Wednesday, 23 January 2013

Cepat Kesian..


Entah tak tahu kenapa aku ni cepat kesian..bila tengok orang susah atau binatang depan aku betul2 meruntunkan naluri kewanitaan aku.. (aaaaaaaaaa... ayat apa aku guna ni!)

Teringat dulu time sekolah rendah dulu, malam tu mak aku suruh aku pergi kedai beli apa entah..dengan hujan rintik2 aku kayuh la basikal laju2 pergi kedai.time balik tu aku nampak sorang pak cik muka sedih je jual apam balik.yelah, dah hujan jarang orang nak keluar beli. Sebabkan kesian, aku balik rumah & korek tabung.. dah tu, aku keluar balik beli apam balik.. berlambak la juga aku beli.. time nak bayar tu, berlambak2 syiling aku kasi kat pak cik tu.gerenti pak cik tu ingat aku ngidam sangat apam balik sampai korek tabung.. 

mesti nak tahu apa kesudahan dengan apam balik tu?

Aku balik & kasi kat mak aku.. mak aku punya la mengamuk! Hahaha.. (mak aku patut bersyukur dapat anak sebaik aku! serius! mak aku patut bersyukur! hahahaha)

Sapa nak makan berlambak2 ni?????


Sapa lagi..mak lah makan..

Bukan kat orang je aku kesian, kat binatang pun sama.. dulu balik kelas malam, aku sajalah singgahlah beli topup.. time beli topup nampak la pula anak kucing. Tengok macam tahan sejuk..last2 aku singgah beli makanan kucing 1 packet kecil.. yelah, time tu ada sekor je.. time nak bagi makan tu, datangla pula kucing lain.. so, terpaksa beliau & rakan2 kongsi makanan. :P



Ada 1 kedai kat area rumah aku ni jual nasi lemak.kadang2 tu ada la juga aku pergi breakfast dengan mak kat sana.. sebelah kedai tu ada 1 ala2 gudang petronas & ada la anjing tapi serius anjing ni jenis baik. Dia tunggu je dengan depan gate petronas tu kot2 la ada orang nak hulur makanan. Selalu lepas makan, aku selalu bungkus tulang ayam letak dalam tisu. Bila lalu depan petronas tu, aku akan letak tulang ayam tu.Anjing ni ada anak kecik serius comel!

Saya suka makan ayam goreng berempah

Next, cerita pasal anak kucing kat UPM. Benda ni jadi time aku dengan Ifa nak pergi Putrajaya. Time aku drive, tb2 kereta depan aku mengelak something. La.... rupa2nya depan tu ada lubang.. normallah kereta mengelak lubang tapi dalam lubang tu boleh pula ada anak kucing duduk ala2 macam dalam bakul..nasib baik nampak, kalau tak tahulah apa nak jadi. Cepat2 aku behenti kereta & angkat.. time2 tu hura hara sekejap sebab aku nak suruh ifa pegang kucing & biar aku drive tapi aku baru teringat ifa ni takut dengan kucing.boleh meraung kalau aku suruh dia pegang kucing. HAHAHAH...last2 kitorang tukar.Ifa drive & aku pegang.. so,time tu kitorang nak rushing...last2 kitorang drop anak kucing tu kat 1 dewan... 

Ifa : aaaaaaaaaaaa...takutt!!!! binatang apa berbulu ni?

Lepas settle hal kat Putrajaya. Aku balik UPM untuk hantar Ifa. Time tu terdetik pula dengan anak kucing risau dia belum makan. Lepas hantar ifa, aku singgah beli 4 packet makanan kucing kat kedai runcit & terus pergi dewan yang aku tinggalkan dia. Jenuh la juga nak cari.last2 aku jumpa bawah pokok. Lepas aku letak 2 packet makanan & tunggu dia makan.dia membelakangi makanan yang aku letak tu macam tak da selera.lama la juga aku tunggu dia makan. Last2 aku cakap kat dia yang aku nak balik, dia pusing & pandang aku dengan mata sayu.. alahai...kesian la pula.tapi serius aku memang tak boleh bawa balik. Bukan tak nak bawa balik tapi memang tak boleh bawa balik...janganlah tanya kenapa...

Penat aku melaung macam tarzan kat sini dia menyorok


Tak nak tuna, nak KFC...

Hal ni masa malam kat KFC kat Metro Point Kajang. Time aku baru balik shopping & nak pergi kat kereta...time jalan aku nampak 4 kucing kat situ.. boleh katakan memang jenis cantik & bulu panjang.baru aku teringat dalam kereta still berbaki 2  packet makanan kucing yang aku beli untuk anak kucing kat UPM sebelum ni..last2 aku buka bonet & letak makanan dorang.. seksa juga masing2 berebut.last2 tak pasal kena bahagi sama rata..dahlah time tu orang lalu lalang.. kucing ni mesti lapar sangat ni.. Even aku tak bela kucing, aku memang simpan makanan kucing dalam kereta.Yelah, mana tahu jumpa kucing yang lapar kan? (Sorry..yang ni tak da gambar)

Tak semestinya bila kita tolong kita akan dapat balasan yang baik terutamanya dari binatang..biasalah binatang ni ada otak tapi tak da akal.. next, aku akan cerita macam mana tangan aku kena gigit dengan beruk! Dua kali kena gigit.. lepas kena gigit bengkak & lebam tangan aku.. ada lagi kesan gigit sampai sekarang.. 





New Design

Hanya entry pendek.. 
aku dah bosan tengok blog aku suram je.. dengan colour macam entah apa2..
so, aku tukar semua.. yeayyyyyyy~
banyak2 design, yang ni juga aku pilih... 



Arghh.. tak tahu banyak2 design yang ni juga aku pilih.. ni mesti terpengaruh dengan beg aku..


Bila tengok design dia, aku rasa macam kulit lembu je design dia.. hahahaha... =.="

Saturday, 12 January 2013

yeay! dah habis MBA


Agak slow aku publish cerita pasal ni..dah genap seminggu habis MBA baru terkial2 update.. nak buat macam mana memang jenis pemalas..opsss~


yes! akhirnya habis juga MBA.. sebelum ni aku selalu tulis MBA tapi setengah orang tu tak faham.. MBA tu Master of Business Administration.. Untuk MBA ni , aku ambil HRM (Human Resource Management)..

Rasa macam baru semalam aku daftar.. rasa macam baru semalam, aku dapat wish good luck dari Hana & Shu (Nurshuhada - aku kena mention sebab aku banyak kawan nama shu)..setelah harungi setiap sem dengan "jayanya"..habis juga.. 

sebenarnya best kat sini kes kawan2 lah..dapat pula kawan yang gila2.. tu yang best..kalau aku cakap aku suka study sini sebab belajar nampak sangat bohong! ye tak?

So, dalam ni aku lebih nak cerita pasal kawan lah.. kat sini aku rapat dengan 5 orang...iaitu Syu, Ifa, Meera, Farah & Mei Shan.. Mei Shan ni satu2nya kawan cina dalam geng kitorang.. 

ok, first ni nak cerita pasal Syu

Dia ni orang pertama aku kenal time daftar dulu.. serius memang banyak cakap & kelebihan dia memang cakap lepas.. dah berapa banyak orang kena..hahahha.kagum sekejap..kenapalah aku ni tak seberani dia..
tapi bab study memang tip top! CGPA pun almost 4...dia ni memang senang masuk dengan sapa2.. lepas sembang, dia mesti promote shopping online dia 
(Anna Syue Fashion House).memang otak business! :) makanan fav dia paparich!


Syu yang kiri tu. nama penuh dia Nur Syuhada.. oh okeh! aku tahu nama kami nak dekat sama..haha
pelik juga gambar ni, aku rasa aku dah pandang kamera tapi asal macam ni pula jadinya..
Yang sangat sweet bila dedicate something.. & paling sweet bila birthday aku dia beli cupcakes & beli purse untuk aku.. yes syu! i love u!


dalam cerita ni , dia merujuk kepada 1 gambar..tapi aku tak letak dalam ni...yang Afiq tu tunang dia ye~
dalam tu dia mention aku pendiam.. biasanya aku memang tak banyak cakap lebih2 lagi orang yang aku tak rapat..tapi dengan dia aku still jadi pendiam even kitorang rapat.nak tahu kenapa..sebab dia pok pek pok pek! hahaha....aku tak larat nak cakap..

next, nak cerita pasal ifa


Ifa yang tengah tu.. yang kiri Mei Shan.. yang kanan tak kenal :p

ifa ni aku kenal dalam kelas..time tu dia sorang je.. memang tak da kawan lagi..yelah..first class..lepas tu baru rapat.. yang best dengan ifa ni senang la cerita.. semua benda boleh bawak sembang tapi cakap dengan dia pun boleh menguji kesabaran..lain orang tanya lain dia jawab.....hahaha..sorry ye ifa.. lagi 1 tone suara dia mak aii~ rasa cakap dalam kelambu.. rasa nak peluk dia & cakap "baby, please speak louder"... & boleh dikatakan hampir setiap malam kitorang chat sampai tak tahu nak cakap apa.. siang malam asyik sembang..


hahahaha! buktik ifa pening!
yang ke-3, pasal Meera,

yang meera ni pun aku kenal dalam kelas.. memang kaki gambar.. kalau dia duduk diam2 dalam kelas & pegang hset tu faham2 lah... 26 Jan ni dia dah nak kawen da tapi makin dekat dengan tarikh perkhawinan, dia semakin garang! so, kami kawan2 yang lain sebulat suara membuat hyphothesis yang meera tengah practice jadi mak!


Meera yang kiri sekali

Lepas Meera, kita cakap pasal Farah pula,

Budak ni kalau ada masalah ke tak, dia senyum & gelak je.. wonder betul dengan budak yang sorang ni..maybe nama dia Farah yang bermaksud keriangan kot.. lagi satu yang paling aku ingat, time kitorang kat PD.. dia tidur pegang charger.. yang hset entah mana dia letak.. dahlah pegang kuat pula.. nampak sangat dia sayang charger dari S3 dia..


Kenapa la aksimu sebegitu lentok babeh!

Akhirnya~~ turn amoi --> Mei Shan..

Dia asal dari Kuala Terengganu..Boleh dikatakan asal ajak je dia pergi mana2 gerenti dia on... Mei Shan boleh dikatakan lebih kurang macam syu.. CGPA almost 4.. Mei Shan memang tak boleh bertembung dengan Syu , asyik nak gaduh... gaduh2 pun bila ada masalah dia cari syu.. hahaha.. tapi serius aku suka cara dia kalau bagi pandangan. memang gilalah! 


Mei Shan yang mana? tu yang hot~ :)


Mei Shan pun dah pandai touching2.. ni dia tulis lepas kitorang balik Shah Alam,

Nak kata aku bawa laju & tinggalkan dorang la tu~ huhu..


Lepas ni dah susah dah nak jumpa.kalau jumpa pun time konvo tapi mesti jumpa sekejap je... hmmm~ hmmm~


tak nak cerita banyak, oklah..jaga diri baik2 korang2..


love u!


walaupun aku dah lama post tapi still nak juga tunjuk!




bye2! :)

Sunday, 25 November 2012

Gila2 dengan Ifa

fuh! lagi 2 minggu ada talk individu untuk subject training tapi sampai sekarang tak tahu nak pilih tajuk apa..

aku pun saja2 la chat dengan ifa, saja sembang2 & tanya tajuk talk dia.. tapi aku rasa kitorang makin lama makin mengarut.. dah la chat dengan dia pukul 3 pagi..sakit perut gelak dengan mok cik ni.. 




-Dah tahu individu kena cakap sorang2..lagi mau tanya-








-mentang2 dia keding-

- *even ifa xanorexia (typo)-






-eja pembaca berita pun xreti..salah ejalah!-




-ifa dah mula mengayat aku..oh no!-



-cepat2 tukar topic..malu-











lepas je chat dia yg ni, ada la chat yang lain2 lepastu terus senyap..aku yakin ifa dah selamat tepelangkup dengan laptop! 
*ada sesetangah chat aku tak masukkan sebab tak sesuai dipertontokan..*














Friday, 23 November 2012

mei shan oh mei shan

just short entry..

tengah aku busy siapkan kerja pagi2 buta..saja la buka facebook..
check2 ada notification pula..keluar nama mei shan tag nama aku..
ingatkan nak tanya something or ajak keluar..tengok2..



boleh pula dia buat aku senyum sorang2 pukul 2 pagi.. tambah lagi dengan komen syu..



teringat dalam kelas Strategic Management.. time rehat aku pergi library & time masuk dalam kelas nampak Mei Shan , Joh & Tan tengah sembang dalam kelas..

Mei Shan : "Ada, tinggi U 169 @ 170?"
aku : "170,kenapa?"...
Mei Shan : kasut u berapa inci? 
aku : i tak tau..i tak pernah ukur :P
Mei Shan : nah, ukur ni.. (hulur pembaris)..
aku : 9 cm la mei shan..
Joh : ayo...patutlah harini saya tengok u sampai kena dongak..so, total hari ni 179cm la!
(tan tersengih2 je dari tadi..)

Entry ni bukan nak bertujuan nak mendabik dada or nak cakap "wei korang! tinggi aku 170cm"..byk lagi kot orang tinggi.. just nak cakap


MEI SHAN & SYU! SWEET LA KORANG NI!!

Tuesday, 13 November 2012

birthday!

hip2 hooray! tetiba happy pula..
walaupun cerita agak basi & kalau ditanyakan kebenaran cerita ni kat orang terlibat dalam cerita ni mesti dorang blur2 & cakap "eh ade ke? tak ingatlah.no komen" :P ..

kali ni nak story pasal birthday.. mengikut surat beranak aku lahir pada 28oct..bersamaan hari rabu (kalau tak silap) pada 6.05 petang..
pada tahun 2012.. 28 oct datang lagi..kena pula hari ahad.. tapi aku bukan nak cerita apa yang jadi 28oct tapi nak cerita 2 hari lepas tu.. hari selasa, aku ada kelas malam kat UPM pukul 6.30 malam. awalnya tak da apa yang special.. macam biasa rehat 7.30 malam, time tu aku cepat-cepat pergi surau sebab nak elak ramai orang.. 

Dah habis sembahyang, tetiba perut lapar..yelah, tak makan apa2 lagi..so,aku saja jalan sorang-sorang pergi kedai mamak..  padahal aku dah tahu mamak tu  jual kuih..kuih bila pun aku tak tahu..entah2 pagi..selalunya aku pergi kedai mamak tu dengan Syu.. tapi hari ni pergi sembahyang sorang..pergi kedai mamak sorang2 .. tengok kuih macam tak da selera, disebabkan frust tak da benda nak makan..aku lari2 sambil lompat kefrustan masuk kelas..

-Ah frust! frust!  -

Buka je pintu kelas, aku nampak Syu, Meera, Farah , Mei Shan & Ifa duduk mengeliling sesuatu kat belakang kelas.. Entah apa dorang tengok pun tak tahu.. sebab dorang membelakangi aku.. secara mata halus nilah, yang aku nampak dorang bila berkumpul. hahahaha



Bila dorang perasan aku masuk kelas, macam nilah muka dorang..

-Sorang2 tersengih & terus cakap happy belated birthday!!!
aku rasa dalam gambar ni syu yg baju kuning tarik meera (baju oren)..hahahha..
kat depan mata aku ada cupcakes! lagi sweet atas cupcakes tu ada "happy birthday Ada"..awesome!



- Serius cantik! -

ok, only pictures can describe my feelings!

-Malu la!!!!! <tu yang terkeluar kat mulut aku>


- dalam gambar ni . Ifa paling happy! muka dia tengah bersyukur! hahaha -  


- Meera (tudung peach) pandang Ifa dengan penuh kasih sayang -


-nampak sangat aku tak reti buat peace-




- Fav Pic..dari kiri : syu, meera, tak kenal, mei shan, farah n ifa-

terima kasih banyak2 kat Syu, Afiq (tunang Syu) bersusah payah pergi order cupcakes, Meera, Mei Shan , Farah & Ifa.. happy sangat..
thanks kat farah sebab wish bday kat fb, wassap & message..semua tmpt dia wish..tapi lagi afdal datang rumah & wish! haha..
thanks sangat2 kat syu sebab kasi hadiah..syoknya!!

Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom. 


dan tak lupa pada semua2 yang wish birthday..



tapi message dari syu sangat membuatkan aku....

- Ada yang kena tutup sebab berunsurkan politik!-





Menitik air mata macam tengah tengok Aishwarya Rai bunuh diri dalam Mohabbatein..


Ah tipu! mana ada nangis! terpaksa stop nanti lagi merapu2 aku tulis..bye2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...