Monday 3 October 2011

study, kereta & myself

Fuh~ busy sangat! Bulan september pun hanya 4 entry je sempat publish. Bukan tak ada idea tapi masa je tak da. Pagi malam sibuk dengan assigment. Serius penat.kalau orang tengok jadual aku mesti orang cakap heavan.. first aku tengok pun memang heavan tapi tak sangat busy tahap macam ni.. 

Meh sini aku tunjuk jadual aku

Isnin : 9am- 12 noon (Economic)
Selasa : 2pm-5pm (Operation)
Rabu : 2pm-5pm (Accounting)
Khamis : 9am-12noon (Organization Behavior)

Jadual memang la heavan tapi setiap kali habis kelas, mesti lecturer akan bekalkan semua dengan seguni assigment. Cakap je esei, presentation, report & calculator mesti cukup. Killer subject sudah semestinya economic & accounting.  Setiap kali kelas accounting, mesti malam tu aku dah susah hati sampai tak boleh tidur & aku sanggup bangun pukul 6 pagi sebab nak faham subject ni, dalam kelas berlambak budak pandai.kadang-kadang rasa macam loossseeer jer~  tu belum campur budak-budak foreigner yang hebat & active gila!

~ worrying solves nothing? dah, jom bangun buat account!~

Banyaknya assignment!!



Even busy macam mana, aku still ada masa dengan FB! 

Tu belum cita-cita aku nak sambung PHD lagi.. yang ada sekarang ni pun dah buat pening..ni kan pula ada hati nak sambung PHD. Sambung PHD je pun dah ambil masa 3 tahun...lamanya... sejak tengok Hana, Shu & Azma update gambar kat oversea.lagi aku berkobar-kobar nak sambung tapi kadang-kadang rasa cukuplah setakat ni..aku dah tak larat..Aku pernah tanya kawan-kawan aku dalam kelas, dorang ada planning ke nak sambung PHD. Dorang just cakap, “tak terfikir lagi..cukuplah yang ni”. Wow~ tinggi betul cita-cita2 aku.. 

Baru-baru ni adik aku (iwan) sambung degree. Baru masuk study 2 hari, dah tepacak kereta depan rumah. Time aku balik kelas, aku ingatkan kereta sapa.. Ingatkan ada orang datang rumah. Rupa-rupanya kereta baru iwan. Abah belikan kat dia. Untung ko wan.. masuk form 6 dapat motor..masuk degree dapat kereta..Aku dulu time form 6, naik bas pergi sekolah..Dah tu kena ambil 2 bas & baru sampai sekolah. Pukul 6pagi dah terpacak kat bus stop tunggu bas.. Motor & kereta dah dapat..tahun depan dapat apa? Rumah? Lepastu mesti abah kasi ko lori pasir, kontena,bas kilang & van sekolah.. huh! Dan semestinya sejak ada kereta baru tu, kereta aku di anak tirikan.selama ni kereta aku parking depan rumah tapi sekarang parking bawah pokok mangga. Pergi kelas berlambak daun-daun..belum campur lagi dengan tahi burung..ceh! memalukan aku je pergi kelas dengan tahi burung kat kereta. kat rumah je dah ada 4 kereta..belum campur dengan jiran2 lagi. Semestinya persaingan sengit nak berebut parking & menguji kecekapan aku nak parking kereta.. (luahan hati...aku pun nak kereta baru.. sila jangan pinggirkan permintaanku ini :P)

Dalam 3-4 hari lepas, time nak tidur entah macam mana aku boleh termenangis.Mood tengah elok-elok, time tu la nak touching. Bila aku ingat balik, aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir aku menangis..rasanya dah berbulan-bulan..tak ingat dah. Sebab apa aku menangis kali ni?

Sebab ada stranger ni, remind me of someone!

Malaslah nak story lebih-lebih. Better keep it inside.. 

admit it Syahada!
u're waiting for something that wont happen!



Baru-baru ni aku chat dengan sorang kawan aku... entah macam mana,dia cakap setiap kali dia ada masalah, dia mesti teringat kat aku sebab dia cakap aku sangat tabah.. wooooooooo~ nak pengsan kejap!!sila beri laluan!

~ ayat ko buat aku pengsan!!!! hahaha... ~
~ Dear, ni je yang ada kalau tu je choice yang tinggal~
October oh october,
Memandangkan ni awal bulan october, hope bulan ni banyak benda baik jadi macam bulan ogos.. hope so.. 



Oklah, sepatutnya sekarang aku kena buat esei pasal past experience yg reflect my persepctive in life tapi mati kutu nak buat benda ni.. Even dia tanya diri sendiri tapi aku tak tahu nak letak apa.Kalau ikutkan memanglah ada tapi terlalu privasilah! Nak siapkan setengah page pun ambil masa berjam-jam. Bila aku check balik, asal ayat aku ni puitis sangat??? Nanti tak pasal-pasal aku kena panggil depan present. HAHAHAH~ oklah! Next time kita story lagi.bye2!!

9 comments:

Anonymous said...

FB tetap on ! Hihi

Ada Sya said...

mesti! sentiasa! always! kalau tak buka rasa macam nak demam & gelisah.. HAHAHA

Anonymous said...

be calm, and goodluck.. all the best :)

Ku Azhar said...

aiyook!!! hehehe....fb dgn kita mmang skar utk dipisahkn :p

Aida Azryn said...

hehe.. memang susah nak elak daripada online fb. -..-"

Aleen Aiden said...

hee,bertabahlah dgn segala jenis report,presentation dan yg sewaktu dgnnya ye. ^_*

nick dot anis said...

i sgt paham pasaan u..walaupun jadual kelas 1 kelas je 1 hr...tapi esemen mmg berlambak yang amat...macam tu la master..huhu

Ada Sya said...

tara : terima kasih tara..amin.. :)

ku azhar : betul2.. bagai isi & kuku.haha

aida : busy macam mana pun, still ada masa dengan fb.. huhu

aleen : itulah.. xpelah..sekejap je.. setahun setengah..fuh~

anis : btul2..kalau saya smbg master kt uitm.mesti kita jumpa..kiranya anis ni senior la..hihi

MalizaMah said...

pack nyer jadual..
singgah2 sini sebentar..
usha entry, usha iklan..
sama2 tambah tabung...
la la la la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...