Sunday, 25 November 2012

Gila2 dengan Ifa

fuh! lagi 2 minggu ada talk individu untuk subject training tapi sampai sekarang tak tahu nak pilih tajuk apa..

aku pun saja2 la chat dengan ifa, saja sembang2 & tanya tajuk talk dia.. tapi aku rasa kitorang makin lama makin mengarut.. dah la chat dengan dia pukul 3 pagi..sakit perut gelak dengan mok cik ni.. 




-Dah tahu individu kena cakap sorang2..lagi mau tanya-








-mentang2 dia keding-

- *even ifa xanorexia (typo)-






-eja pembaca berita pun xreti..salah ejalah!-




-ifa dah mula mengayat aku..oh no!-



-cepat2 tukar topic..malu-











lepas je chat dia yg ni, ada la chat yang lain2 lepastu terus senyap..aku yakin ifa dah selamat tepelangkup dengan laptop! 
*ada sesetangah chat aku tak masukkan sebab tak sesuai dipertontokan..*














Friday, 23 November 2012

mei shan oh mei shan

just short entry..

tengah aku busy siapkan kerja pagi2 buta..saja la buka facebook..
check2 ada notification pula..keluar nama mei shan tag nama aku..
ingatkan nak tanya something or ajak keluar..tengok2..



boleh pula dia buat aku senyum sorang2 pukul 2 pagi.. tambah lagi dengan komen syu..



teringat dalam kelas Strategic Management.. time rehat aku pergi library & time masuk dalam kelas nampak Mei Shan , Joh & Tan tengah sembang dalam kelas..

Mei Shan : "Ada, tinggi U 169 @ 170?"
aku : "170,kenapa?"...
Mei Shan : kasut u berapa inci? 
aku : i tak tau..i tak pernah ukur :P
Mei Shan : nah, ukur ni.. (hulur pembaris)..
aku : 9 cm la mei shan..
Joh : ayo...patutlah harini saya tengok u sampai kena dongak..so, total hari ni 179cm la!
(tan tersengih2 je dari tadi..)

Entry ni bukan nak bertujuan nak mendabik dada or nak cakap "wei korang! tinggi aku 170cm"..byk lagi kot orang tinggi.. just nak cakap


MEI SHAN & SYU! SWEET LA KORANG NI!!

Tuesday, 13 November 2012

birthday!

hip2 hooray! tetiba happy pula..
walaupun cerita agak basi & kalau ditanyakan kebenaran cerita ni kat orang terlibat dalam cerita ni mesti dorang blur2 & cakap "eh ade ke? tak ingatlah.no komen" :P ..

kali ni nak story pasal birthday.. mengikut surat beranak aku lahir pada 28oct..bersamaan hari rabu (kalau tak silap) pada 6.05 petang..
pada tahun 2012.. 28 oct datang lagi..kena pula hari ahad.. tapi aku bukan nak cerita apa yang jadi 28oct tapi nak cerita 2 hari lepas tu.. hari selasa, aku ada kelas malam kat UPM pukul 6.30 malam. awalnya tak da apa yang special.. macam biasa rehat 7.30 malam, time tu aku cepat-cepat pergi surau sebab nak elak ramai orang.. 

Dah habis sembahyang, tetiba perut lapar..yelah, tak makan apa2 lagi..so,aku saja jalan sorang-sorang pergi kedai mamak..  padahal aku dah tahu mamak tu  jual kuih..kuih bila pun aku tak tahu..entah2 pagi..selalunya aku pergi kedai mamak tu dengan Syu.. tapi hari ni pergi sembahyang sorang..pergi kedai mamak sorang2 .. tengok kuih macam tak da selera, disebabkan frust tak da benda nak makan..aku lari2 sambil lompat kefrustan masuk kelas..

-Ah frust! frust!  -

Buka je pintu kelas, aku nampak Syu, Meera, Farah , Mei Shan & Ifa duduk mengeliling sesuatu kat belakang kelas.. Entah apa dorang tengok pun tak tahu.. sebab dorang membelakangi aku.. secara mata halus nilah, yang aku nampak dorang bila berkumpul. hahahaha



Bila dorang perasan aku masuk kelas, macam nilah muka dorang..

-Sorang2 tersengih & terus cakap happy belated birthday!!!
aku rasa dalam gambar ni syu yg baju kuning tarik meera (baju oren)..hahahha..
kat depan mata aku ada cupcakes! lagi sweet atas cupcakes tu ada "happy birthday Ada"..awesome!



- Serius cantik! -

ok, only pictures can describe my feelings!

-Malu la!!!!! <tu yang terkeluar kat mulut aku>


- dalam gambar ni . Ifa paling happy! muka dia tengah bersyukur! hahaha -  


- Meera (tudung peach) pandang Ifa dengan penuh kasih sayang -


-nampak sangat aku tak reti buat peace-




- Fav Pic..dari kiri : syu, meera, tak kenal, mei shan, farah n ifa-

terima kasih banyak2 kat Syu, Afiq (tunang Syu) bersusah payah pergi order cupcakes, Meera, Mei Shan , Farah & Ifa.. happy sangat..
thanks kat farah sebab wish bday kat fb, wassap & message..semua tmpt dia wish..tapi lagi afdal datang rumah & wish! haha..
thanks sangat2 kat syu sebab kasi hadiah..syoknya!!

Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom. 


dan tak lupa pada semua2 yang wish birthday..



tapi message dari syu sangat membuatkan aku....

- Ada yang kena tutup sebab berunsurkan politik!-





Menitik air mata macam tengah tengok Aishwarya Rai bunuh diri dalam Mohabbatein..


Ah tipu! mana ada nangis! terpaksa stop nanti lagi merapu2 aku tulis..bye2

Monday, 29 October 2012

Pejam Celik Pejam Celik

pejam celik pejam celik.. asyik tangguh tangguh tangguh..last-last 3 bulan tak update blog.. memang dasar pemalas! hahaha..

finally dah nak masuk bulan 11... yeay!! ni bermakna ni semester terakhir aku kat UPM.. (insyaallah).. awal tahun depan dah boleh cari kerja.. UPM simpan macam-macam memori.. dan macam-macam kawan aku jumpa kat sini.. alhamdulillah semuanya ok.. hope aku grad paling cikai pun biarlah 3.50.. amin..

aku ingat awal tahun depan nak start daftar masuk kelas menjahit..itu pun weekend.. saja tambah skill.. nanti dalam resume boleh la letak (ada ke orang letak skill menjahit dalam resume?).. hahahaha... 
kalau ikutkan nak masuk bulan 9 baru-baru ni tapi tak nak ambil risiko.dahlah sem akhir..baik aku fokus dengan benda yang penting.. selain menjahit, aku try cari masa lapang dengan masuk kelas bakery... hebat kan? semua benda nak masuk.nanti last2 apa tak jadi.. tapi tahun ni aku ada daftar 1 kelas bakery.. tapi last-last orang tu call cakap kelas tu cancel sebab tak ramai join..hampeh! tak pe, jumpa tahun depan..
aku terlalu admire isteri Dato Fazley.. ala yang masuk master chef tu.. dahlah isteri dia peguam, pandai menjahit & ambil upah buat kek.. menangis aku dengar.. selain tu impian aku nak jadi menantu kesayangan.. 
Pada pendapat aku, tinggi macam mana pun ilmu kita ada, kita kena ada kemahiran lain. Thanks kat Dato Najib kerana tersengamnya kedai kain 1 Malaysia sebelah taman perumahan aku! boleh aku rembat basikal fixie adik aku & beli kain murah-murah dan gunakan sebagai bahan eksperimen aku. lalala... 

Semasa menjahit gaya tu penting! kerusi tak da pun tak pe..


Thanks selama kenal study kat UPM, aku kenal Syuhada yang sangat workaholic and bukannya kaki main-main macam aku..hahaha.. baru aku tahu erti belajar...Selain tu, aku sangat-sangat kagum dengan sorang chinese guy ni..Even dah kawen & ada 2 anak tapi SANGAT2 PANDAI! cgpa dia almost 4 flat..sedangkan aku tak kawen & tak da anak pun tak dapat macam dia.. haha.. nak dapat macam mana, asyik tido je.

Lee..kanan sekali.. baju hijau biru

Semenjak sem baru ni, verbal communication aku dengan meera, ifa & farah dah kurang..bukan gaduh... semua pasal techonology..duduk sebelah2 pun sibuk nak wassap.. selalunya kitorang suka buli farah dalam tu.. sampai menangis tergelak.. yang penting, muka orang kena buli tu selalu innocent even dia tahu apa kitorang buli dia.. haha..yes! finally aku dah jumpa sorang yang boleh dibuli selain adik aku..haha.. jangan tanya la apa kitorang merepek, kalau pecah rahsia pengsan kena kerjakan dengan farah..




opsss..lupa nak bagitahu kawan2 aku sangat sweet! walaupun aku dah lama tak update blog tapi ada yang tanya.. tak tau la ni betul2 dari hati nurani ke tak.. hahaha... gurau2 jelah..





yang ni je aku jumpa, yang lain-lain tak ingat kat mana dorang tanya..kat wassap ke..kat fb ke.kat viber..lupa dah mak cik tua ni.. by the way, aku doakan semua kawan-kawan aku panjang umur & dimurahkan rezeki..amin..   

Sunday, 15 July 2012

tiba-tiba terminat dengan vitamin C pulak

hi!

dah berbulan-bulan tak update. banyak benda yang menarik yang terjadi sebelum ni tapi aku tak letak dalam blog ni.. pasal banjir..pasal pergi Bandung.. bermati-matian aku tak nak pergi Bandung last-last terjoin juga :P


ok.. kali ni just cerita kosong pasal vitamin C.. ada 1 malam tu, lepas makan kat 1 kedai kat area Ampang.. aku ajak sepupu pergi 1 klinik ni..sebenarnya dah lama aku perasan kat depan klinik tu tampal iklan untuk vitamin C.. lebih kurang macam ni la ayat dia " Inginkan kulit cantik & gebu? kami menyediakan vitamin C". lebih kurang macm tu la ayat dia.. aku pun dah lupa.. dalam hati dah terdetik dalam hati, kalau setakat pil apa salahnya cuba tapi main cucuk2 ni tak mau la...


masuk je dalam klinik ni, ada sorang perempuan ni senyum-senyum kat kaunter..aku pergi dan tanya.. first ayat yang keluar dari mulut aku" tumpang tanya, nak tanya pasal iklan vitamin C yang tampal depan klinik ni, yang ni makan atau suntik?"


perempuan tu senyum dan cakap "Suntik"..


Serta merta minat aku dah hilang kemana tapi tak kan nak terus keluar dari klinik tu..alang-alang tanya jelah pasal suntik..



Ni la aku bayangkan bila perempuan tu cakap suntik


perempuan tu terangkan procedure, mula-mula kena jumpa doctor untuk check jenis kulit.. biasanya minggu pertama kena suntik seminggu sekali sampai la satu tahap suntik tu dikurangkan kepada sebulan sekali.. aku tanya harga pula..perempuan tu cakap sekali cucuk RM100.. itu kalau vitamin C..kalau tambah kolagen RM200.. aku dengan sepupu aku berpandangan sekejap..of course la,sebab masing2 belum kerja..huhu.....aku tanya perempuan kat kaunter berapa lama nak nampak kesan, perempuan tu cakap dalam masa 2 bulan..macam best je dengar..cepat betul nampak beza..


balik dari klinik tu, aku cerita kat mak pasal vitamin C ni.. mak tak habis-habis bagi warning jangan memandai pergi buat..hari tu hidup aku dipenuhi dengan warning mak.tak habis-habis mak aku takutkan aku dengan kes pian cecupak (betul ke aku eja ni?)


adehh!! aku tak bagitahu pun nak nak suntik.. mungkin mak aku tahu yang aku ni jenis nekad.. kalau aku nak buat tapi orang halang..aku buat diam-diam.. hahaha... ada 1 rahsia lagi yang mak aku tak tahu.. hanya Syu yang tau pasal ni.. nekad punya pasal, aku beli juga something.


insyaallah aku takkan terjebak cucuk2 macam ni.. nak tahu kenapa tiba-tiba aku terjebak dengan vitamin C ni? kes mak aku setiap hari buka cerita indon ni..nama cerita tu "Dewa"..dalam banyak2 pelakon dalam tu, aku suka pula dengan Alice Norin sebab kulit dia cantik..  tula kenapa aku rasa ditarik-tarik nak pergi klini tu. hahaha..bye2! tu je nak cerita..








** teringt pula aku teman syu survey barang kawen,saja2 survey SK II kat mid valley.. 1 set RM2000 lebih..kononnya boleh nampak beza dalam 4 bulan.. huhu...




Saturday, 14 April 2012

april... (bestfriends, exam & music)

hi.. 

dah berhabuk blog ni..makin lama makin malas nak update..asyik tangguh-tangguh..ni pun aku curi2 masa update..kalau ikutkan tengah siapkan assignment tapi saja curi masa setengah jam update blog..

finally, dah bulan april..sekejap je masa berlalu..rasa macam baru semalam januari.. tak terasa langsung.. kali ni ingat nak cerita pasal bestfriends , exam & music.. 

Bestfriends

mula-mula time masuk UPM, rasa sedih sangat.. tahu sebab apa? orang yang paling aku rapat (Hana) dah tak kat sisi aku.. dia sambung master kat Ireland.. even jauh kitorang selalu chatting sampai kepagi buta.. now, aku mula rapat dengan Syuhada.. (nak dekat sama dengan nama aku kan? huhu..). dialah orang pertama yang aku kenal time kat UPM.. kenal time register..last2 sama kelas sampai sekarang..siap duduk sebelah..  yeah! aku sangat admire dengan dia sebab dia jenis rajin, banyak cakap,pandai & jenis tak suka pendam-pendam.. apa yang dia tak puas hati..dia akan lepaskan.. sebijik perangai macam Hana.. 

Syu ni pada pendapat aku jenis suka berniaga..siap ada blog & page sendiri.. pernah dengar Anna Syue?yeah!  bangga ada kawan macam ni..siap masuk magazine.. opssss.. makin lama makin menyimpang pula.. kadang-kadang aku terfikir.. orang yang rapat dengan aku semua jenis cakap lepas.. Hana, Syu.. even abah, tok su, tok ngah & setengah family aku pun jenis macam ni.. tapi tak tahu kenapa aku tak termasuk dalam golongan ini.. maybe aku terlebih gen mak kot..jenis pendam! HAHAHA.. over!

selain syu, aku rapat dengan Meera, Ifa, Farah, Vimala, Joh , Mei Shan & lain2.. lepas masuk je UPM..julung2 kali facebook aku ada chinese & indian.. haha..sebelum ni aku tak kawan chinese & Indian. even aku ada sedara chinese tapi tak da dalam friendlist aku..adik aku je ada & selalu komen dengan dorang.. sebut je nama Meera, teringat pula dia jadi model dalam Safiyyah.. disebabkan nak tengok dia sangat..aku buka Tonton even line macam siput!

Exam

yeah! exam dah nak dekat!! *pengsan*... 
kalau ikutkan jadual yang awal, exam habis 6 may tapi ada 2 paper... start pukul 9 pagi -habis pukul 12..lepas sambung pukul 2-5petang..  tapi ramai sangat complain kat Graduate School of Management (GSM)..
tak pasal-pasal GSM tukar second paper tu ke malam (8malam - 11malam)... tapi paling sakit aku la.. keesokan hari pukul 6 pagi, i will take my flight go somewhere.. sah-sah kena ada kat airport awal..tak da rest..
Last-last GSM tukar tarikh lagi.. last paper 4 may.. Alhamdulillah.. yeay~~

Music

sekarang  kalau adik nak guna laptop..aku terpaksa bagi. takda alasan-alasan lagi.. kalau dia nak main game kat phone aku pun aku terpaksa kasi sampai habis bateri..kadang-kadang tu sampai hang! ciss!
sebab kitorang dah deal..lepas aku habis exam, dia akan ajar main keyboard..  awal-awal aku dah request lagu Grenade, Someone like U & the one that got away..

ohh..banyaknya merapu.. cukuplah..nak sambung buat assignment.. aku rasa ni satu-satunya entry untuk bulan ni.. kesian betul..kalau rajin adalah..kalau tak. ni je..bye2! love u.

Monday, 12 March 2012

Kecewa Selepas Gagal Dalam Percintaan

Assalamualaikum..

Dah lama tergerak nak tulis entry macam ni tapi kenkangan masa yang menghalang.. idea ni datang pun sebab ramai pula kawan yang suka cerita masalah dorang.. aku bukannya pandai sangat bab2 macam ni..setakat dengar tu bolehlah..nak bagi pendapat pun rasa macam entah apa2 je aku ni. Kat sini, aku nak minta maaf kat kawan2 aku sebab aku ni memang tak banyak membantu.... hmmm..btw,siapa kat sini pernah rasa putus cinta kan? Sakit kan? Lebih-lebih lagi lepas dah meletak harapan yang menggunung..  

Sudah menjadi lumrah manusia sukar untuk terima kekalahan.hal tu memang tak dapat disangkal lagi.. kalau boleh semua benda kita nak yang terbaik tapi jangan lupa..hidup ni macam roda.. ada benda kita boleh kecapi ada bendanya kita kena terima kekalahan dan redha..

Dulu masa mula2 bercinta, semuanya sweet je.. SMS & call tak kira siang malam, tidur pun sambil genggam phone . mesej yang terakhir jarang sekali “Gud Nite” tapi sendiri terputus sebab masing2 sibuk nak balas mesej sampai  tertidur2.. tapi sekarang? Phone pun entah ke mana..Phone pun just untuk call yang penting2 & buat alarm bangun pagi je..beza kan dulu dengan sekarang?



Orang selalu tanya, biasanya bila kita boleh recover dari sakit macam ni? Jawapan dia depend! Masa nak recover tu bukannya sekejap.. take time juga.. kebiasanya masa nak recover adalah setahun.. kenapa lama sangat? Memang lumrah manusia, bila kita dah biasa hidup dengan sesorang & tiba2 hilang..memang terasa sangat2.. pergi mana2 pun teringat.. pergi tempat yang kita pernah pergi dulu pun boleh teringat kenangan dulu.. kiranya ada je something yang boleh buat kita teringat kat dia.. tapi lepas setahun tu, pilihan ada kat tangan sendiri..sama ada terus nak meratapi atau MOVE ON!  Semua kat tangan sendiri..tapi dalam masa setahun yang pertama tu janganlah meratapi sampai nak menyusahkan diri.. sampai nak bunuh diri pulak...

Yeah, sunyi tu memang sunyi tapi sebenanrnya sunyi atau sepi itu indah..semua tu membawa kita merenung seketika sikap dan bicara kita ketika bersama di dia dulu. Ia juga adalah pelajaran yang terbaik utk kita untuk menerima hakikat realiti setiap kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri..

Dalam hal sebegini, tak banyak boleh kita buat melainkan kita try to move on.. hidup ni sekejap.. jangan buang masa dengan hanya benda ni. Banyak benda yang kita kejar..wake up! Jangan membazir air mata dengan hal yang tak perlu.. kalau ada jodoh, adalah..kalau x, mengalahlah. Sesungguhnya mengalah bukan bermaksud kita kalah.. melawan bukan semestinya kita menang..adalah lebih baik kita mengalah dari terus melawan dan akhirnya menyakitkan kedua2 belah pihak.


Sesunguhnya bila kita berdoa supaya kita dikuatkan hati dan dapat melawan rasa sakit ini.Ada je  dugaan yang bertimpa2 datang mengugat.ketika itulah rasa rindu datang..rindu tu normal tapi lagi memalukan bila kita pergi cari si dia balik sedangkan kita tahu kita telah dibuang. Lagi sedih kalau dia melayan kita hanya kerana dia kesian atau sebab dia bosan kerana ketika itu dia tiada benda yang hendak dibuat. Actually u hurt ur self more and more..Percayalah, sesungguhnya dugaan itu menguji kita supaya buat kita kuat..musibah itu sesungguhnya menjadikan hati kita lebih tabah..

Dalam membahagiakan diri kita, belajarlah jangan berdendam dengan si dia. Sesungguhnya dendam tu bukannya bawa ketenangan pada diri kita sendiri.. sanggupkah kita nak bedendam dan doakan yang bukan2 untuk orang yang pernah kita sayang? Secara peribadi, aku tak sanggup nak doakan dan minta apa2 yang buruk kerana bukan hak kita nak doakan seseorang tu dalam kecelakaan atau kesusahan lebih-lebih orang yang pernah kita sayang.. Jika kita mencintai si dia. Kita akan sentiasa doakan kebahagiaanya..walaupun dia bukan lagi berada di sisi kita..walaupun kita sudah tiada lagi dalam hatinya dan walaupun hati kita telah terluka olehnya..

Andai kita susah nak doakan yang terbaik untuk dia sekali pun , cukuplah kita buat untuk diri sendiri.. semoga dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hidup ni.. sesunggunya masalah tak pernah berhenti setakat ini sahaja..

Akhir sekali, lepaskan dia dengan hati yang terbuka dan terima segala yang Allah telah rencanakan ini..doakan semoga dipertemukan insan yang lebih baik dan sudi menerima kita dan semoga dikurniakan hari yang lebih baik dari semalam.percayalah, everything happens for a reason.....

From the bottom of my heart,
Wassalam 



 Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian





Sunday, 12 February 2012

Sini sana cakap pasal kawen!

Aishhhhhhhhhh~ pergi mana-mana mesti orang sibuk tanya pasal kawen.. pening kepala.. tak tahulah apa motif sebenarnya tapi aku rasa tak idea nak cakap la tu! Biasanya geng mak cik2 la ni..Tengah dorang sembang-sembang dengan mak,pandai pulak terbabas tanya soalan ni..sesak nafas aku.. Atau muka aku ni tua sangat..  & memang patut dah kawen? Tapi nak tak nak aku kena sedarlah umur dah 25tahun.. memang patut fikir tapi janganlah desak sangat soalan entah apa-apa ni.. Bila mak cik2 ni tanya mak, aku malas nak jawab.biar mak yang jawab..Tapi kalau tanya aku..aku cuma cakap “tengah belajar lagi”..sebab tu aku malas nak keluar nak pergi kenduri atau tempat ramai-ramai ni..pening kepala! Bukan sebab orang ramai tapi soalan maut tu!



Yang pasti tahun ni tak da majlis kawen-kawen kat rumah aku..tahun depan pun mungkin tidak sebab baru habis belajar & baru nak start kerja..baru-baru ni abah pasang awning keliling rumah,boleh pula orang cakap abah buat macam tu sebab nak buat majlis kawen.huh! 

Tujuan press conference ni membetulkan fakta bahawa awning rumah saya tu tak da kena mengena dengan saya..Ni semua atas kehebatan mak saya mendesak abah saya supaya rumah kami diletak awning dari depan rumah sampai kebelakang dapur




Tiba-tiba aku terfikir, macam mana la kawan sekelas aku yang tua setahun dua dari aku..mesti kena tanya soalan sama...



Lepas ni sapa cakap pasal kawen siaplah!







Thursday, 9 February 2012

Siapa yang Stalk Facebook Korang?

Hi!

Mesti ramai tengah cari macam mana nak detect orang stalk facebook kita kan? Sebelum korang terus baca apa yang aku tulis ni..minta maaf kalau korang rasa cara ni tak berapa menjadi..  jangan marah2 ok! Kalau nak dapat exactly susahlah unless korang kerja dengan company facebook tu sendiri.

Macam kita tahu sekarang ni, facebook sebenarnya involved our privasi tapi certain information kita di “reveal” ke third party yang mana akan menjual product and services kat korang.. Korang sendiri pun boleh tengok iklan-iklan  kat sebelah page korang memang kadang kala sama dengan need or information korang.

Ok, berbalik macam mana nak tahu sapa yang stalk page korang..dengan hanya beberapa klik atau refreshes, korang akan dapat detect/predict siapa yang most recently view page korang. Of course, stalker ni tak exactly stalking korang but they are watching you!


Ada 3 Cara Nak Detect Siapa Yang Rajin Stalk or View Page Korang...

Cara Pertama :

·         #  Refresh profile/page korang and lihat friends mana yang appear again and again kat page korang. Secara kasarnya, friends ni lah yang selalu view page korang the most over a given time period.

Cara Kedua :

·          Cara kedua invite semua friends dalam sesuatu event di facebook. Kan time kita invite orang pergi event ada 3 column (1) People who have accepted your invitation.. (2) People who are still waiting to reply.. (3) People who have reject your invitation.. Antara 3 coloum yang dipaparkan, korang dapat tengok top friends/person yang akan appear di setiap kategori di mana mereka kemungkinan rajin tengok page atau gambar korang.

Cara Ketiga :

#  Cara ketiga ni agak menarik sikit.. korang pergi kat search bar, try taip huruf pertama di setiap alphabet. You will see that the first name which appears is either likely the last person you looked at, or if that is not the case, it was the last person who looked at you!

Secara kasarnya, korang perasan tak kat sebelah page kita ada friend suggestion..Kebanyakkan orang-orang ni kita tak kenal tapi MAYBE looked at your profile. Kalau korang tengok someone yang langsung tak da mutual friend dengan korang..better korang watch out, because you might have a stalker on your hands.


Cara ni sebenarnya agak simple..korang janganlah expect yang extra ordinary sangat.. takdalah bila aku cakap kita dapat detect sapa yang stalk..bersusun-susun nama stalker berserta tarikh dan masa.. (kalau aku tahu sedetail2nya, aku pun fikir 10x nak reveal kat kat korang sebab takut Mark Zurkerberg ubah facebook..hehehe...berangan pula..ingat senang ke nak dapat?).. cara ni better dari korang join application entah apa-apa dan buat spam kat home member lain...betul x?kalau nak membukti sahih ke tak cara ni..try la set up beberapa fake account atau minta kawan tolong dan try..tengok sama tak result.. aku dah jumpa 1 forum yang bincangkan hal ni...lebih kurang 95% setuju dengan kenyataan berkenaan~~~

# nak bagi tahu ni tapi segan... kalau korang nak amik bulat-bulat apa yang aku tulis dan letak kat blog korang boleh tapi kasi la kredit..kecik hati..banyak kali dah tengok orang amik tapi.... 

Credit : ScientificBlogging


Sunday, 5 February 2012

Cinta : Orang Ketiga

Hi!


Tiba-tiba kali ni tergerak nak cakap pasal hati dan perasaan..ni tak da kena mengena dengan aku pun..saja nak kongsi cerita dan pendapat. Pernah dengar cinta 3 segi? tak pun orang ketiga? siapa pernah rasa? sakitkan? lebih-lebih lagi pasangan kita ada orang lain? yang kita keep cari peluang untuk dia pandang kita..sedangkan hati dia dah bukan kat kita..


Pada pendapat akulah, kenapa kita butakan hati kita sedangkan kita dah nampak kebenaran? ni semua soal hati.. hati sentiasa butakan kebenaran.. ada je benda kita fikir untuk legakan sakit ni..


Aku rasa stoplah...dan silalah belajar berhenti berharap..kenapa kita sentiasa nak cari attention dia? Man Is Simple. Kalau dia nak bercinta dengan orang lain. Lepaskan dia pergi. Kalau dia betul-betul cintakan kita, dia tak kan sampai hati buat macam tu kat kita. Kalau dia tetap buat maknanya HATI DIA SEBENARNYA BUKAN KAT KITA. so, lepaskan.. sakit memang sakit tapi kena fikir masa depan juga.  


"Sometimes you have to forget how you feel and remember what you 

deserve."

Pernah dengar peluang kedua? setengah orang jenis mudah sangat beri peluang.. kadang-kadang tu sampai berkali-kali..sebab apa? sebab kita sayang dia.kita fikir dia boleh berubah.. kalau peluang kedua tu mungkin perlu..kita boleh andaikan dia alpa atau apa-apa jelah yang tak disengajakan.. tapi kalau dah berkali sampai tiga atau empat tu dah nampaknya pilihan. Pilihan yang dia cari sendiri..Tapi ada setengah orang pula sekali pasangan tu buat perangai.. terus angkat kaki.. So, korang yang mana? 


Apa-apa keputusan yang kita buat sebenarnya kena fikir long term. Bukannya setahun dua.. Kalau boleh biarlah orang kita cari tu adalah orang yang akan teman kita bila kita dah tua.. orang yang boleh buat bual-bual dan bertanggungjawab.. Kalau sekarang dah buat macam tu kat korang..sibuk dengan orang lain tapi korang dimain2kan.. sampai bila hati ni boleh tahan?


Sakit memang sakit tapi fikirlah semasak-masak..Allah jadikan sesuatu bersebab..Allah tak jadikan sesuatu yang berlaku itu sia-sia.Allah ada planning yang lebih baik untuk korang.




Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu 
(al baqarah-216)
Barangkali kamu tidak menyukai sesuati padalah Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak (an nisa-19)






Apa-apa yang aku cuba sampaikan ni bukan nak desak korang dengan cara pemikiran aku. Hanya pendapat tapi bukan bermaksud juga aku ni arif sangat soal hati dan perasaan.. I can give anyone advice. But, when it comes to me, I'm lost.. Bye2


                                                                          Berhenti Berharap - Sheila on 7

Saturday, 4 February 2012

Cara Convert Video ke mp3 (Tanpa Software)

Hi peeps!


Kali ni nak share cara nak convert video ke mp3 tanpa menggunakan software.  Yang korang perlukan cuma line internet & browser. Senang kan? Korang juga boleh guna kaedah ni kalau orang nak mp3 kan lagu favourite (teruk bahasa).. ok, jom!


1. Apa yang korang perlukan URL video yang korang nak buat tu..





2. Buka link ni  -> youtube mp3 . 




3. Sila letakkan URL video kat kotak yang disediakan. Kemudian jangan lupa klik "Convert Video"







4. Hasilnya macam ni lah.. Akhir sekali tekan "Download".. Lepas dah habis download.. settle.. senang kan? :)

Tiba-tiba aku terfikir tips sesenang ni pun aku nak share..entah-entah dah berbillion-billion dah tahu..aku je terlambat.. haha..ok, tapi aku nak pesan ni..kalau korang nak ambil tips yang aku kasi bulat-bulat dan letak kat blog boleh..tapi tinggalkan credit ye..please..please.. ok,bye! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...