ni kawan2 aku yg gagal mendaftarkan diri dalam party buih baby
1. Iema = baru dapat kerja tak berani minta cuti.. lagipun time sekolah dulu dia memang tak suka ponteng kelas..amalan mulia tu terbawa2 time kerja
2. emy = membanting tulang mencari rezeki.
3.akak = dah amik cuti tapi last2 minit terpaksa cancel sebab bos panggil.
4. fiza =
5. farah = interview kerja untuk sesuap nasi
conclusionnya,hanya aku,baby & ejan je yang pergi..
aku bagitahu rancangan ni kat mak aku..mak aku memang dikenali sebagai manusia terexcited didunia..mak suggest aku bawa laksa.. dasyat kan bawa laksa pergi berkelah..sapa cakap kalau pergi berkelah tak boleh bawa laksa? tell me.. huhu
baby pula menunjukan kepakaran dia membuat kek ala2 chef..mentang2 amik culinary.. hahaha.. siap amik gambar & tag kitorang lagi kat facebook..
~ kek choc + lime..klu xsilap..lupa pl~ |
kalau ikutkan rancang nak pergi sharp pukul 10..macam mana aku tak siap awal.. aku dah elok2 letak laksa & kuah dalam bekas.. masuk je bilik nak pakai tudung..tengok2 mak aku buka balik bekas2 tu..dia cakap "xckup ni..amik la lebih.. nanti boleh makan banyak kali..tak habis tak pe.boleh bawa balik"..sabar jela.. elok2 aku keluar..mak aku tnya "tak nak bawa mihun pagi tadi ke? banyak lagi ni"..eee...mak aku ni~~
last2 selepas berbagai rintangan.. kitorang pun pergi la bertiga...
~ dgn ejan.. memandang prg bertiga.. so, baby amik gmbr~ |
mula2 kitorang decided nak pergi Sungai Gabai kt Sungai Lui tu.. tapi baby cakap malas nak panjat2 dengan barang aku lagi.. aku bukan bawa laksa je ok.. skali dengan dapur masak.. ni semua keexcited mak aku.. jadi kitorang pergi sungai congkak..amik yang kena bayar RM1 sorang tu.. dahlah pergi hari jumaat, orang pun tak ramai.. bahaya sungguh kalau jadi apa-apa..
~ time mula2 smpai..siap-siap apa yg patut~ |
sampai je.. rancangan masak memasak dimulakan dengan semangat berkobar-kobar. =.=
~ jom panaskan kuah laksa~ |
~ tgk muka baby.. mula2 slow je mkn..last2 habis 3 mangkuk~ |
ok,berbalik cerita sungai congkak tadi.. disebabkan aku bawa laksa & kuah melampau2 banyaknya.. kitorang kena makan laksa 3x.. dasyat kan?
~ kerja baby kupas telur & letak laksa dalam mangkuk selepas mendengar taklimat aku pembaziran itu sahabat syaitan~ |
~ dah siap! jom mkn~ |
~ muka ejan tahan nangis sebab kena paksa makan~ |
tengah syok2 kitorang makan bertiga.. time tu la dengar bunyi monyet bersahut2.. terkejut semua. dah la time tu kitorang 3 je ada kt situ.. senyap terus!!
lepas setiap kitorang makan laksa 2x..aku pun ckp "bila nak mandi ni? asyik makan je".. pastu baby balas "dah ko suruh habiskan .kitorang nak habiskan la!"..sengal baby nih!
last2 kitorg pergi la kat sungai..elok sangat la tu.dah makan laksa sampai 2x lepas tu terus pergi sungai.. bertambah2 buncit nanti!
~ gambar sungai dari tempat kitorang duduk time makan laksa tadi~ |
~ gambar bawah jambatan~ |
~ nampak air tu buat tak sabar2 pula~ |
masuk je dalam air.. smua tak tahan.. hahahah..dah la pergi pagi.. mn tak sejuk air tu.. nak duduk lama pun tak tahan.. so, dalam gambar ni tak kan nampk la baby lompat dari jambatan atau gambar ejan berenang ala2 mermaid.. sebab air terlalu sejuk & tempat kitorg pergi pun tak dalam mana..
so, duduk dalam air jela.. sembang2.. time nak turun sungai tu memang dah nampak anak2 ikan.. ingatkan bila turun,anak ikan ni lari la.. tengah syok2 sembang dalam air.. aku rasa something kat tangan aku..rupa2nya ikan ni main gigit2 pl..last2 kitorang biarkan kaki & tangan kitorang kena gigit2 manja.. free pun free... best2!! semua orang patut cuba.. (promote pl)..
~ kalau korg perasan nmpk anak2 ikan tu..~ |
lepas puas sembang..aku ambil laksa paksa dorang suruh makan dalam air pula.. memang kesian dorg2 ni.. lama la juga duduk situ tapi tak da la sampai petang..last2 kitoanrg decided nak blik lagipun petang tu ejan nak pergi kerja.. so,pulanglah kami beramai2.. yg tak bestnya dah la susah nak tukar baju.. tempat tukar baju memang ada tp...............
jadi,kitorang pakai kain batik je balik. nasib rumah tak jauh mana.. aku pula asyik cakap kat baby..aku nak berhentikan dia kat bus stop suruh dia jalan dengan kain batik. marah betul dia. hahaha..
sebelum balik sempat lagi merayau..saja2 pergi tengok tempat rumah anak yatim yang runtuh beberapa bulan yang lepas.. jalan curam yang amat! aku nak lalu pun seriau~ ok,..tu je nak crt..hehe..
~TAMAT~
2 comments:
Alam semulajadi memang best...
Kek tu nampak macam sedap la.. belum masak lagi kan...
Nyaman kalau dok tempat banyak pokok nie.. :)
choc cake ngan laksa..feveret tuh! hehe..
Post a Comment