Saya kaget kagum kerana tiba-tiba ada orang request suruh saya buat entry pasal CINTA! Wooooo~ dasyatnya..saya rasa makin lama makin mnyimpang tujuan blog ni.. dah mati idea nak cerita pasal cinta sebab saya memang lemah bab2 soal hati dan perasaan.. kalau nak relatedkan dengan pengalaman kawan-kawan saya pun susah.. sebab majoriti kawan-kawan saya semua happy ending dan tak banyak songeh dalam hal cinta mereka..
Oklah..selagi saya banyak masa lapang ni. Meh la saya kongsikan tips untuk pasangan kuat cemburu. Mengikut survey dan research yang saya lakukan terhadap 100 orang awam di bazar ramadhan petang tadi (sambil betulkan cermin mata).. Diketahui maksud cemburu adalah
“ reaksi seseorang apabila sesuatu yang memiliki kepentingan bagi dirinya disaingi atau dicabar. Reaksi tersebut boleh jadi perasaan yang benci dan marah, boleh juga diterjemahkan kepada perbuatan fizikal seperti memecahkan atau membaling barang.”
Atau lebih ringkasnya..
”Ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.”
Saya pernah didatangai seorang kawan yang mengalami masalah kekasih kuat cemburu dengan kawan-kawan dia dan meminta pendapat saya tentang masalah ini. Tak banyak boleh saya bantu kerana saya sendiri pun kuat cemburu (jawapan jujur).. secara tak diam, saya lebih memahami perasaan kekasihnya. Walaubagaimanapun, saya juga memahami perit kawan saya ini kerana saya pernah merasai betapa sakitnya jadi pencemburu dan pihak yang dicemburui..
Sebenarnya susah nak melayan karenah pasangan yang kuat cemburu. Kadang-kadang buat kita pening kepala.Namun, setiap benda yang terjadi ada cara untuk selesaikannya. Oklah, tak nak meracau-racau merapu-rapu lagi.. jom la kita renung-renungkan supaya kita semua lebih clear tentang soal hati dan perasaan ni dan lebih memahami pasangan kita.
1. BAWA BERBINCANG
Cara ni sebenarnya common sangat.. Rasanya semua tahu tapi tak semua berani nak bsuara untuk berbincang. Bagi pendapat saya, sebaik-baiknya pergilah berbincang ke tempat yang aman dan banyak tumbuhan hijau. Tumbuhan hijau ni seperti yang kita tahu, membekalkan oksigen dan buat kita more relax. Contohnya pergilah ke tasik.. Sebenarnya elemen air pun mampu buat kita tenang. Ketika itu bawalah bincang dan kenal pasti kenapa pasangan korang tu cemburu sangat.. Semasa bincang tu gunakan tone suara yang bersuaian.. Jangan la sampai terjerit2. Kita bukan cari gaduh..tapi kalau time tu nak nangis..nangis jelah tapi jangan la over sampai tersedu2 macam budak kecik.. Dan paling penting, jangan berbincang ketika korang sedang berkayak atau sedang kayuh2 kat tengah tasik tu (tak tahu nama benda tu nama apa).. Nanti emosi tak stabil, tak pasal-pasal kita tolak atau pasangan yang tolak kita dalam tasik tu.. see! Bincang pun kena cari tempat selamat ok!
2. JANGAN KEDEKUT UCAP "I LOVE U" & " I MISS U"
Sebelum ni pun dalam entry sebelum ni saya pernah cakap jangan kedekut ucap kata keramat ini. Inilah salah satu macam mana kita nak luahkan betapa kita sayangkan pasangan kita. Seelok-eloknya luahkan setiap pagi atau sebelum tidur. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan rasa meledaknya cemburu tersebut. Lagi bagus kita luahkan unexpected time contohnya ketika tengah busy atau pun tengah malam. Ini menunjukkan kita selalu teringatkan dia. Si dia ketika of course asyik tersenyum-senyum bahagia. Nak luahkan kata keramat ni ikutlah pada individu. Nak call boleh,mesej, GPRS , video call atau apa-apa jelah.. sekarang dah maju..
3. LUANGKAN MASA BERSAMA & LAKUKAN SUPRISE
Busy macam mana pun rutin kita mengalahkan perdana menteri tapi try the best cari masa yang berkualiti untuk spend masa dengan pasangan kita. Contohnya keluar dengan dia tengok movie atau buat sesuatu yang disenanginya. Kalau perlu seminggu sekali, spend lah dengan dia dari pagi sampai ke malam.. sampai dia rasa nak pengsan & nak berjalan pun kena pegang dinding sebab tak larat. Untuk buat relationship tu lebih happening, try la buat suprise.. kalau la pasangan tu suka makan sate, try la beli 10 cucuk & bt suprise kat dia.. biar dia melompat keriangan macam kanak-kanak ribena.. At least selain asyik jiwang-jiwang..apa salahnya try buat benda yang boleh dia gelak mengekek..
4. CERITA BALIK DETIK-DETIK PERTEMUAN & KENANGAN MANIS
Awal-awal perkenalan tu normallah dalam fasa angau.. Semuanya rasa sweetnya.. semua kerja tak jalan.. rasa diawangan-awangan. Semua kerja asyik tak menjadi. Nak mandikan kucing pun tersenyum2 sampai nak lemas kucing tu.. sabar jelah..
Apa salahnya sekarang ni, kita cerita balik dengan pasangan kita detik-detik perkenalan korang dulu.. nak balikkan suasana harmoni tu, mestilah kenangkan benda-benda yang manis. Tak kan sebelum tidur, korang memandai2 cerita dengan pasangan korang perasaan korang kena tampar dengan dia depan orang ramai kot! Ish2...
5. KENALKAN KEKASIH KEPADA KAWAN-KAWAN
Bila kita ni banyak kawan dan jenis suka spend masa dengan kawan selain dengan pasangan kita. Apa salahnya ambi sikit inisiatif ni kenalkan kekasih kepada kawan-kawan.. time nak kenalkan kekasih tu janganlah nak malu-malu mengaku si dia tu kekasih korang. Nanti bila kawan tanya tu sapa..korang boleh pula garu-garu kepala cakap “eh.. kawan saya..kawan dr tadika.. hehe..” tak pun “ni jiran sepupu saya”..
Amboi malu bebenor nak ngaku.. esok2 orang lain mengaku kekasih korang tu gf/bf dorang tahu nak histeria. Cakap la penuh confident.. macam ni ha.. “Ni Erra.. kekasih/girlfriend/pacar saya”. Si dia dengar pun bangga beb! Dia pun sikit-sikit tarik hidung sebab rasa hidung makin kembang..
6. AJAK SEKALI KEKASIH IKUT AKTIVITI LUAR BERSAMA RAKAN
Contohnya korang dengan kawan-kawan rancang nak pergi vacation atau nak pergi games kat luar tu .. Apa salahnya korang seret bawa pasangan korang. At least pasangan korang makin percaya kat korang. Lepas ni kalau korang nak pergi tempat lain tanpa dia ikut, ada la juga rasa percaya dan kurang la sikit rasa cemburu tu kan? Tak gitu? Sekurang2nya dia kenal kawan korang dan tahu macam mana korang bawa diri kalau dia tak ada di sisi.
7. KEKASIH ITU KEKASIH & KAWAN ITU KAWAN
Kekasih dan kawan tu ada beza.. Semestinya kekasih tu someone special dari kawan tapi tak bolehlah lebihkan kekasih sangat. Maksud saya dia sini, jangan la terlalu over melayan kawan dari kekasih contohnya.. time pergi kenduri kawen,baik pula hati korang tuang air dan bagi member2 berlawan jenis korang. Yang si girlfriend ni, korang bt derk je.. makan hati punya pasal, dia minum air basuh tangan je.. tak ke kecil hati dia? Mesti korang cakap "eleh! tu pun touching ke?".
Sebenanrnya ni simple example.. saya rasa korang tahu la maksud saya kan? Tak pasal-pasal hal tu, dia makin cemburu dan terus bperang dengan korang nanti.
8. TUNJUKKAN KESUNGGUHAN KEPADA KEKASIH
Time tengah sayang ni normallah kita ni over sangat merancang masa depan.. Even budak darjah 6 bcinta pun dah berani bagi harapan.kononnya nak kawen dalam taman la.. nak anak 8 orang la.. adeh! Bagi saya la..tak kisah la muda ke tua. Ni normal.. bila kita dah sayang someone,secara tak langsung kita punya impian nak hidup dengan orang tu.. Tapi bila jodoh tu tak panjang, tipulah tak sedih sebab impian macam ni lah buat kita frust menonggeng 24 jam sehari. Oklah, bagi mereka dah besar-besar ni. Cara nak kurangakn rasa cemburu pasangan korang.. korang bawa dia jumpa parents korang untuk buktikan korang betul-betul ada kesungguhan kat dia.. dia pun makin yakin la dengan kejujuran korang ni. However Walaubagaimanapun, semua tu terpulang kepada keberanian dan kesediaan korang sendiri..
9. BANYAKKAN BERSABAR DAN BERDOA
Sebenarnya susah kita nak puaskan hati pasangan kita. Ada je tak kena.. kadang-kadang rasa nak naik angin je tapi kena sabar walaupun time tu dada dah berombak2 sebab sakit hati sangat.. Cenginilah.. amalkan ayat ni kita dalam situasi ni.. Selain kita usaha bermacam2 tapi jangan lupa kembali kepada kerohanian kita sendiri ye darling! Ni saya sertakn doa menghilangkan rasa marah dan doa memohon kesabaran.. mudah-mudahan dapat membantu kalian semua..
DOA MEMOHON KESABARAN
DOA HILANGKAN RASA MARAH
Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”
10 . PERCAYA KEPADA PASANGAN
Tips terakhir ini saya tertumpu kepada si dia yang kuat cemburu dan saya selitkan juga sedikit untuk mereka yang mengalami pasangan yang kuat cemburu.
Si dia kuat cemburu : Andai dia adalah lelaki/perempuan yang jenis setia dan baik menurut pandangan matamu. Berlajarlah percaya kepada si dia kerana dia juga berhak menerimanya!
Kepada yang mempunyai pasangan kuat cemburu : Sebelum minta pasangan anda percayakan anda.. Tunjukkan ada benar-benar jujur dalam perhubungan.. Setiap benda yang ada minta (kepercayaan) sebenarnya ada harga.. Buktikan anda sememangnya layak dipercayai! Kalau anda belum pernah hancurkan kepercayaan pasangan anda,jangan sesekali cuba. Ini kerana hati pihak sebelah tu sebenarnya "its easy to forgive but hard to forget". “Tetapi andai anda pernah mengecewakan dia dan anda masih di beri kesempatan ke-2.. sila faham2 sendiri....
Banyaknya saya membebel! Penat!<smbil minum ice blended> ..
ok kengkawan, Ni la hasil survey saya daripada mak cik & pak cik kat bazar ramadhan td. Rasanya info ni dapat la membantu walaupun tak sebanyak mana.. Memang tak banyak pun sebab pak cik dan mak cik kat bazar ramadhan sibuk kejar bubur lambuk free..
Bye2 semua.. semoga dapat menjalani ibadah puasa sebaik2nya.
|
~I was always jealous of something getting more attention.~ |