Saturday, 1 June 2013

Goodbye My Lover

Just randomly tiba2 teringat 1 lagu ni & aku terus search kat youtube.. Terus teringat  zaman dulu2..

Lagu apa?

Lagu ni ---->


James Blunt - Goodbye My Lover


Kalau nak cakap bab teringat tu bukan pasal "MAKNA" lagu tu tapi cerita lain sebalik lagu ni.. Dengar je lagu ni, first yang terlintas ialah kawan aku "Nad".. lagu ni time aku study kat UiTM Sarawak.. 

Dulu kitorang rasa lagu ni agak funny..maksud aku melodi lagu.. setiap kali dengar mesti kitorg gelak.. tapi biasalah benda yang kita tak suka..mesti benda tu yang paling senang lekat kat otak.. Bila aku nyanyi lagu ni mesti Nad bantai gelak.. AHAHAHHAHA... setiap kali teringat hal tu, aku boleh ingat lagi time tu Nad tido bilik aku & aku still boleh ingat susun atur bilik aku kat UiTM Sarawak.. rindu giler time tu!

Dulu masa kenal dengan Nad, dia introduce diri dengan nama Nadia tapi aku yang memandai panggil dia dengan nama Nad...Akhirnya lekat sampai sekarang.. sampai semua panggil dia dengan nama Nad.. Yang kelakar bila ayah Nad call hset dia.. Time tu Ida yang tolong angkatkan phone Nad.. Ida cakap "Nad tak da, nanti saya bagitahu dia".. Bila Nad call ayah dia balik, ayah dia mampu gelak je & siap tanya "Apa nama Nad2? Nad Skru?".. Dah bosan pggl Nad, aku letak nama Che Nad pula.. suka suki je ubah2 nama orang..

Dulu aku suka kenakan Nad sebab Nad ni memang baik.. pernah kitorg berlari kat level kolej gara2 aku tukar lagu kat friendster dia...sapa suruh tak log out? aku memang tunggu masa je...dulu time dalam flight, dia bawa roti kelapa dalam flight & konon2 nak curi2 makan..tapi aku suka kacau dia, aku cakap dalam flight ada cctv.. gelabah betul dia...
Dulu dalam flight juga,kitorang bukan lapar sangat tapi saja kongsi duit beli nasi goreng & sate.. makan kongsi2...Ya Allah  rindunya..

ahhhh! sekejap je masa berlalu...hampir 8 tahun.. lagi 2 tahun nak masuk 10 tahun.. even dah bertahun2 berlalu tapi rasa macam semalam je.. 

Kiri : Nad, Wani, Xkenal & Ida 

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...