Tuesday 2 August 2011

Tips Dalam Relationship (part 1)







1. I LOVE YOU
just sebut kata keramat tu kat pasangan kita. tak payah berkira sangat atau tunggu pihak lagi 1 tu cakap dulu.kalau dah hati sayang.just cakap jelah. kenapa nak pendam2 kan? nak ke tak tepuk dada. percaya tak dengan 3 perkataan ajaib ni boleh ubah mood orang sebelah sana  spnjg whole day..tapi guna ayat ni just untuk pasangan kita..jangan main tuju kat orang lain..bahaya ok!


2. KOMUNIKASI
dalam relationship, ni lah faktor paling penting.. kalau nak hidup dengan pasangan kita..kena la faham hati dia juga. so, macam mana nak faham? mestilah komunikasi.. time kita komunikasi dengan pasangan kita.kita tahu la apa yang dia suka..apa yang dia tak suka. korang pernah rasa tak lepas kita luahkan secara baik dengan pasangan. kita rasa lega sangat2. beban yang kita tanggung tu dah melayang2 entah ke mana.. yang penting, lepastu kita akan rasa erat balik hubungan tu.. nak kan? try la buat..


3.JAGA PENAMPILAN DIRI
biasalah manusia mestilah nak jaga penampilan diri lebih-lebih lagi untuk orang yang kita sayang. kalaulah korang ni tak reti bergaya pun biarlah apa yang korang pakai tu bersesuai dan semestinya bersih.. janganlah korang asyik pakai baju atau jeans yang sama je setiap kali keluar..pagi,petang dan malam pakai yang tu je.adeh!


4.JANGAN BANDINGKAN SI DIA DENGAN ORANG LAIN
bila kita terlibat dalam relationship hati sebelah pihak tu sensitif sikit..salah cakap sikit tersentap tak pun menangis. dah tu mulut tu jaga sikit..jangan la main lepas je..contohnya "hey u ni asyik nak menangis je.. ex i dulu tak da pun macam ni"..arghh!! kenapa mesti compare si dia dengan orang lain? kalau korang rasa org yang korang compare tu lagi bagus.. perlu ke nak cakap? kalau u all rasa ex korang lagi bagus..why u all putus? pfft


5.UBAH  ATAU JANGAN UBAH SI DIA?
sebenarnya ada benda kita kena consider.. ada certain boleh diubah atau ditegur tapi ada setengah tu jangan melampau2...kalau la u ni asal dari KL.. hidup ala2 dalam kota metropolitan dikelilingi dengan hidup up to date dan si dia tu asal dari kampung..patut ke korang nak ubah dia sampai culture shock bdk tu..kesian2.. <smbil geleng kepala>..
terima la dia seadanya tapi kalau la ada benda yang perlu ubah. cakap la bebaik..gunakan la reverse psychology. tapi dalam bab perangai tu..mustahil la semua benda kita selesa.. tapi tak salah ubah dia tp talk nicely la der~ tapi jangan ubah dia drastik.. kesian dia..


6.JANGAN TERLALU ROMANTIS
Normal bila kita dah involve dalam relationship ni..jiwa ni jiwang sentiasa.. kalau boleh nak express betapa kita cintakan dia TAPI JANGANLAH TERLALU ROMANTIS! sebenarnya aku bukan nak halang korang express rasa cinta korang tp manusia ni biasalah..bila dia tahu ada orang sayang dia, terkejar2 dia..dia mudah alpa.. so,kita biar kedekut skit..biar esok dia nk lg..lusa dia nk lg..jd dia sntiasa la dgn kita...so, ingat2lah wahai pembaca..
lagi satu, bila kita dah terlalu romantis..takut dah xda idea lepas kawin sebab semua kita dah pakai awal..heheh... moral of the story : berpada-padalah wahai kawan.. ada baik dan buruknya...


7. HARGAILAH
Sebenarnya tak semua manusia akan layan kita sebaik-baiknya melainkan keluarga dan kawan...kawan pun setakat sorang dua..tu pun tergengelam timbul. tapi ada satu hati ni akan sentiasa buat apa saja untuk kita tanpa kita suruh.
kalau la korang masuk hospital dan si dia yang sanggup bsengkang mata menjaga korg..fikirkan lah kuatnya semangat dia..
kalau la dia sanggup tunggu korang berjam-jam time korang pergi interview.fikirkan lah betapa hebatnya dia..
kalau la dia sanggup makan hati dengan perngai korang yang ego tu.. fikirkan la betapa sabarnya dia..
kalau la dia sanggup mendengar cerita yang korang asyik ulang setiap hari tanpa dia bising. fikirkan la betapa beruntungnya kamu..
kalau la dia sanggup memendam perasaan bila korang lebih suka melebih-lebihkan orang lain. fikirkan la betapa indahnya hatinya...
why aku sll ulang word "fikirkan la"? sebab tak semua sanggup buat macam tu selain family kita.. u all dah di kelilingi orang yang korang sayang..korang teringin rasa kehilangan dia pula ke? HARGAILAH WAHAI SANG PENCINTA..


sometimes you'll never know the true value of a moment until it becomes a memory.


8."BEBASKAN DIA".
aku bukan suruh korang putus dengan dia pula. amboi2... maksud aku, kalau lah dia jenis tak suka dikonkong atau control. kita biarkan dia pilih keputusan sendiri. jangan terlalu ambil tahu.. sebenarnya dalam relationship ni, kita masih ada masa menilai hati budi si dia.. kita nak tengok betapa dia mampu pimpin tak hidup dia lebih-lebih lagi si dia lelaki.... time tu hati pun tak stress asyik terfikir2 dia....tapi sebelah pihak tu pun agak2 la beb.. mentang2 aku pesan orang belah sini "bebaskan" korg..melampau2 pula korg buat..


9. ACUH TAK ACUH
orang belah sini punyalah nak bagi 1 dunia betapa beruntungnya dia dapat memiliki si dia. si dia pula dengan sikap acuh tak acuh.. kejap layan baik-baik..kejap buat perangai.. buat orang tu rasa tak wujud. kalau hati tu dah tak suka.lepaskan jelah.mulutkan ada..cakap.. kalau hati tu masih sayang ubahlah sebelum terlambat.. esok dah takda baru menyesal..


10. CUBA BELAJAR MINAT PASANGAN KITA
kita ni asal dari latar belakang lain.kalau sama pun still ada benda yang bezakan kita. maybe yang sorang ni minat bowling... yang sorang tu tak minat..tapi sayang punya pasal..sanggup la belajar dari orang lain semata2 nak faham hati si dia.. siap print info dr internet pasal bowling tu yang tak tahan.. nampak macam bodoh tapi korang tak terharu ke beb? atau hati tu keras macam batu? bila pasangan tu try nak belajar minat kita.kita buat derk..dia punya la bsiap2 dah ikut korang pergi main bowling even fungsi dia jadi pmerhati berapa kali korg baling bola masuk longkang....tapi last2 korang tggl dia smata2 nak pergi dengan orang lain.. sungguh kejam bg aku..


rasanya cukuplah 10..nanti sambung pada masa dan waktu yang sama.. sebelum tu..meh sini, ada ayat2 aku nak kongsi dengan korang..


People look for a perfect person to Love But they fail to realize that people become perfect only when we begin to love them Sincerely ! ♥






GEISHA - PILIHAN HATIKU


Berdiri ku disini hanya untukmu
Dan yakinkan ku untuk memilihmu
Dalam hati kecilku inginkan kamu
Berharap untuk dapat bersamamu

10 comments:

Faez Rusni said...

thanx..kene complement each othe,not complaint each other..tambahan..huhu

Unknown said...

timo kaseh..info yg mnrk

PURPLEVIOLET said...

wah..ade tips lah...suke2..hee

Raja Fara said...

nice tips :)

Urzain Hussain said...

tip yang menarik..
bole guna untuk si dia nie..huhu~

Anonymous said...

puji each other :)

atiqa aris said...

tips yg menarik.pasni klau break jgak tatau la ni.haha

Unknown said...

suka yg "Bebaskan Dia"...

Zuhairah Zainuddin said...

TERBAIK !

shinju said...

ingatan utk diri sndri
^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...