Wednesday, 1 May 2013

Aprilku yang berlalu (ayat tak boleh blah!)

ok, hanya entry pendek untuk permulaan mei ni.. banyak juga perkara2 termiss untuk aku sumbat dalam entry bulan april & 1 benda pun aku tak update...sudahnya, aku just cerita gitu2 je untuk entry awal bulan ni..nanti ada masa, aku cerita berjela2 lagi ye.. :)

1. kalau tak silap aku, akhir bulan 3 ke awal bulan 4 ada career fair kat Mid Valley. Jadi peluang dah ada mesti la aku nak pergi.just cuba nasib..lagipun dah 3-4 bulan aku asyik goyang kaki kat rumah.. asyik jalan je kerja.perabih duit... nak suruh aku drive pergi sana memang taklah.. nak cari parking lagi.. so, aku ajakla adik teman pergi naik KTM.. tengok2 last minute dia cancel sebab dia baru teringat dia ada latihan persembahan keyboard kat sekolah.. haiya!!! tak pasal2 kena pergi sorang2.. aku bukan rajin sangat naik KTM ni, tak pasal2 kena tanya orang bagai..huh!

Dalam banyak company kat situ, serius aku tertarik dengan 1 booth sebab...hmmm..sebab.... company tu dekat dengan rumah aku.. just hantar resume cuba2 nasib... 

tak lama lepas tu, dapat call pergi interview..aku ingat lagi tarikh interview tu 8 april..nak cakap mengharap tu adala juga.. sebenarnya ada benda vengong yang aku tersasul time interview tu..rasa nak tampar je muka..bila aku cerita kat mak & kawan2 aku semua gelak macam apa je.. nanti aku cerita ye.

10 april dapat call.. aku dapat offer kerja! yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy... ni la first kerja aku selama hampir 26 tahun hidup..lepas SPM dulu aku xpernah merasa kerja sebab abah tak bagi..dia hantar aku ambil lesen, masuk kelas komputer..hntar masuk kelas tu..kelas ni... =.="

happy memang happy tapi aku dah kena tinggalkan ritual aku time menganggur dulu iaitu pagi2 dah tepacak depan movie cinema sambil pegang chicken roasted subway.. heavan betul tengok movie tu..dengan orang tak da... oh lupa nak cerita, sebelum pergi mestilah aku kena masak & basuh baju baru boleh pergi.. biasanya pukul 8 pagi, orang kat dapur sibuk prepare breakfast.. yang aku sibuk siapkan lunch untuk family..dah settle semua,jadi baru pergi dengan senang hati..

berbalik cerita tadi, 15 april aku report duty.. sekarang ni dah 3 minggu aku kerja kat sana.. cepat je masa berlalu kan? oh ye... untuk kerja ni aku kerja kat human resource department tapi kat sini dorang panggil Human Capital Management.. 
aku kerja kat bahagian training.. nanti agak2 dah ok kat area ni..ingat nak belajar kat bahagian lain..mungkin employee relation, recruitment & macam2 la...tapi kalau bahagian teaching permit aku kena fikir 100x lah... macam azab je.. Bos aku sendiri cakap aku bebas nak belajar mana2 bahagian dalam HR ni.. ohsem! Alhamdulillah bos & kawan2 kat sini memang baik..peramah.banyak cakap... kelakar gila..best2!!


- Training & Development-

Disebabkan tempat kerja aku ni dekat dengan rumah, dah macam kemestian pulak bila setiap kali lunch aku mesti lari balik makan kat rumah..  kadang2 ada kakak kat opis (kak ju) banyak kali merayu jangan balik.. dia ajak lunch sama2.. tapi macam2 alasan aku bagi..aku mesti cakap 
1. "saya homesick la kak..saya mesti kena balik".. 
2. "saya nak sembahyang zohor  berjemaah  dengan mak saya ni".."
3. "mak saya masak special harini..saya kena balik..nanti adik saya habiskan".
4. "mak rindu.dia call suruh balik makan.."
5. "akak pernah dengar tak home sweet home? jadi saya kena balik ni"
semestinya dia tension dengar alasan aku..hahahaha... 
baru2 ni kak Sangeeta cakap kat aku.."dulu kau diam je.. sekarang dah banyal cakap ye!".. oh..statement tu cukup membuatkan aku tersipu2 malu.. 


untuk first gaji ni, aku belanja family makan besar kat Restoren Cina Muslim Mohd Chan, Bangi..sedapnya~~ dalam banyak2 lauk, butter prawn menjadi idaman hati sejak dulu... harga sepinggan RM25.. yang ni aku rasa memang berbaloi.. udang kan mahal.. nak buat hiasan atas tu pakai banyak telur.. sangat berbaloi..

banyak je lagi aku order tapi nak cerita pasal butter prawn je..

Butter Prawn

2. 13 April 2013, tarikh aku pergi exam PTD kat SMK Dato Abu Bakar Baginda. Untuk exam ni tak lah mengharap sangat tapi apa2 pun usaha tu penting.. jadi sebelum pergi exam tu buat la ulang kaji sikit..  Ketua pengawas tu kata tahun ni 66 ribu orang ambil exam PTD.. ramainya... tapi tak pe.. kalau ada rezeki, adala..kalau tak da..try lagi next time..

hmmm...ketika aku taip entry ni, dah pukul 11.50 malam.. aku mesti tidur..esok kerja.. bye2..

**aku ingat lepas ni setiap kali entry, aku nak selitlah lagu yang aku rasa aku best.. bagi korang tak best tak pe, yang penting aku nak juga letak!

Dulu aku selalu dengar time adik practice gitar..tapi time tu aku rasa so so je... tapi sejak akhir ni..minat pula.. siap boleh hafal lirik ni.. acane tu? 

Tadaaaaaaaaaaaaa... lagu Wonderful Tonight - Eric Clapton..  enjoy!



bye! :)
**konon2 nak buat entry pendek..panjang juga..
zzzzZZZZZZZzzzzzzz~~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...