banyak-banyak..ingat kat orang lain".  sentap! semenjak hari tu aku dah tak beli bubur mak cik tu sebab aku selalu ingat pesan mak cik tu..aku kena ingat orang lain.. aku takut kalau aku beli bubur dia plus extra kangkung..orang lain tak dapat & terpaksa berlapar seharian.. baik kan aku? sentiasa concern..


      19.  Hey Hana! Aku tahu ko baik & ko suka belanja orang makan.. tapi kat ireland.jangan amalkan selalu.. takut orang ambil kesempatan.. tapi aku kenal ko.. ko tahu bezakan mana kawan yang ikhlas dan yang mana yang suka ambil kesempatan.
       
      20.      TQ Hana sebab ko selalu bagi nasihat kat aku.. nasihat pasal apa? Teeettt! Hanya kita je tahu..sometimes aku perlukan nasihat ko..sebab cara ko tu kadang2 scartistics ! Tapi  orang macam aku yang kadang2 tak fikir panjang memang sesuai dengan cara kau..biar rasa terhantuk sikit.. aku suka cara ko sebab ko selalu fikir jauh & ko tahu apa yang ko nak! Admire ok!


      21. Nasihat aku time pergi berkayak..jangan nak buat gila kat tengah2 laut macam kita pergi pangkor dulu.. Dahlah kita berdua kat tengah2 laut.. time tu lah ko nak terpegun dengan air jernih kat bawah tu..siap nak g ukur kedalam air tu dengan kayu kayak (aku lupa nama dia).. di buatnya terlepas..sapa nak kayuh sampai kat darat? Nak tolak dengan tangan? 

      ~ gambar sebelum hana berani mati nak ukur kedalaman air laut~



      22.       Ingat lagi tak time BBQ kat rumah zam dulu? Malam tu BBQ tapi petang tu baru terhegeh2 beli baju kat TESCO shah alam.. bila aku sampai kat rumah, aku bagitahu pis yang kita pergi berdua tiba2 pis nangis sebab tak dapat ikut..sabar jelah.. macam la kita tinggal dia sorang2 kat rumah..padahal dia sok sibuk dating dengan Lili.. huhuh..pis2.. (aku nak letak gambar ko tapi ko tak pakai tudung time tu..)

      23.       Dulu kita selalu tengok movie sama & semestinya semua cerita scary @ horror.. macam cerita piranha! Hahaha..best gila..  lagi 1 cerita pasal lif.. dahlah duduk couple sit.. romantik tu.. entah macam mana amoi sebelah over expression.. siap terjerit2! Apakah! Dulu pun kita pernah tengok cerita ular dengan normah.. dahlah duduk sebelah speker.. sakit gegendang telinga..

      24.       Bila ko dah sampai kat Ireland..kalau ko rasa nak makan apa2..makan je.. sebab biasanya benda yang kita suka makan mesti lepas tu not available..Macam charkuehtiaw kat warung 2000 dulu, time kita tengah ketagih, time tulah last sem kita..lepas dah habis sem, terpaksa balik semanjung.Dah tu , setakat tu je rezeki kita..macam classic cheese cake kat secret recipe (SR).. Dulu setiap kali pergi mesti nak cari benda alah ni.. time kita syok2 melayan kesedapan kek ni..time tulah, SR dah berhentikan production dia.sadis kan? Setiap kali aku pergi SR tak kisahlah branch mana..aku suka tanya soalan sama pasal cake ni even aku dah tahu jawapan dia.. haha... SR dah tak keluarkan class cheese cake lagi dan dorang gantikan green tea cake.. huh! Dulu boleh katakan setiap hari kita pergi PakLi semata-mata pineapple fried rice.. lepastu apa jadi? Pakli pun dah berhentikan menu tu kan? Sadis kan! Kadang-kadang aku wonder.. benda yang kita suka makan, mesti lepas tu dah tak dapat rasa.. selera kita ni pelik sangat ke?

      ~ classic cheese cake tinggal kenangan..rasa dia still terasa kat tekak ni~

      ~ sedap kan? gambar pineapple fried rice & classic cheese cake je aku jumpa..gambar charkuehtiaw warung 2000 tak da la..~
      25.       Jangan lupa kenangan kita time jadi volunteer kat zoo dengan Pis dan Ezzah. Orang lain dapat haiwan jinak-jinak tapi group kita dapat ular dan buaya. Kita dua kena teman abang sorang tu pergi belakang zoo, dia nak ajar macam mana cuci luka ular... dahlah tanya sapa nak pegang ular.. eee! Geli!! Dia beria-ria ajar macam la kita nak cuci luka ular lepas balik rumah nanti.. huhu..Lepastu, aku tak faham berani betul abang zoo tu suka hati je suruh aku masuk dalam kandang buaya dan cuci kandang buaya tu..dah la busuk! First-first masuk nak muntah!! Dah suruh aku masuk, dia pulak keluar pergi mana.. tak pasal-pasal aku duduk sorang-sorang dalam tu.. yang ko pula, kena teman abang sorang tu masuk kandang ular sawa.. berapa ekor? 3 ekor kan? Bapak besar! Dah settle benda tu, kita kena teman abang tu pergi kolam kura-kura ikat dawai..sakit tangan! Even penat tapi aku suka.. sayangkan kita tak da kamera time tu, kalau kita cerita kat orang mesti orang tak percaya..tak pe..asalkan kita, pis dan ezzah je tahu.. ehem2..yang penting pis kena decorate kandang ular. haha..kutip daun2..angkat batu bata..angkat kayu..


      26.       Dulu kita pergi Petrosains special..orang lain sibuk berebut naik bas, kita pergi naik van uitm dengan geng B.. Sampai je sana, cepat-cepat kita pergi makan spageti.. teruk kan? Mana2 kite pergi, mesti cari makanan mengalahkan orang lain..makan laju-laju pula tu. Dalam petrosains, orang lain sibuk ambil gambar, kita hilang ke mana.. time balik, kesian pak cik tu terpaksa hantar kita berdua balik naik van..padahal ada je bas..(time tu geng B decide nak balik sendiri).. hehe

      ~ background langsung tak mencerminkan pergi petrosains~

      27.       Time kita pergi perhentian dulu, seronok sangat.. macam-macam kenangan..orang lain sibuk buat aktiviti, kita sibuk balik bilik tido. Orang lain sibuk makan kat Fatimah chalet, kita advance lagi.pergi makan kat senja cafe.. makan berdua pula tu.. pergi snorkelling sama2.. rindu kot.. nanti next year bila ko balik Malaysia, kita pergi reramai ok!

         ingat lagi caption aku dalam album kita pergi perhentian :

      org g bt aktiviti, kita lari balik bilik tido..
      bl org g overnite kt pulau, kita ddk bilik sembang2 n tido..
      bila dh bsiap.. kita br thegeh2 pkai tudung..siap tgelak2 & gado lg..
      bila org tido dlm bas, kita xhenti2 ckp..
      bila org sonok snorkeling.. kita pun sm.. smp xamik gmbr..klu blh nak snorkeling tgh2 laut..
      bila org sibuk g mkn kt fatimah, kita g romantik dinner kt senja..
      bila org sbuk BBQ , kita lari bilik tido!
      bila org penat pas blik snorkeling...kita melantak banana split..
      see hana farhana! apa yg kita dh bt? gmbr ni je yg ada! HAHAHAHHA!

      BTW, I love the fact that every picture of me, my best friend is by my side =) ♥




      28.     TQ hana, time aku tengah serabut dengan thesis dan dalam hati redha kalau aku kena extend sem. Ko dengan rela hati membuka “mari belajar spss dengan ko kat old white coffee kat wangsan maju”.. TQ hana! Terharu~ kalau tak da ko,entah2 worst aku sekarang ni..
       

      29.  Time kita pergi Bandung dulu, aku minta maaf kalau ada terkurang apa-apa dari segala-gala aspek..

      ~baru aku perasan kita tak da gambar sama time kat bandung sebab banyak gambar ko jadi cameraman. jadi aku letak gambar ko dengan nadia ~
      30.    TQ hana sebab sudi jemput aku pergi birthday ko kat Kelab Darul Ehsan, berbuka kat Johnny, kenduri doa selamat ko & ajak join pergi Cherating.. 


      31.  Dulu time kita praktikal, setiap hari kita YM..ada je benda nak cerita walaupun entah apa-apa.. setiap hari jumaat mesti kita jumpa kat sogo.. Makan sama2 kat Secret Recipe atau kat foodcourt. Setiap kali hari jumaat mesti aku gelisah nak keluar sampai orang office ingat aku nak pergi dating! :P

      32. Dulu time kat sarawak, ko selalu datang tidur bilik aku..kita makan megi malam-malam..ingat lagi tak?

      33. time kat sarawak, ko ramai adik angkat (adik angkat perempuan ok).. aku selalu gelarkan ko playsis! haha..  

      fuh!! sorry hana, ni je mampu aku ingat.. aku rasa apa yang aku buat ni dah cukup buat ko terharu. hehe.. bukan semua orang aku buat macam ni.. orang yang penting & bermakna je aku sanggup list benda-benda macam ni..

      Akhir kata, jaga diri baik2 kat sana. Jangan rasa diri tu rendah sangat sebab ko rasa orang lain hebat.. ko boleh buat macam orang lain.. ko rajin, jadi ko mesti boleh! Jangan hampakan parents ko.. jangan nak nangis kat sana.. awal-awal memanglah rasa macam tu, esok ko dah biasalah sampai tak nak balik Malaysia.. make sure balik sini dah ada segulung master ok.. 
      Aku minta maaf sebab tak dapat hantar ko kat airport baru-baru ni sebab serius tak sempat..kelas aku habis lewat..kalau tak, dah lama aku drift pergi airport.. nanti kita jumpa lagi ye.. 


           ** Friends are born, not made. **

      pstt:// sebenarnya banyak gambar aku nak letak dalam ni..nanti mengamuk pula ko tengok..haha..

      Take care Nurul Farhana bt Darul Hisham

      7 comments:

      nick dot anis said...

      alaaa sweet nyeeee...terharu lak i baca:-)

      Razil Tahir said...

      I'm sure there are still tons of things you didn't share...
      I wish you n your friends will be friends forever... :)

      btw.. saya skrg study kat uitm shah alam jugak.. really wish to have wonderful friendship here too :)

      Zana said...

      Mak ai panjang yerr entry akak nie . Mesti penat menaip nie . ehehe :P

      Nur Syazana Mohammed Sani said...

      best kan kalau dapat kawan yang memahami :DD

      uitm sarawak ? wah ! best ta ? ^^


      http://syazanasani.com

      sengat said...

      yea! yea! yea! dapat bace surat org!!hehee err naseb baek x kena ngap dgn buaye mase jd vlteer at zoo tu...hehehe

      Liza @ Adzriel AB said...

      kenangan ingat sampai mati ni. itu trick je nak tanya khabar. saja tukar soalan..

      azma khalidah said...

      oh my, lambat la azma stalk ada.. heheh.. entry ni sedey la.. apakah? hehe.. tp siyes, terharu azma bace, hana apetah lagi.

      hope u guys nye friendship will go on forever. :) and pray for mine as well ye! ;)

      There was an error in this gadget

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...